Hujung minggu lalu merupakan hari yang paling bahagia kepada ahli kita iaitu Khairul Anwar Bin Hj Miskiran. Sekali seumur hidup (tapi masih ada kekosongan lagi bagi mereka yang berkemampuan dan berlaku adil) telah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami isteri yang sah pada malam Ahad di Maran Pahang bersama pasangan nya ...maaf tak ingat nama nya. (Allohuakbar)....ternyata usia sudah semakin banyak dan Allah mula menarik nikmat mengingat kepada saya tambahan lagi dengan kemalangan kecil di kepala pada tengahari di rumah cini......menjadi penyebab yang Allah telah takdirkan......maaf Ayun tak ingat nama orang rumah ko.
Majlis resepsi di rumah pengantin perempuan diadakan sebelah siang Ahad. Saya hanya sempat melihat dan berkongsi suasana serta rasa melalui gambar-gambar yang diupload kan kedalam FB sahaja. Elok juga jika gambar-gambar itu di photo bucket kan dalam Blog kita ini sekurang-kurang nya untuk menjadi simpanan dan rujukan masa akan datang. Secara tidak langsung ia boleh dijadikan dokumentasi dan rujukan silang dimasa hadapan oleh anak cucu kita.
Untuk saya memang tidak ada sekeping gambar pun yang dirakam melalui sebarang lensa kamera. Entah lah anak-anak saya nampak nya tidak sensitif dan menunjukkan kegairahan (passion) didalam hal rakam merakam ini meskipun arwah Kakik nya dulu pernah berkerjaya sebagai Juru Foto dan punyai kedai gambar sendiri. Saya sendiri semenjak ke makah dan pulang dari mengerjakan haji tempohari belum datang minat untuk merakam foto, ..tidak seperti ketika menunaikan umrah dahulu. Suatu ketika dahulu saya sangat berminat dengan bidang fotografi ini. Dan salah satu subjek semasa menuntut di ITM dulu adalah fotography. Ketika itu pengambilan gambar masih menggunakan filem dan operasi nya secara manual, tidak seperti sekarang secara digital dan mudah serta boleh di lihat terus imej nya Ia juga boleh diedit dengan perisian Adobe Photoshop dan lain-lain dengan mudah melalui komputer. Malah saya masih menyimpan kamera SLR Nikon FM2 dengan lensa yang panjang dan lensa biasa sebagai kenang kenangan.
Sekali lagi saya sekelurga tidak dapat bersama meraikan majlis resepsi yang sangat istimewa dan meriah. Sudah beberapa kali kami terlepas "moment" itu lantaran perkara-perkara lain yang perlu diurus dan tak dapat dielakkan. Insyaallah pada minggu hadapan dirumah cini kami akan bersama. Kami mendoakan semoga Ayun dan isteri menjadi pasangan yang dikurniakan kebahagiaan oleh Allah di dunia dan di akhirat. Perkahwinan adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang di berikan oleh Allah kepada kita untuk menjadi peminpin atau ketua rumah tangga. Rumah tangga boleh menjadi Syurga dan ia juga boleh bertukar menjadi neraka di dunia ini. Mohon dengan berdoalah kepada Allah agar sentiasa di beri hidayah dan petunjuk serta kesabaran dalam membina rumahtangga yang bahagia hingga ke Jannah.
Tahnih dan Selamat Pengantin Baru.
Monday, December 3, 2012
Hujung Minggu Yang Bahagia
10:09 AM
DANURI SAKIJAN
2 comments
2 comments:
Alhamdulillah. Selesai majlis akad nikah dgn kenduri kat Maran. 8hb ni turn kenduri kat Chini pulak.
Oh! By the way, nama pasangan Ayun is Nurulnadia Bistamin. =)
kak uya, kita dah beli kek tu tau.. 5 marble pandan , 5 coklat.... ari jumaat la kita htr ek...
Post a Comment