Thursday, June 28, 2012

Sembang Petang

Assalamualaikum Semoga di rahmati Allah
Masa bergerak begitu pantas. Sekarang sudah masuk bulan Syaaban dan tidak sampai sebulan lagi kita bakal menyambut Ramadhan Al Mubarak. Masyaallah. Dan bulan masihi  sudah memasuki separuh tahun bagi tahun 2012 ini.

Dua hari sudah saya telah menamatkan kursus haji intensif selama 2 hari di Masjid Al Rahimiah Kelang. Di penghujung kursus semua bakal haji diberikan soalan ujian kefahaman dari pihak LTH. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang. Selepas ini akan diadakan pemeriksaan kesihatan pula. Jika lulus insyaallah kami akan menjadi tetamu nya pada tahun ini.

 Kursus yang diberi hanyalah ulangan dari kursus yang telah dihadiri selama 16 minggu. Ia disampaikan secara ringkas dan secara asas nya perkara yang disampaikan sudah diketahui oleh bakal haji. Dilihat dari pandangan hadapan ia tidak memberi signifikan yang besar tetapi dari pandangan sisi ia lebih kepada bagaimana hati kita membuat penilaian serta tanggapan kepada sesuatu perkara secara lebih mikro. Pengulangan adalah penting. Dalam banyak perkara ibadah seperti solat umpamanya ia adalah perbuatan yang sama secara berulang-ulang. Pengulangan adalah bertujuan bagi memantapkan lagi kefahaman kita kepada sesuatu perkara tersebut. Ia mengajar kita supaya tidak berputus asa. Supaya kita menjadi lebih sabar. Supaya kita menjadi lebih mahir dan yakin dan supaya kita dapat melakukan sehingga ia betul-betul sempurna dan berkualiti sehingga berkesan di hati.

Sepanjang kursus dijalankan semenjak kursus bersiri selama 16 minggu dan disambung dengan kursus intensif para penceramah lebih banyak menumpukan perhatian kepada soal perjalanan ibadah dan cara-cara melaksanakan nya disampaikan ioleh ustaz-ustazah yang dilantik. Ia banyak membantu para peserta dan bakal-bakal haji dalam memahami kaedah yang betul dalam mengerjakan ibadah tersebut. Mempelajari pantang larang yang perlu dipatuhi dan sebagai nya. Namun tidak ada diterapkan soal perlu nya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT sepanjang masa dalam konteks kehidupan dan ibadah kita sepanjang kita berada di sana. Tidak diceritakan saat kita menghadapi kesukaran, saat kita menghadapi kepayahan, dan bagaimana kita perlu sentiasa berdoa dan bermohon kepada Allah semata-mata ketika dalam kesusahan dan kepayahan. Saya kira mereka lebih menumpukan kepada soal fizikal tetapi kurang dari segi pengisian jiwa ketika berada di tanah suci. Saya masih mencari -cari pengisian jiwa yang perlu saya bawa sebagai bekalan disana. Ia umpama masakan, resepi nya sudah diketahui, cara memasak juga sudah dipelajari tetapi bagaimana kita hendak memastikan bahawa hidangan yang kita masak itu lazat rasa nya .....dan haji yang kita lakukan itu mabrur hasil nya.....Allah..Allah bantu lah aku..

Sudah hampir setahun lebih passport Arif tidak diketahui dimana ia hilang. Puas digeledah dalam rumah dalam setiap laci dan beg namun ia tidak dijumpai. Saya berkira-kira ingin meminta beliau melaporkan kepada pihak berkuasa menyatakan passport nya hilang. Dan penggantian nya akan memerlukan masa yang lama hingga mengambil tempoh setahun oleh Jabatan Imigresen. Saya teringat pesan saorang rakan..jika kita menghadapi masalah memohon lah pertolongan daripada Allah.  Alhamdulillah tengahari tadi ketika saya membelek-belek fail hitam didalam rak diatas meja tulis saya, Passport Arif yang hilang dijumpai dicelah lembaran fail tersebut..sedangkan semalam ibu nya telah mengeluarkan kesemua isi fail itu.....Subhanallah...aku memohon keampunan mu....

wassalam jumpa lagi..




Thursday, June 14, 2012

BIASA - BIASA JE

Assalamualaikum semoga dirahmati Allah.
Ia merupakan rutin harian biasa. Selepas solat subuh saya akan menghantar anak ke sekolah di SMK SS18 Hebat. Tuan Pengetua sekolah ini tidak akan lupa untuk menyebut perkataan Hebat selepas nama sekolah ini dituturkan. Bunyi nya kelihatan biasa dan mungkin mengada ngada bagi sesetengah orang yang mendengar nya. Tetapi ia merupakan suatu doa dan pengharapan atas suatu keyakinan yang mendalam semoga sekolah ini sentiasa hebat dan anak murid nya mencapai keputusan akademik yang hebat, menjadi manusia yang hebat dan warga pendidik nya juga menjadi pendidik yang hebat. Kehebatan nya hanya akan dikurniakan oleh Allah keatas hamba-hamba nya yang memohon setelah berusaha dengan sebaik mungkin mengikut tertib nya. Didoakan agar seluruh warga sekolah ini dari murid dan guru nya akan mencapai kehebatan yang diinginkan.. Amin.

Setelah menghantar anak ke sekolah saya akan  balik dan melalui jalan dihadapan masjid ss19. Pagi semalam saya singgah untuk membeli sarapan digerai hadapan masjid tersebut. Sebenar nya agak jarang juga saya singgah bagi membeli sarapan hanya apabila kedatangan tetamu yang bermalam dirumah barulah saya membeli sarapan disitu kerana harga nya agak kompetatif. Saya membeli 3 bungkus nasi lemak yang telah siap dibungkus. Mengikut tulisan disitu kesemua nya berharga 3.60. Kebetulan yang menjaga gerai tersebut bukan pakcik yang biasa dikenali tetapi saorang anak muda yang kurang familiar. Saya menghulurkan wang 10.00 rm. Dalam congakan saya pasti akan dipulangkan bakinya 6.40. Setelah saya membayar nya dia menghulurkan baki 5.00. Saya menerima nya dan terus berlalu. Sambil berjalan kekereta saya mencongak semula didalam hati harga nasi lemak tersebut. Belum sampai kekereta  suara memanggil 'abang - abang' kedengaran berulangkali dibelakang saya. Setelah saya menoleh pemuda tersebut berjalan kearah saya dengan membawa tambahan 1.00 sambil mengucapkan maaf salah kira. Saya hanya tersenyum dan menghidupkan enjin kereta berlalu pulang. Melalui  celah lorong -lorong rumah sambil memandu saya masih memikirkan harga sebenar nasi lemak yang saya beli. Ahhh sedekah sahaja lah kalau ada lebihan wang yang dia tidak pulangkan. Bukan banyak pun. Lebih baik saya berlapang dada dengan memutuskan perkara tersebut agar tiada dalam ingatan minda saya lagi. Hakikat nya Nasi lemak yang saya beli hanya saya sorang sahaja yang makan.Orang rumah berpuasa. Sehingga lewat petang masih ada 2 bungkus lagi dan akhir nya ia dikukus semula dan habis di makan menjelang maghrib.

Pagi ini seperti biasa selepas menghantar anak kesekolah saya singgah lagi di situ kerana ada permintaan untuk membeli sarapan. Kali ini saya kegerai sebelah pula. Memesan dua bungkus nasi lemak biasa. Dan saya memilih sedikit kuih muih. Saya bertanya berapa jumlah kesemua 4.60. Saya menghulurkan sekeping 5.00 dan dia memasukkan kesemua belian saya kedalam satu plastik. Kali ini ia memasukkan sebungkus lagi nasi lemak kedalam plastik tersebut dan memulangkan baki 0.40 sen kepada saya. Saya bertanya kenapa ada tiga, makcik tersebut bercakap sambil senyum tak apa....saya ucapan terima kasih dan berlalu.

Masyaallah semalam saya berasa sedikit kekurangan tetapi hari ini saya mendapat kelebihan. Saya merasa malu pada diri sendiri dan pada Allah SWT betapa dia dalam diam menguji saya. Ia baru perkara yang sangat kecil. Soal keikhlasan hati, seketul daging yang ada didlam badan kita yang bernama hati. Di uji hanya perbezaan baki wang yang tidak seberapa dan keesokan nya saya memperolehi sesuatu yang melebihi dari jumlah kerugian yang saya fikirkan. Subhanallah....terasa benar saya sangat bodoh kerana masih mahu berkira mengenai perkara yang sekecil itu sedangkan terlau banyak nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada saya tanpa saya sedari.

Allahu Akbar, kami mohon keampunanMu!

jumpa lagi

Monday, June 11, 2012

ENTAH

Assalamualaikumw.b.t Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi kecintaan kita Nabi Muhammad S.A.W Terima kasih atas sumbangan entry-entry terdahulu terutama Encik Danuri (MG) yang tak jemu-jemu menulis dan tidak kering idea mencoret walaupun isunya biasa sahaja..Saya tetap mengikutinya walaupun tidak sempat mencoret sebarang komen... Memang cuti sekolah kelihatannya banyak masa terluang tetapi kehadiran anak-anak terutama si kecil yang semakin bijak dan lincah, membataskan ruang untuk bersendirian dan peruntukan masa-masa peribadi agak terhad. Saya juga ketandusan ilham untuk menulis..kerana kadang-kadang khuatir apa yang dibicarakan lebih banyak menonjolkan kelemahan dan membuka keaiban diri sendiri. Mungkin juga saya takut apa-apa yang ditulis menjadi suatu salah anggapan kepada orang lain. Memang benar kalau kita ikhlas dan tidak berniat buruk, maka baiklah sesuatu perkara itu..tapi sebagai hamba-Nya yang lemah pastinya kita tidak terlepas daripada tersalah langkah. Contohnya..kalau kita mernceritakan kebaikan yang kita lakukan..adakah kita sebenarnya ikhlas untuk mengajak orang lain supaya turut melakukan kebaikan atau ingin memberi pengajaran kepada orang lain. Atau sebenarnya kita secara sedar atau tidak bersikap riak dan berbangga diri yang akhirnya menunjukkan kelemahan diri sendiri.Pastinya juga perkara ini tidak disukai Allah. Kebelakangan ini saya sering memuhasabah diri, Secara sedar atau tidak..banyak dosa-dosa kecil yang anggota badan kita telah lakukan..dosa-dosa yang tidak disengajakan disebabkan mulut dan sikap berburuk sangka. Kadang-kadang kita secara sedar tidak juga mengutuk@mengata orang tak kiralah perkara kecil mahupun perkara serius..iu juga telah mengurangkan pahala kita malah menambahkan dosa pula... Majikan saya@ pengetua sekolah hari ini berkata (isu ini pernah disebut sebelum ini olehnya dalam mana-mana ucapannya) kalau kita sentiasa berlapang dada dan berbaik sangka, sentiasa tenang, kelenjar sebelah kanan akan mengeluarkan hormon yang menyebabkan kita amet muda, uban tidak mudah memutih di kepala, kedutan di wajah tidak mudah ketara. Itulah ganjaran yang Allah beri secara tidak kita sedari...belum lagi ganjaran pahala yang maha diketahui oleh Allah. Kata-kata beliau tidak itu..memberi saya inspirasi agar lebih berlapang dada..kurangkan bercakap perkara yang lagho dan lebih bersikap positif. Sesuatu kejadiabn itu jangan anyik dipandang dari sudut negatifnya sahaja kecualilah sesuatu perkara itu memang sudah terang lagi bersuluh merupakan perkara bathil dan maksiat. Sebaliknya, fikirkan apa yang positif atau murnikan sesuatu itu mengikut kemampuan kita agar ia menjadi positif. Saya kasihan melihat ibu saya. Umurnya menjangkau 63 tahun.kudrat nya semakin lemah... daya ingatannya juga tidak sebaik dulu..tapi dia mempunyai keinginan seperti orang lain juga..cuma saya yang tak mampu memenuhi keinginannya lantaran kelemhan diri saya sendiri. Kadang kala ada perasaan tidak sabar dalam meladeni orang trua itu da kekurangan keupayaannya menjadikan saya adakalanya terlepas juga keluhan..beruntunglah anak-anak, kalian yang mempunyai bu yang masih sihat dengan kudrat yang masih gagah..Saya sayang ibu..tapi tak tahu mengungkapkan bagaimana..saya tak tyahu nak sembang apa dengn ibu yang kata-katanya semakin sukar difahami..saya hanya bertanya perkara-perkara rutin seperti, mak nak makan? mak dah sembahyang/ mak nak mandi? Entahlah lah..tapi saya insaf, saya redha menjaga ibu..saya tahu Allah kasihkan saya dan memberi peluang untuk mengumpul pahala dan menebus dosa-dosa maka saya diberi kesempatan menjaga ibu yang kurang upaya..Ya Allah ampuni dosa ibu..kasihanilah ibuke yang sekian lama Kau uji dengan keupayaan yang terhad. Kau sediakanlah tempat yang mulia buat ibuku yang sabar dengan keadaan dirinya.... hari ini juga di sekolah dilancarkan program mentor mentee..saya dapat 10 14 orang anak angkat..alhamdulillah..belum jumpa kesemuanya, harap-harap mereka gembira menjadi anak angkat saya... ok..terpaksa berhenti di sini dulu...menyelesaikan urusan ibu dan anak-anak...pohon ampun dan maaf andai yang dicoret sesiatu yang sia-sia dan melaghokan..

Friday, June 1, 2012

CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum semoga di rahmati Allah.

CUTI SEKOLAH
Sudah seminggu sekolah becuti sempena pertengahan tahun. Ini bermakna sudah separuh silibus sekolah disampaikan kepada murid-murid. Kebiasaan nya mereka akan diuji didalam suatu peperiksaan yang dikenali sebagai peperiksaan pertengahan tahun sebelum mula bercuti selama 2 minggu.

Anak-anak kita majoriti nya mengambil peluang cuti ini hanya berehat di rumah. Tidak seperti kita dahulu musim cuti penuh dengan pelbagai aktiviti. Yang wajib nya ialah diarahkan untuk kekebun kelapa dan kesawah. Mencari kayu api atau membelah kayu api serta dijemur untuk dijadikan bahan bakar bagi memasak makanan oleh ibu. Jika tiada aktiviti kekebun atau kesawah akan mengemas rumah menajak rumput serta menebas lalang bagi laluan mandi di parit belakang rumah. Sepanjang laluan itu pulak diarahkan oleh bapa untuk ditanami dengan keladi atau jagung.

Jika ada masa yang sangat terluang maka kami akan kerumah rakan-rakan dan mengajak mereka bersantai ditepi pantai dengan membawa pisang atau ubi untuk dibakar. Jika kebetulan air pasang kami akan menagkap belangkas yang naik kedarat dan telur nya enak untuk dijadikan lauk. Jika tidak ke laut kami akan berada disekitar taliair sawah untuk memancing puyu atau haruan. Jika cuti sekolah bertembung dengan musim panen itu lah waktu yang paling seronok kerana berpeluang untuk mencari ikan didalam kolam serta tali air yang surut disawah padi. Seringkali kami dikejar oleh tuan tanah kerana merosakkan padi-padi mereka dan menimba ikan didalam kolam dipetak sawah kepunyaan mereka..indah betul suasana pada masa itu.

Ketika itu kami tak pernah berpeluang untuk melancong. Keadaan kehidupan keluarga dan kemudahan yang ada tidak memungkinkan kami berbuat demikian. Hanya sesekali sekolah mengadakan rombongan tetapi kami tidak mampu untuk membayar tambang yangg dikenakan. Sesekali kami sampai kebandar sekitar Sekinchen atau Sungai Besar dengan menaiki basikal. Itu pun dah dikira jauh dan mengambil masa sehingga hampir setengah hari untuk sampai. kebiasaan nya mengikut rakan-rakan dan tanpa pengetahuan ibu-bapa. Menaiki bas sendiri tidak pernah malah masih ada perasaan takut..takut terlajak untuk menekan loceng berhenti..dan saya hanya berani menaiki bas sendiri setelah berpindah sekolah di kelang selepas SRP.

Ada juga yang tidak seronok dimusim cuti sekolah. Setiap selepas maghrib dan selepas subuh kena mengaji. Waktu lain mengaji hanya selepas maghrib. Dan selepas itu kena mengulangkaji pelajaran. terutama selepas isyak membawa kemalam dan selepas subuh hingga matahari naik..barulah ke sawah atau ke kebun..
Dengan erti kata lain musim cuti juga musim sentiasa ada aktiviti termasuk ulangkaji pelajaran, tidak ada waktu tidur yang berlanjutan sehingga waktu tengahari . Ana seringkali culas jugak dalam bab ulagkaji pelajaran ini.......sebab itu ana tidak cemerlang hanya setakat lulus biasa sahaja..

KENDURI KAHWIN

Setiap kali musim cuti sekolah bermula ia seakan sinonim dengan waktu kenduri kahwin. Setiap hujung minggu sabtu dan ahad dipenuhi dengan undangan walimatul urus. Disetiap simpang dan cabang jalan dipenuhi dengan tanda arah majlis perkahwinan diadakan. Kadang-kadang terlalu banyak hingga sukar untuk membaca kerana papan tanda arah yang majlis kenduri yang telah berlalu masih terpacak disitu.

Saya menerima pelbagai undangan walimatul urus sejauh kelantan dan johor. Selain dari undangan disekitar tempat tinggal juga undangan dari orang kampung di jenjarum. Ia terpaksa dipilih -pilih dan di timbang timbang berat nya. Ada undangan yang tidak patut di tolak dan ada undangan yang hanya dibalas dengan panggilan telefon menyatakan terima kasih kerana sudi menjemput dan ditutup dengan ucapan maaf kerana tidak dapat hadir. Saya faham mereka menjemput dengan niat yang ikhlas dan sangat berbesar hati jika kita dapat menghadiri sekaligus memeriahkan majlis disamping mengeratkan silaturahim.

Menurut pemerhatian saya ada dua jenis walimatul urus yang biasa dipraktikkan. Satu walimatul urus yang dianjurkan secara agak besar besaran samaada di dewan atau dihadapan halaman rumah masing-masing sarat dengan belbagai perhiasan bunga hidup pelamin yang indah dan pelbagainya. Ada juga yang agak simple dan sangat sederhana tetapi masih meriah. Apa pun jenis walimatul urus yang hendak diadakan ia tetap bergantung kepada kita sebagi tuan rumah untuk memilih nya. Bila sampai waktu nya saya harap segala nya dipermudahkan dengan segala keikhlasan.

Saya titipkan gambar sepasang pengatin baru jepun yang saya sempat rakamkan di hadapan Istana putih di Osaka. Ia sangat simple..
Sepasang Pengantin Baru Jepun
Selamat bercuti jumpa lagi.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification