Monday, October 18, 2010

Sajak untuk ayah... anak.....

Menjelma cahaya subuh

Kumandang azan syahdu

Menusuk hati yang lama sendu

Gerak langkah

Seiring desir angin

Menyusur pasir putih

Melewati penghuni sepi

Di sana…

Kemboja segar berdiri

Tidak lekang zikir suci

Setia meniti hari

Korban diri layu menyembah bumi

Di sana…

kicau murai berterbangan

seakan mengucap salam

melabuh medan kesepian

meredah daratan keinsafan

Ayah…

Di sini aku berdiri

Berdiri anak yang sepi

Rindu menggamit hari

Tidak bisa dibendung lagi

Bapak…

Akulah bongsu tinggalanmu

Akulah yang masih mencari

Sisa-sisa keusangan

Sebuah kasih sayang yang abadi

Bapak…

Di sini aku masih

Menggenggam sebuah amanat

Amanat kasih kesumat

Yang pasti belum tersisih

Bapak…

Biar kita berpisah

Antara langit dan bumi

Hati anakmu masih di sini

Teguh melabuh hari

Bapak…

Di sini inginku sampaikan

Salam al-Fatihah buatmu

Dari anak-anak mu yang setia

Kami semua beradik.

Bapak…

Di sini kutaburkan

Bunga-bunga kerinduan

Kalam Yassin kuiringkan

Doa untukmu ketenangan

Bapak…

Terlerai sudah

Seribu kesyahduan

Bila terhampar segala kalimat

Moga rohmu dicucuri rahmat.



Anakku......

Bila kau sudah maju ke hadapan

Sesekali tolehlah ke belakang

Agar tidak kau lupa

Bagaimana susahnya menjadi

Seorang manusia berguna

Anakku......

Bila kau berjaya ke kemuncak langit

Sesekali pandanglah rumput di bumi

Agar tidak kau lupa

Tanah tempat asalmu

Anakku.....

Bila kau sudah mencapai segalanya

Janganlah kau mendabik dada

Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa

Dalam sekelip mata kau akan menjadi

Seorang yang meminta-minta

Anakku.....

Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan

Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya

Jangan sekali-kali kau lupa

Bahawa semua itu hanya sementara

Anakku ......

Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan

Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir

Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya

Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

Anakku.....

Hanya itu nasihat dari ku

Buat bekalan di hari depanmu

Doaku sentiasa mengiringimu

Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu

Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Friday, October 15, 2010

Tahniah dan Takziah

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Semoga di berkati Allah Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Semalam lewat petang aku menerima SMS dari Syamsiah -Bik Syam memberitahu bapa nya yang juga bapa mertua Paman Emi telah kembali kerahmatullah.Mari lah kita sama-sama menyedekahkan Al fatihah kepada arwah dan semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang Soleh. Kebetulan petang semalam adalah hari Khamis, hari yang sama ketika Arwah kakik dan embah meninggal dunia juga. Begitulah ketentuan Allah SWT yang menentukan segala-gala nya dan telah merancangkan dengan baik segala urusan kita didunia ini. Semoga bik Syam dan paman emi sentiasa bersabar dan redha dengan ketentuan nya.

Minggu lepas juga khabar nya ada kelahiran baru dikalangan ahli keluarga kita. Meskipun tiada maklumat didalam blog ini namun dari maklumat lain menyatakan abang Lan telah menimang cahaya mata. Alhamdulillah bertambah lagi cucu Wak Misbah selepas abang ari menimang anak kedua nya bulan lepas dan bertambahlah gelaran kitaorang sebagai datuk. Nampak nya sejak bulan lepas hingga sekarang dan bulan hadapan kabar nya akan ada kelahiran baru. Begitulah hidup ini dan hukum alam yang telah diaturkan segala gala nya telah sempurna dan menyimpan pelbagai rahsia harmoni dan kontra untuk kita lebih bersyukur dan bertakwa.

Wassalam
Jumaat Machang Kelantan.

Tuesday, October 12, 2010

perpisahan.

assalamualaikum.
segala puji bagi Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.

petang ini sedang ana berkemas utk balik, masuk seorang pekerja kami. bos, tinggal dua minggu saja lagi. apa hal? tanya ana. ni pun dah jenuh menjawab tahniah dari kawan-kawan balasnya. ana senyum. tak payah beri penjelasan pun ana dah tau sebabnya. bulan lepas beliau pergi intervew jawatan kanan, beberapa minggu lepas beliau beritahu kemungkinan utk terpilih adalah cerah. selalunya fikiran kita cepat membuat persepsi berdasarkan situasi. tetapi adakalanya andaian kita salah. oleh itu sepatutnya kita sabar dan dapatkan penjelasan terlebih dahulu, sebab dua minggu ada banyak event dan kemungkinan. barangkali cuti, kursus atau menimang cahaya mata. sekarang musim cahayamata. arie + balkis anak kedua. tadi dalam fb emi ucap tahniah kepada jelan yg dah jadi bapa. emi sendiri bakal tambah ahli dan nahar juga. ana .... akan membilang jumlah cucu dalam keluarga ini..tambah lagi tidak kut. nuri tak taulah.

malam ini ana terfikir tentang perpisahan. lazimnya kita membenci perpisahan. lebih-lebih lagi perpisahan dgn org yg kita sukai dan sayangi. pernahkah kalian bercinta. tak kiralah samada cinta monyet. atau menyayangi seorang teman. sampai waktu kita terpaksa meninggalkan atau ditinggalkan. hati kita sedih, perasaan kita sayu. seperti ada ruang kosong dalam dada kita. maka rindu mengisinya. beberapa hari emosi terganggu. kita kehilangan momentum hidup. mood kita bercelaru dan kita lebih suka menyendiri.
sewaktu kita melayan perasaan, minda bawah sedar yg rasional akan memberitahu kita bahawa perpisahan adalah sesuatu yg biasa. kita juga telah beberapa kali menempuh pengalaman tersebut. lalu kita bangkit dari pembaringan, keluar dari gua kelam emosi buat menyambung kehidupan. sesungguhnya hidup ini perlu diteruskan.
bulan depan ana akan kehilangan teman itu. walaupun ana bos, hubungan kami akrab. dalam beberapa situasi beliau melayan/ treat ana sebagai seorang pamannya. kerana perbezaan usia dan penerimaan emosi. oleh itu wajarlah kalau ana katakan perpisahan ini bakal menggangu perasaan ana. seperti tiori sains, setiap tindak ada balasnya/ tindakbalas; ana kena percaya bahawa perpisahan ini ada kebaikannya. dalam kajian hypnosis, minda sedar kita hanya mempengaruhi 12% dari perlakuan kita. gelombangnya = betha. 88% lagi ada dalam minda bawah sedar. gelombangnya alpha. kata ebal gelombang ini lebih perlahan dari alpha. tetapi ada lagi yg lebih tenang = delta. itu saja penjelasan ebal dan itu saja yg ana paham. tapi menarik bukan! ok, minda bawah sedar inilah yg mempengaruhi sistem believe kita. kepercayaan kita. contoh. merokok memudaratkan. maka diprintlah gambar paru-paru kenser pada kotak rokok. tetapi perokok akan mengatakan berapa ramai wak-wak kat kampung yg telah merokok tak pun mati sehingga 80 th usia. iklan hanya 12% knowledge, sedangkan believe 88%.
oleh itu positiflah ana kerana telah mempercayai perpisahan itu baik! secara logik, kawan tadi akan naik pangkat dan gaji. harga dirinya dan statusnya akan naik. dgn gaji baru beliau akan mampu menukar kereta lamanya kepada yg baru. manakala ana mungkin mendapat ganti beliau yg mungkin lebih muda. kalau yg ini lelaki, mungkin penggantinya berlainan jantina. bagaimanapun ini masih satu kemungkinan. balkis dan suria jangan melenting dgn andaian liar.
walau apa kemungkinan sekalipun, percayalah bahawa setiap kejadian, setiap peristiwa ada hikmahnya. inilah kehidupan. cuma situasi dan scenario berbeza. sedikit sebanyak ana telah melaluinya. pengalaman itu telah mematangkan kita. jangan kuatir, kalian bakal melaluinya.
wassalam.
klang.

Sunday, October 10, 2010

Jemputan Majlis Kesyukuran & cukur jambul HASYA HUMAIRAH

Alhamdulilah..Hasya Humairah dilahirkan pada 8/9/10 jam 8.04 mlm di pusat perubatan ar-ridzuan.

10.10.10


Assalamualaikum. Solawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat,dan doa dipanjatkan kepada kedua ibu bapa kita semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang soleh Alfatihah. Amin.
Hari ini 10 hb 10 tahun 2010. Meskipun ia hanya sekadar tarikh dan nombor namun kewujudan nya hanya akan muncul semula seratus tahun lagi seperti kata KTS tak mungkin akan dapat kita temui lagi. lantaran itu ingin juga aku catatkan sesuatu sebagai memperingati tarikh tersebut dan jika blog ini masih dilestarikan sehingga 100 tahun lagi waris-waris kita pasti akan dapat menatap tulisan datuk kepada datuk mereka barangkali.

Kebetulan hari ini aku mengabadikan tarikh ini dalan penerbangan dari KL ke Kota Bharu. Selepas dihantar oleh Mat KTS dan Ebal dari rumah emi dan melepasi kesesakan jalanraya akibat Granprix motorsikal..nyaris-nyaris aku tertinggal kapalterbang. Alhamdulillah kaunter check ini masih dibuka dan terus sahaja aku check ini. Sebenar nya tidak lah berapa tension dan dalam hati masih yakin untuk dapat berlepas secara on time. Aku memperaktiskan suatu kaedah mengawal emosi yang disarankan oleh seorang penulis motivasi diri yang agak terkenal iaitu David Carnagie bertajuk "Mengurangkan kebimbangan". Sebenar nya 90 peratus kebimbangan yang kita alami tidak pernah berlaku seperti mana yang kita bimbangkan. Dan apabila sampai waktu yang sepatut nya kita bimbangkan ia tidak sepertimana yang kita jangkakan, Kebanyakkan kita tewas awal oleh perasaan kita sendiri sebelum ia berlaku. Kalau dikaitkan ia ada persamaan dengan takdir dan ketentuan Allah dan keyakinan diri kita kepada nya serta bertawakkal setelah segala langkah telah kita ambil bagi menghadapi nya. kalau dah rezeki kita insyaallah tidak kemana. Tapi bukan dengan cara buldoz... secara smart dan terancang.

Semasa penerbangan aku ke China tempohari kami didatangi 2 orang pesara melayu. Saorang pesara sebagai Pengetua manakala rakan nya tidak pasti pula position nya. Tetapi mereka merupakan dua orang rakan karib. Mereka bertanyakan kami bagaimana hendak ke Urumxi dari Cengdu. Kami tidak dapat memberikan jawapan namun kami boleh memberikan bantuan dengan bertanyakan syarikat penerbangan yang menawarkan destinasi ke sana sesampai di Cengdu. Kami berbual dan mereka memberitahu bahawa mereka telah mengembara keseluruh benua Eropah pada tahun lalu dan sempat melihat matahari di tengah malam di Norway. Dari Urumxi mereka hendak ke Asia Tengah iaitu Tajikistan, Azabaijan dan Uzbekistan selama 1 bulan sebelum pulang ke Malaysia semula. Namun setelah sampai di Cengdu dan menunggu bagasi kami tidak menemui lagi kedua-dua pengembara tersebut. Barangkali mereka terus ke Urumxi dengan penerbangan lain. Namun kami telah meninggalkan nama hotel yang boleh ditempah jika ingin bermalam di cengdu. Aku terfikir jika aku dah pencen mampukah aku berbuat seperti mereka mengembara kepelusuk dunia...bunyi nya interesting. Semangat mereka sangat mengujakan saya...mereka membawa buku travel map yang sudah hampir lusuh.
Pengetua yang pencen itu sudah mula kurang pendengaran dan banyak dibantu oleh rakan nya yang saorang lagi. Kedua-dua nya nampak rilex dan tenang...dengan kamera digital yang biasa mereka mengambil gambar kami sebagai kenang-kenangan. Kata nya mereka ingin mendokumenkan segala perjalanan mereka. Tapi sayang saya tidak sempat mengambil gambar mereka.

Kami bertolak dari LCCT jam 9 .00 pagi dan tiba di Cengdu Shiu Lin Airport jam 1 30 tengahari. Cuaca sekitar 17 - 23 C denga keadaan berkabus. sesekali tiupan angin dingin menyapa muka dan terasa sejuk nya. Kali ini musim Luruh dan tidak sepanas ketika kunjungan saya pada awal August yang lalu. Siang agak pendek dan malam nya panjang. Jam 6 petang sudah mula gelap. Seperti biasa bandar raya ini yang didiami oleh seramai 10 juta penduduk sebok dan hiruk pikuk dengan bunyi hon keenderaan samaada basikal, motor sikal letrik yang tidak mengeluarkan asap dan bunyi mahu pun motorkar dan bas. Ini lah kebaikan di sini tiada motorsikal yang menggunakan bahan api petrol sekaligus mengurangkan asap dan bunyi dan yang pasti tiada mat rempit kerana motorsikal tidak boleh memecut seperti di negara kita yang menggunakan petrol.

Tidak kelihatan anak-anak muda yang melepak samaada di shoping komplek mahupun di tepi-tepi jalan atau lorong. Mereka sentiasa bergerak dan kuat bekerja. Hanya yang tua tua sahaja kelihatan duduk dihadapan kedai sambil memerhatikan mereka yang lalu lalang atau duduk sesama sebaya mereka sambil minum dikaki lima dihadapan kedai atau rumah mereka dengan berpakaian kot atau pakaian biru tua. Kaki lima kedai mereka sangat bersih, pohon-pohon yang ditanam berjajaran sepanjang lorong dan jalan dijaga dengan kemas dan rapi. Tiada sampah sarap mahu pun longkang yang kelihatan berair malah tiada haiwan seperti anjing yang berkeliaran disana. Kalau ada pun diikat berjalan bersama tuan masing-masing. Pemandangan ini sangat berbeza dengan penempatan kaum china di negara kita.
Ini lah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh negara kita. Dengan penduduk nya yang ramai tetapi mereka masih dapat mengekalkan kebersihan di negara mereka..sebuah negara komunis.Adakah kerana fahaman pemerintah nya atau rakyat nya yang mengamalkan kebersihan...
Jumpa lagi.

Menara gading.
Machang.

10:10:10

assalamualaikum wht.

segala puji hanya kepada Allah. Dialah Yg Maha Pengasih dan Penyayang. Hanya Dialah tempat meminta dan mengharap. segalanya bermula dariNya dan kepadaNya segalanya bakal kembali. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw. semuga kita bakal bertemu baginda dialam akhirat dan memasukkan kita dalam safaat baginda.

ebal balik : ptg jumaat saly bagitau ebal nak balik . nahar juga bertanya semasa sampai malamnya. ibu terkesima. bila? soalan tersebut ditujukan kearah ana yg separuh terpinga. ketua keluarga kena napak cool dan sentiasa kelihatan cool... dalam facebok dia bg tau, jelas nahar. tapi tak tau bila. mungkin next weeks. rasanya ana telah diterima sebagai rakan fb nya, tetapi tak perasan pula bila dia nak balik. dan tengahari sabtu kelihatan kelibatnya bersama jemaah dzuhur menyeberang padang. eik... tiba-tiba muncul. rupanya naik bas via k.l. langsung ana ajak kenduri kawin di kuala selangor.
tujuan ebal balik hanya utk mengikuti siaran tv9 mewawancara penyanyi kegemaran beliau maher zin pada pagi tadi. that all. nahar tanya tak de ke tv9 kat pt. raja? soalan yg baik. tapi ana tak harapkan jawapan kerana dia dah balik. memaksa dgn soalan tersebut seperti tidak mengalu-alukan keputusannya, sedangkan dia sudah balik. kadangkala kita tidak mempertimbangkan perasaan seseorang apabila berintraksi. ini juga salah satu masaalah komunikasi. hari sabtu ramai. semua ahli keluarga ada. saly yg nak ke s.alam pun tak jadi.
malam itu ana ajak keluarga makan malam kat secret recipe. makan berbagai menu dalam dan luar negeri. dah lama kami tidak bersama. terasa happening serta mengeratkan hubungan. memang hubungan itu mahal nilainya. itulah yg telah kami bayar. sehingga pintu kedai makan telah di sedia utk tutup baru kami keluar. pagi ini matlamat ebal balik telah tercapai. maher zin dalam slot pagi tv9.

nuri balik : pagi ini ana telepon nuri. tanya kabar dan tanya bila balik kelantan. lambat lagi... pukul 12 kang. emi pula tak sihat katanya. dia pegi klinik dan beliau kena momong anak-anak sedaranya. kesian! semalam baru balik cina hari nie kena momong adam dan adek-adeknya. setelah mandi ana ajak ebal kerumah emi. sempatlah makan buah delima cina dan buah prune. punya besar buah delima cina dekat 2 kali delima yg dijual di emporium cafo. tetapi isinya tidak merah, macam delima siam, putih jernih atau pucat merah. rasanya boleh tahan juga. itu rupanya souvenior buat ana. ok gak dari tak de langsung.
dalam perjalanan ke lcct sempat juga ana dapatkan cerita dan pandangan beliau terhadap kemajuan di cina. tiba-tiba jalan jem teruk selepas bulatan dekat klia! waw... apa hal... rupanya hari ini ada grand-prix kat litar sepang. masa tu dah 12.30 sedangkan flight dia jam 1.30. pukul 1.00 patut dah masuk balai berlepas. doa, kata ana selamba dan tenang. kita potong kiri dan lalu jalan kecemasan. itu pun jem juga. setelah potong kanan kiri dapat juga sampai on time. 5 minit lagi jam 1.00 mungkin dah last call. nuri dah cemas, kita org relax je. memang begitu situasinya, bila kita tidak merasakan masalah tersebut, tension akan berkurang, yg ada hanya simpati. tetapi ana ada juga empaty kepadanya, itu sebab ana potong kanan, kiri.. kanan, kiri... bagaimanapun doa kami telah dimakbulkan. alhamdulillah.
inilah kelemahan negara kita. kita ada sistem tetapi tidak digunakan secara baik. ini menyebabkan keberkesanannya kurang. memang tadi ada satu ruang disebelah kanan telah diletakkan kon buat laluan mereka yg akan ke lcct. malah pengawal juga disediakan. tetapi ianya telah ditutup dan tiada sighn-board disediakan. oleh itu masuklah kami dalam kesesakan yg bukan matlamat kami pun. kami nak ke lcct bukan grand-prix. tetapi kerana kelemahan sistem, nuri hampir terlepas kapal terbang. bagaimana kalau yg terlepas itu seorang pedagang yg dapat memberi pendapatan negara beberapa billion! lu pikirla sendiri.....

10:10:10 : unik kah nombor berkenaan. ianya memang kelihatan cantik. pagi ini pengacara tv9 menyedarkan ana bahawa ana tak mungkin dapat bertemu lagi dgn angka ini dalam hayat ana. sedih kan. ini disebabkan angka itu akan dapat ditemui pada abad yg akan datang. 100 tahun dari sekarang, 10.10.2110. mustahil secara lazimnya ana dapat hayat begitu panjang.
petang tadi ana telah mencetak beberapa entry ana bagi bulan sept dan okt. setelah raya tempohari ana dapati ianya tidak dapat dicetak. ana telah mengadu kepada emi, creator of the web masalah tersebut. beliau terkesima kerana baru sedar bahawa blog ini boleh dicetak sebagai hardcopy. nuri juga baru sedar pagi tadi. mereka patut berterimakasih. memang ana telah mencetak semua entry ana dari mula hingga yg terkini.
ironinya dalam semakan ana mendapati kemasukan pertama adalah pada 11.10.2009. 11 okt 2010 adalah esok. maknanya sudah genap setahun ana mengisi ruang blog ini. dalam ruang masa itu sebanyak 37 entries ana menyumbang. ada bulan-bulan yg ana tidak memasikinya, tetapi ada ahli keluarga yg menyumbang. seperti suria, saly dan ayun. sehingga ana katakan blog ini telah ditawan oleh orang muda.

lestari : dalam bahasa english = everlasting. adakah blog ini akan dapat melestarikan penampilannya dikalangan ahli keluarga ini? ataukah hanya setakat 1 tahun usianya dalam alam siber ini. ini pada ana penampilan jatidiri. dimana jatidiri kita, jatidiri orang muda kita, jatidiri keluarga dan jatidiri leluhur kita. semasa mereka bersampan berkolek dari tanah seberang memikul harap supaya nasib lebih baik ditanah baru, bagaimana kita membinanya ditanah baru ini. kita mula berpecar membawa diri. jatidiri kita luruh, luntur. siapa kami atuk! mungkin itu soal cucu nuri kepada dia suatu masa kelak. ana sudah meninggal saat itu. begitu juga kang mis dan kak ti. beliaulah khalifah keluarga ini waktu itu. aduhai.....
seperti janji ana kepada nuri, ana akan mengisinya walaupun tiada siapa lagi yg akan melayarinya. hanya ini sumbangan ana kepada keluarga ini.
ana bulat tekad utk meneruskan usaha ini buat tahun ke-2. semuga Allah merahmati dgn memberi ilham dan kesempatan waktu serta ilmu yg bermenafaat.

wassalam.
klang.

Sunday, October 3, 2010

idup / orep

assalamualaikum


segala puji dari Allah kepada Allah. Dialah yang memberi kurnia dan pertolongan kepada kita dalam menjalani liku-liku lorong kehidupan. syukur dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang kita bertemu dalam kesempatan yg sangat bermakna ini. doa ana agar Dia memberi keberkatan buat kita semua. amin. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw semuga kita mendapat balasan salam dari Allah lantaran selawat & salam kita buat baginda.


minggu lepas ana hadir solat hajat disurau sekolah farah. tujuanya bagi memohon keberkatan dan dimudahkan anak-anak sekolah yg muslim/muslimah menghadapi pepereksaan serta mendapat keputusan cemerlang. dalam slot motivasi, penceramah menyatakan: 'suka atau tak suka, bersedia atau tidak bersedia; minggu depan kena ambik pereksa pmr'. ini kerana masanya telah sampai. masa adalah sebahagian dari kehidupan. falsafah masa pada ana is vehicle without brake or reverse gear. ia tak akan berhenti buat menunggu kita yg belum bersedia atau ia berundur supaya kita dapat mengulangkaji semula. ia akan terus bergerak forward/ kehadapan dan kitalah sebagai penumpangnya kena sentiasa alert dgn sebarang kemungkinan kerana hidup ini penuh dgn serba kemungkinan. bagi menghadapi semua itu kita perlu kepada ilmu. sebab itu kita belajar. Nabi saw memberi tip dalam belajar supaya jangan cepat puas, jangan berhenti tuntutlah sehingga ke negeri cina.


pagi semalam ana telepon uncle nuri jam 8 pagi. beliau sedang berada di dewan berlepas klia utk ke cina. sudah beberapa kali beliau kesana, tak mengajak pun utk pergi sama! kalau adapun hanya verbal patutnya bagilah tiket sekali. gurau je, ana tau uncle kalian tu kesana atas urusan jabatanya. ada juga ana katakan belilah apa-apa souvenior... itupun bukan memaksa hanya sekadar penutup bicara kepada seseorang yg akan keluar negara. kita berharap agar banyak yg dapat dipelajari dan diberitahu kepada kita. maklom dalam keluarga kita bukan ada yg dapat peluang merialisasikan hadith tersebut selain beliau.


apa yg farah dan uncle nuri lalui adalah sebahagian dari proses kehidupan. Hidup! dalam bahasa verbal 'idup'. h nya tak dibunyikan. dalam bahasa jawa ibunda kita disebut orep/ urep. sama seperti menghadapi pereksa farah, kita kena menghadapi hidup setelah kita dilahirkan. mahu atau tidak mahu, suka atau benci; kita kena hadapi. falsafah hidup pada ana is managing your field as good as possible. hidup ini umpama ladang yg perlu diurus sebaik mungkin. ladang kita boleh jadi di lembah hijau, boleh juga dipadang gersang dan boleh jadi di gurun sahara. walau dimana perlu diurus secara excellent. bukankah manusia ini tidak sama ketentuan takdirnya. ada yg senang, ada yg susah. ada yg lapang ada yg sempit. ada yg dikawasan panas ada yg duduk di kawasan sejuk berais. semua menjalani hidup sebelum dimatikan.


sedap je ana menggunakan perkataan falsafah dalam entry ni. macamlah dia tu seorang philosofer. kelmarin dan semalam ana berpeluang menghadiri konvensyen kaunsling di uitm. universiti nuri dan salbiah. mulanya ana keberatan kerana ini bukan desipline ana dan berasa asing; tetapi akhirnya ana sangat bersyukur kerana mendapat ilmu baru bagi mengharungi idup. maka disebelah dewan konvensyen terdapat pameran jabatan dan jualan buku-buku berkaitan. ana mana boleh nampak buku, pasti allergic. buku-buku berkenaan adalah terbitan universiti tempatan yg ditulis oleh pensyarah mereka dalam bidang kaunsling dan saikology. ada terbitan ukm, usim, upsi - tempat uncle roskang(dr) mengajar, utm- tempat nahar ambil out camp dulu, uni ebal pun ada- uthm, banyak juga ana belanja utk 7 buah buku; dimana salah satunya berkaitan dgn falsafah. begitu kuat pengaruhnya sehingga baru baca pendahuluan buku itu ana sudah menggunakan perkataan falsafah. kalian jangkalah sendiri kalau ana sudah habis membacanya kelak. tapi entah bila..


hujung bulan sudah ana bertemu seorang sahabat lama, dalam satu jamuan raya. dia bertanya umur, ana katakan 52 dan sudah tua. beliau menyangkal dgn menyatakan kalau ana mati pada usia 120 th; ini belum separuh pun. ini jawapan utk membuat ana senyum lebar, tapi kalau ianya satu doa baik juga kan. sebagaimana yg Nabi saw bagi tip, tua itu ada tandanya. gigi mula gugur, kudrat mula kurang, mata mula kabur. lainlah kalau masih segar, bertenaga, masih bersemangat dan diminati aweks. makcik kalian pastinya kurang senang dgn kenyataan ini. bagaimanapun ini sebahagian dari idup. dimana akhir idup adalah kematian. sebelum ianya sampai kita kena menghadapi segala macam kerenah dan kehendak kehidupan.


sebuah lagi buku yg ana beli adalah berkaitan dgn pembangunan kendiri. kendiri = penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri. sama ada positif atau negatif. konsep kendiri berkait rapat dgn perasaan. buku ini ana beli bagi membantu seseorang yg sedang kebuntuan. nasihat ana sebelum ini tidak tepat kepada masalah yg dihadapi. kerana itu ana perlu mendapatkan lebih banyak maklumat. satu sumbernya adalah dari buku. itu sebab ana beli,baca dan fahami. kalau ana gagal utk faham, gagal lah ana; tetapi sekurang-kurangya ana sudah berusha menolong dan mendapatkan ilmu berkaitan. bukankah menuntut ilmu itu infiniti. tiada titik akhir pada usia, tempat dan masa. kalau beliau terbaca entry ini, mungkin sebahagian dari masalahnya akan selesai kerana mengetahui emphaty ana kepadanya. berbeda dgn simpaty, empaty adalah keadaan dimana ana dapat meletakkan diri ana kedalam dirinya. tahu masalah yg dihadapi dan betapa ianya perlu diselesaikan. sedangkan simpaty hanya satu perasaan luaran bagi meredakan emosi seseorang yg ditimpa musibah. dalam kaunseling empaty sangat penting.



dalam idup ini kita pasti menempuh jaman kanak-kanak. Nabi saw menyatakan jaman itu terbahagi kepada beberapa fasa. seorang bapa perlu berperanan dalam setiap fasa. pada usia 0-7 tahun, bermain-mainlah dengan anak kamu. 7-13 tahun, ajarlah dia disiplin. pada usia 13-18 tahun jadilah rakan karibnya. pada usia 18 tahun terimalah dia sebagai orang dewasa. penceramah menyarankan supaya anak kecil di kendong diatas pundak. dgn itu si anak akan dapat melihat dunia dari atas, kerana selama itu dia merangkak dan mendongak. bila melihat salbiah pada hari ini, ana tidak dapat bayangkan bagaimana dia duduk diatas pundak ana suatu masa dahulu. adakah seorang ibu/bapa dapat diterima sebagai seorang rakan? yg karib pulak tu. seorang ibu menceritakan bagaimana dia ditolak dari menjadi rakan facebook anaknya. requestnya ditolak. apabila ditanya jawab si anak, mama mak farah; bukan kawan farah. sedangkan dalam jaman kanak-kanaklah masa kritikal utk menjadikan seseorang itu kendiri positif atau negatif.

ana pun tidak tahu samada ana telah menjadi seorang bapa sebagaimana yg dinyatakan. adakah ana menjadi rakan karib kepada nahar, ebal, saly pada masa usia mereka 13-18 tahun? ebal pada masa itu di sekolah asrama, setiap ujung bulan ana datang dgn keluarga makan-makan tanya pasal belajar dan beri sangu[wang belanja] then balik. kini dia dah lebih 20 th. and ana should treat him as matured person. yg boleh berfikir, memilih dan membuat keputusan. keputusan ini mungkin boleh dikemukakan kepada ana atau abang dan kakaknya sebelum dilaksanakan bagi mendapatkan pendapat senior kerana kami lebih berpengalaman. rasanya ana telah berperanan begitu. apabila ebal bertanya: abah, minggu depan ada cuti beberapa hari; patutkah ebal balik rumah? mungkin dia sudah ada keputusan, tetapi ingin mendapatkan maklumat disini. mana tahu ana tiada dirumah. budak u kan lain sikit fikiranya. jangkauanya jauh kehadapan. tetapi adalah beberapa pendapat dan perkara yg ana tanyakan supaya keputusanya utk balik sudah mengambil semua faktor. ada banyak lagi perkara yg perlu dilakukan dan diketahui sebagai seorang bapa,suami dan ahli masyarakat. kerana ianya adalah sebahagian dari hidup.

kesimpulanya hidup ini mesti kita lalui. matlamat idup seseorang berbeda, mungkin material, status atau pride. tetapi matlamat yg benar adalah beribadah kepada Allah swt. utk itu kita kena ada ilmu, kena belajar. idup juga perlu dilalui secara positif. ada kerja buat saraan. ada keluarga agar umat berkesinambungan. ada tangungjawab yg perlu diselesaikan. sebagai individu, ketua keluarga dan ahli masyarakat. mungkin dimana-mana bahagian kita akan tergelincir, maka kita perlu berjumpa kaunselor utk mendapatkan kaunsling. memang ana baru balik konvensyen kaunseling, tetapi belumlah layak menjadi kaunselor. buku 7 buah tu pun baru mukaddimah. tak taulah kalau dah habis baca. tetapi mana tahu dari kaunselor jadi philosopher.

apa pun idup perlu diteruskan. dgn ilmu, semangat dan keyakinan. segala masalah perlu diselesaikan dgn musyawarah. setiap kebuntuan pasti ada jalan keluar. dan pergantungan kita hanyalah kepada Allah swt. jalanilah hidup ini dengan sebaik mungkin dalam keredaan Allah swt. insyallah.

wassalam.
klang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification