Friday, June 1, 2012

CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum semoga di rahmati Allah.

CUTI SEKOLAH
Sudah seminggu sekolah becuti sempena pertengahan tahun. Ini bermakna sudah separuh silibus sekolah disampaikan kepada murid-murid. Kebiasaan nya mereka akan diuji didalam suatu peperiksaan yang dikenali sebagai peperiksaan pertengahan tahun sebelum mula bercuti selama 2 minggu.

Anak-anak kita majoriti nya mengambil peluang cuti ini hanya berehat di rumah. Tidak seperti kita dahulu musim cuti penuh dengan pelbagai aktiviti. Yang wajib nya ialah diarahkan untuk kekebun kelapa dan kesawah. Mencari kayu api atau membelah kayu api serta dijemur untuk dijadikan bahan bakar bagi memasak makanan oleh ibu. Jika tiada aktiviti kekebun atau kesawah akan mengemas rumah menajak rumput serta menebas lalang bagi laluan mandi di parit belakang rumah. Sepanjang laluan itu pulak diarahkan oleh bapa untuk ditanami dengan keladi atau jagung.

Jika ada masa yang sangat terluang maka kami akan kerumah rakan-rakan dan mengajak mereka bersantai ditepi pantai dengan membawa pisang atau ubi untuk dibakar. Jika kebetulan air pasang kami akan menagkap belangkas yang naik kedarat dan telur nya enak untuk dijadikan lauk. Jika tidak ke laut kami akan berada disekitar taliair sawah untuk memancing puyu atau haruan. Jika cuti sekolah bertembung dengan musim panen itu lah waktu yang paling seronok kerana berpeluang untuk mencari ikan didalam kolam serta tali air yang surut disawah padi. Seringkali kami dikejar oleh tuan tanah kerana merosakkan padi-padi mereka dan menimba ikan didalam kolam dipetak sawah kepunyaan mereka..indah betul suasana pada masa itu.

Ketika itu kami tak pernah berpeluang untuk melancong. Keadaan kehidupan keluarga dan kemudahan yang ada tidak memungkinkan kami berbuat demikian. Hanya sesekali sekolah mengadakan rombongan tetapi kami tidak mampu untuk membayar tambang yangg dikenakan. Sesekali kami sampai kebandar sekitar Sekinchen atau Sungai Besar dengan menaiki basikal. Itu pun dah dikira jauh dan mengambil masa sehingga hampir setengah hari untuk sampai. kebiasaan nya mengikut rakan-rakan dan tanpa pengetahuan ibu-bapa. Menaiki bas sendiri tidak pernah malah masih ada perasaan takut..takut terlajak untuk menekan loceng berhenti..dan saya hanya berani menaiki bas sendiri setelah berpindah sekolah di kelang selepas SRP.

Ada juga yang tidak seronok dimusim cuti sekolah. Setiap selepas maghrib dan selepas subuh kena mengaji. Waktu lain mengaji hanya selepas maghrib. Dan selepas itu kena mengulangkaji pelajaran. terutama selepas isyak membawa kemalam dan selepas subuh hingga matahari naik..barulah ke sawah atau ke kebun..
Dengan erti kata lain musim cuti juga musim sentiasa ada aktiviti termasuk ulangkaji pelajaran, tidak ada waktu tidur yang berlanjutan sehingga waktu tengahari . Ana seringkali culas jugak dalam bab ulagkaji pelajaran ini.......sebab itu ana tidak cemerlang hanya setakat lulus biasa sahaja..

KENDURI KAHWIN

Setiap kali musim cuti sekolah bermula ia seakan sinonim dengan waktu kenduri kahwin. Setiap hujung minggu sabtu dan ahad dipenuhi dengan undangan walimatul urus. Disetiap simpang dan cabang jalan dipenuhi dengan tanda arah majlis perkahwinan diadakan. Kadang-kadang terlalu banyak hingga sukar untuk membaca kerana papan tanda arah yang majlis kenduri yang telah berlalu masih terpacak disitu.

Saya menerima pelbagai undangan walimatul urus sejauh kelantan dan johor. Selain dari undangan disekitar tempat tinggal juga undangan dari orang kampung di jenjarum. Ia terpaksa dipilih -pilih dan di timbang timbang berat nya. Ada undangan yang tidak patut di tolak dan ada undangan yang hanya dibalas dengan panggilan telefon menyatakan terima kasih kerana sudi menjemput dan ditutup dengan ucapan maaf kerana tidak dapat hadir. Saya faham mereka menjemput dengan niat yang ikhlas dan sangat berbesar hati jika kita dapat menghadiri sekaligus memeriahkan majlis disamping mengeratkan silaturahim.

Menurut pemerhatian saya ada dua jenis walimatul urus yang biasa dipraktikkan. Satu walimatul urus yang dianjurkan secara agak besar besaran samaada di dewan atau dihadapan halaman rumah masing-masing sarat dengan belbagai perhiasan bunga hidup pelamin yang indah dan pelbagainya. Ada juga yang agak simple dan sangat sederhana tetapi masih meriah. Apa pun jenis walimatul urus yang hendak diadakan ia tetap bergantung kepada kita sebagi tuan rumah untuk memilih nya. Bila sampai waktu nya saya harap segala nya dipermudahkan dengan segala keikhlasan.

Saya titipkan gambar sepasang pengatin baru jepun yang saya sempat rakamkan di hadapan Istana putih di Osaka. Ia sangat simple..

Sepasang Pengantin Baru Jepun
Selamat bercuti jumpa lagi.



1 comments:

emi la.. said...

assalam..
memandangkan cuti semakin menghampira noktahnya.. dan tiada siapa yang nak komen apa-apa ..
kita ucapkan selamat kembali besekolah & bekerja kpd semua yang berkaitan...
ADOIS..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification