Thursday, June 14, 2012

BIASA - BIASA JE

Assalamualaikum semoga dirahmati Allah.
Ia merupakan rutin harian biasa. Selepas solat subuh saya akan menghantar anak ke sekolah di SMK SS18 Hebat. Tuan Pengetua sekolah ini tidak akan lupa untuk menyebut perkataan Hebat selepas nama sekolah ini dituturkan. Bunyi nya kelihatan biasa dan mungkin mengada ngada bagi sesetengah orang yang mendengar nya. Tetapi ia merupakan suatu doa dan pengharapan atas suatu keyakinan yang mendalam semoga sekolah ini sentiasa hebat dan anak murid nya mencapai keputusan akademik yang hebat, menjadi manusia yang hebat dan warga pendidik nya juga menjadi pendidik yang hebat. Kehebatan nya hanya akan dikurniakan oleh Allah keatas hamba-hamba nya yang memohon setelah berusaha dengan sebaik mungkin mengikut tertib nya. Didoakan agar seluruh warga sekolah ini dari murid dan guru nya akan mencapai kehebatan yang diinginkan.. Amin.

Setelah menghantar anak ke sekolah saya akan  balik dan melalui jalan dihadapan masjid ss19. Pagi semalam saya singgah untuk membeli sarapan digerai hadapan masjid tersebut. Sebenar nya agak jarang juga saya singgah bagi membeli sarapan hanya apabila kedatangan tetamu yang bermalam dirumah barulah saya membeli sarapan disitu kerana harga nya agak kompetatif. Saya membeli 3 bungkus nasi lemak yang telah siap dibungkus. Mengikut tulisan disitu kesemua nya berharga 3.60. Kebetulan yang menjaga gerai tersebut bukan pakcik yang biasa dikenali tetapi saorang anak muda yang kurang familiar. Saya menghulurkan wang 10.00 rm. Dalam congakan saya pasti akan dipulangkan bakinya 6.40. Setelah saya membayar nya dia menghulurkan baki 5.00. Saya menerima nya dan terus berlalu. Sambil berjalan kekereta saya mencongak semula didalam hati harga nasi lemak tersebut. Belum sampai kekereta  suara memanggil 'abang - abang' kedengaran berulangkali dibelakang saya. Setelah saya menoleh pemuda tersebut berjalan kearah saya dengan membawa tambahan 1.00 sambil mengucapkan maaf salah kira. Saya hanya tersenyum dan menghidupkan enjin kereta berlalu pulang. Melalui  celah lorong -lorong rumah sambil memandu saya masih memikirkan harga sebenar nasi lemak yang saya beli. Ahhh sedekah sahaja lah kalau ada lebihan wang yang dia tidak pulangkan. Bukan banyak pun. Lebih baik saya berlapang dada dengan memutuskan perkara tersebut agar tiada dalam ingatan minda saya lagi. Hakikat nya Nasi lemak yang saya beli hanya saya sorang sahaja yang makan.Orang rumah berpuasa. Sehingga lewat petang masih ada 2 bungkus lagi dan akhir nya ia dikukus semula dan habis di makan menjelang maghrib.

Pagi ini seperti biasa selepas menghantar anak kesekolah saya singgah lagi di situ kerana ada permintaan untuk membeli sarapan. Kali ini saya kegerai sebelah pula. Memesan dua bungkus nasi lemak biasa. Dan saya memilih sedikit kuih muih. Saya bertanya berapa jumlah kesemua 4.60. Saya menghulurkan sekeping 5.00 dan dia memasukkan kesemua belian saya kedalam satu plastik. Kali ini ia memasukkan sebungkus lagi nasi lemak kedalam plastik tersebut dan memulangkan baki 0.40 sen kepada saya. Saya bertanya kenapa ada tiga, makcik tersebut bercakap sambil senyum tak apa....saya ucapan terima kasih dan berlalu.

Masyaallah semalam saya berasa sedikit kekurangan tetapi hari ini saya mendapat kelebihan. Saya merasa malu pada diri sendiri dan pada Allah SWT betapa dia dalam diam menguji saya. Ia baru perkara yang sangat kecil. Soal keikhlasan hati, seketul daging yang ada didlam badan kita yang bernama hati. Di uji hanya perbezaan baki wang yang tidak seberapa dan keesokan nya saya memperolehi sesuatu yang melebihi dari jumlah kerugian yang saya fikirkan. Subhanallah....terasa benar saya sangat bodoh kerana masih mahu berkira mengenai perkara yang sekecil itu sedangkan terlau banyak nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada saya tanpa saya sedari.

Allahu Akbar, kami mohon keampunanMu!

jumpa lagi

1 comments:

suria said...

Adakalanya sesuatu yang biasa bisa menjadi luar biasa, yang kecil besar maknanya, yang pahit manis rasanya..bergantung kepada individu yang mentafsirkannya.

Dalam meniti arus kehidupan, kita memerlukan banyak sokongan antaranya kata-kata peransang supaya hati kita kuat. Kata-kata yang berunsur motivasi juga mampu melonjakkan semangat untuk berbuat sesuatu yang adakalanya di luar kemampuan kita. Begitu juga sebaliknya, kata-kata cacian, sindiran, ejekan juga tak kurang berbisa malahan lebih tajam daripada pedang yang mampu memancung emosi tenang, emosi sabar dan membangkitkan api kemarahan atau yang lebih teruk dari seorang optimis boleh bertukar kepada pesimis.

Beruntunglan Encik Danuri kerana dipilih oleh Allah untuk melalui peristiwa demikian. Lebih beruntung lagi, Encik Danuri mampu mentafsir dengan baik hikmah di sebalik peristiwa itu. Bersyukurlah..kerana hanya orang tertentu sahaja yang diberi ilham untuk berfikir demikian. Dengan kata lain..You are the chosen one!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification