Monday, June 11, 2012

ENTAH

Assalamualaikumw.b.t Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi kecintaan kita Nabi Muhammad S.A.W Terima kasih atas sumbangan entry-entry terdahulu terutama Encik Danuri (MG) yang tak jemu-jemu menulis dan tidak kering idea mencoret walaupun isunya biasa sahaja..Saya tetap mengikutinya walaupun tidak sempat mencoret sebarang komen... Memang cuti sekolah kelihatannya banyak masa terluang tetapi kehadiran anak-anak terutama si kecil yang semakin bijak dan lincah, membataskan ruang untuk bersendirian dan peruntukan masa-masa peribadi agak terhad. Saya juga ketandusan ilham untuk menulis..kerana kadang-kadang khuatir apa yang dibicarakan lebih banyak menonjolkan kelemahan dan membuka keaiban diri sendiri. Mungkin juga saya takut apa-apa yang ditulis menjadi suatu salah anggapan kepada orang lain. Memang benar kalau kita ikhlas dan tidak berniat buruk, maka baiklah sesuatu perkara itu..tapi sebagai hamba-Nya yang lemah pastinya kita tidak terlepas daripada tersalah langkah. Contohnya..kalau kita mernceritakan kebaikan yang kita lakukan..adakah kita sebenarnya ikhlas untuk mengajak orang lain supaya turut melakukan kebaikan atau ingin memberi pengajaran kepada orang lain. Atau sebenarnya kita secara sedar atau tidak bersikap riak dan berbangga diri yang akhirnya menunjukkan kelemahan diri sendiri.Pastinya juga perkara ini tidak disukai Allah. Kebelakangan ini saya sering memuhasabah diri, Secara sedar atau tidak..banyak dosa-dosa kecil yang anggota badan kita telah lakukan..dosa-dosa yang tidak disengajakan disebabkan mulut dan sikap berburuk sangka. Kadang-kadang kita secara sedar tidak juga mengutuk@mengata orang tak kiralah perkara kecil mahupun perkara serius..iu juga telah mengurangkan pahala kita malah menambahkan dosa pula... Majikan saya@ pengetua sekolah hari ini berkata (isu ini pernah disebut sebelum ini olehnya dalam mana-mana ucapannya) kalau kita sentiasa berlapang dada dan berbaik sangka, sentiasa tenang, kelenjar sebelah kanan akan mengeluarkan hormon yang menyebabkan kita amet muda, uban tidak mudah memutih di kepala, kedutan di wajah tidak mudah ketara. Itulah ganjaran yang Allah beri secara tidak kita sedari...belum lagi ganjaran pahala yang maha diketahui oleh Allah. Kata-kata beliau tidak itu..memberi saya inspirasi agar lebih berlapang dada..kurangkan bercakap perkara yang lagho dan lebih bersikap positif. Sesuatu kejadiabn itu jangan anyik dipandang dari sudut negatifnya sahaja kecualilah sesuatu perkara itu memang sudah terang lagi bersuluh merupakan perkara bathil dan maksiat. Sebaliknya, fikirkan apa yang positif atau murnikan sesuatu itu mengikut kemampuan kita agar ia menjadi positif. Saya kasihan melihat ibu saya. Umurnya menjangkau 63 tahun.kudrat nya semakin lemah... daya ingatannya juga tidak sebaik dulu..tapi dia mempunyai keinginan seperti orang lain juga..cuma saya yang tak mampu memenuhi keinginannya lantaran kelemhan diri saya sendiri. Kadang kala ada perasaan tidak sabar dalam meladeni orang trua itu da kekurangan keupayaannya menjadikan saya adakalanya terlepas juga keluhan..beruntunglah anak-anak, kalian yang mempunyai bu yang masih sihat dengan kudrat yang masih gagah..Saya sayang ibu..tapi tak tahu mengungkapkan bagaimana..saya tak tyahu nak sembang apa dengn ibu yang kata-katanya semakin sukar difahami..saya hanya bertanya perkara-perkara rutin seperti, mak nak makan? mak dah sembahyang/ mak nak mandi? Entahlah lah..tapi saya insaf, saya redha menjaga ibu..saya tahu Allah kasihkan saya dan memberi peluang untuk mengumpul pahala dan menebus dosa-dosa maka saya diberi kesempatan menjaga ibu yang kurang upaya..Ya Allah ampuni dosa ibu..kasihanilah ibuke yang sekian lama Kau uji dengan keupayaan yang terhad. Kau sediakanlah tempat yang mulia buat ibuku yang sabar dengan keadaan dirinya.... hari ini juga di sekolah dilancarkan program mentor mentee..saya dapat 10 14 orang anak angkat..alhamdulillah..belum jumpa kesemuanya, harap-harap mereka gembira menjadi anak angkat saya... ok..terpaksa berhenti di sini dulu...menyelesaikan urusan ibu dan anak-anak...pohon ampun dan maaf andai yang dicoret sesiatu yang sia-sia dan melaghokan..

1 comments:

mg said...

Saat kita di uji...
Allah tetap akan beri kita ujian. Meskipun jika kita rasa kita tidak berbuat kejahatan, maksiat, kesalahan dan sebagi nya. (dalam erti kata kita tidak melakukan kesalahan yang besar) namun hakikat nya sebagai manusia biasa kita tetap melakukan kesalahan samaada yang nyata dan tersembunyi.
Ada beberapa sebab Allah beri kita ujian.
Pertama sebagai kifarah, kedua untuk meningkatkan mertabat kita,ketiga untuk menguji keimanan yanga ada didalam diri kita.
Untuk melayakkan kita memasuki jannah nya kita perlu lulus ujian tersebut.
Ia akan datang dalam berbagai bentuk. Harta yang kita perolehi, anak-anak, pangkat dan darjat, kemiskinan dan kekayaan, hasil pendapatan, tanggungjawab kepada kedua ibu bapa,tanggungjawab kepada pekerja, musibah dan bala serta berbagai bagai lagi.
Di situ kita perlu melihat dari berbagai perspektif. Dan yang sangat penting kita dilarang keras dari berburuk sangka terutama dengan Allah SWT. Ia mencampakkan ujian kepada hambanya agar kita sentisa beringat dan beryukur hanya kepada nya.Allah berikan kita ujian seumpama nya demi kasih sayang nya kepada kita.Sebagai contoh Ujian anak yang soleh adalah bagaimana kita melayan kedua ibu bapa kita semasa mereka masih hidup.Inyaallah kita akan merasa lebih dekat dengan nya. Solat dan mohon lah kepada nya.Bangunlah sepertiga malam dan bertahajud lah kepada nya 4 x sebulan sekurang-kurang nya bukan 4 x setahun untuk piala Euro sahaja.

Robbi Yassir Wala tuassir.....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification