Monday, March 26, 2012

Di mana Nak Mula?

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Salam buat semua
Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah yang maha kaya.
Setelah agak lama tiada kesempatan menzahirkan butir-butir bicara dalam blog ini, Insya-Allah pada kesempatan ini saya cuba berkongsi pengalaman yang pernah kami lalui dalam usaha hijrah kami....
Pertama-tamanya saya ingin memohon keampunan kepada Allah s.w.t andai apa yang bakal ditulis menimbulkan sesuatu di luar keredhaan-Nya atau menimbulkan salah sangka dalam kalangan pembaca. Sesungguhnya segala kekurangan itu adalah milik kami yang terlalu kerdil..keduanya kami ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang membacanya andai coretan ini disalahfahami...

Di mana saya perlu bermula?

Saya dan Emi tak pernah terfikir untuk ke Tanah Suci dalam tahun-tahun terdekat ini. Pertamanya kerana fikiran kolot kami yang mengatakan haji/umrah itu untuk orang-orang yang bersedia nak jadi baik dan keduanya kami tak punya harta untuk dilaburkan ke arah itu. Setahun sebelum ini, gaji kami hanya cukup untuk perbelanjaan harian..malah berhutang lagi ada (kad kredit...)

Segalanya mula berubah...pada tahun 2009, apabila Kak Ida dan Abang Danuri pulang dari mengerjakan umrah, ada sesuatu yang menarik perhatian dan merubah persepsi saya. Abang Danuri berbeza dari yang sebelumnya. Buah fikiran dan nasihatnya membuka pintu hati saya dan sangat terkesan..Subhanallah..Maha suci Allah ..atas kehendaknya saya mula berkata dalam hati..kalau ada rezeki aku ingin ke Tanah Suci sebelum usia menjangkau tua. Saya cuba menyemak duit simpanan di Tabung Haji...itulah saja yang ada..Apabila mendaftar..Allahhuakbar tahun 2040 baru mungkin giliran kami untuk mengerjakan haji. Adakah umur saya masih panjang untuk tiba sampai waktu itu?

Secara bersahaja saya bersembang dengan Emi..pada mulanya dia tak kisah sangat, mungkin keletihan kerja dan melayan kerenah anak-anak maka isu yang saya bawakan tidak berapa menarik minatnya. Saya terus sibuk menguruskan hidup..kerja tak yang sudah-sudah, urusan harian dan rutin yang sama, ibadah dan pengabdian kepada tuhan masih begitu juga...iman masih senipis kulit bawang, sembahyang hanya yang fardhu, puasa sunat boleh dibilang dengan jari tangan, sedekah jariah tentulah tak ada lantaran harta yang tak berapa nak ada...astagfirullahhalazim...begitulah kami...sibuk urus kerja ,anak, kerja, anak....Tapi keinginan itu tetap ada..

Cerita-cerita tentang kenikmatan dan kemanisan beribadah di Tanah Suci terus saya ikuti daripada rakan-rakan yang baru pulang dari Tanah Suci serta dari Abang Danuri dan apabila mendengar berita Abang Nasir dan Kak Sinah akan ke sana pada tahun 2011, cerita tentang itu semakin hebat dan rancak dibicarakan dalam kalangan ahli keluarga kita. Saya mula terfikir, Ya Allah..adakah kesempatan buatku? Layakkah aku menjadi tetamu-Mu? Abang Danuri kata banyakkan solat malam dan dekatkan diri kepada Allah...saya mula berjinak-jinak solat malam..tapi belum istiqamah..dengan kata lain..bukan tiap-tiap malam. Sehinggalah pada suatu malam, tanpa semena-mena saya berasa sangat sayu dan menangis sehingga air mata saya bercucuran memohan kepada Allah agar diberi peluang ini, dan saya ingin berubah...kalau sebelum ini saya jenis yang cincai saja dalam melakukan ibadah...saya berharap dengan izin Allah kunjungan ke Tanah Suci mampu merubah diri saya. Kalau pun perubahan itu tidak besar, memadailah saya berasa nikmat ketika melakukan ibadah khusus kepada Allah. Subhanallah...esok paginya selepas sarapan, Emi berkata kepasa saya.."Bie, jom kita pergi umrah". Saya tak memberi respon secara langsung kerana saya tahu..itu hanya kata-kata kosong..kami memang tak berduit.
Emi kata dia mendapat inspirasi daripada jiran kawasan perumahan kami yang pergi umrah dan tegar meninggalkan anak-anak yang masih kecil di pusat asuhan. Katanya lagi, duit hasil jualan rumah pangsa yang dibelinya sewaktu bujang cukup untuk kami ke sana. Saya mengucapkan syukur kepada Allah. Tapi Jemputan itu belum datang lagi...

Lewat tahun 2011, saya secara berseloroh bersembang dengan kakak saya, cikgu yang mengajar di Sabak Bernam. Saya mengajaknya mengerjakan umrah. Dia secara serius menjawab, memang dia, suami, Kak Ton, Nora dan anak-anaknya sudah mendaftar..adakah saya berminat untuk turut serta...saya terkedu, Ya Allah adakah ini aturan-Mu?Setelah berbincang dengan Emi, kami bersetuju turut mendaftar...dan saat ini barulah saya merasakan Allah telah menghantar jemputannya. Alhamdulullah rezeki kami murah..Emi berjaya mengumpul duit bagi tujuan itu kami tak perlu guna duit jualan rumah yang kami masih lagi menunggu(belum settle lagi sampai sekarang. Itulah mulanya....

(bersambung...)

7 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Alhamdulullah suatu permulaan hijrah keimanan yang baik...Istiqomah teruskan menulis..dan tiada niat yang lain hanya berkongsi pengalaman semoga membuka hati orang lain....

anonymus said...

Intresting.
Makin bnyak berenti, mkin suspen.
Sambung cept2

Anonymous said...

welcome back bibik n paman emi...Alhamdulilah ... satu cerita yg menarik dan sentiasa menunggu untuk membuka hati ini jua utk ke sana pada suatu hari.. ada jgak berbing dgn arie untuk kesana....mudah-mudahan ada rezeki.. untuk pengetahuan semua arie juga dah mula bekerja di Ipoh bermula May ini.. syukur ke hadratNYA..

DANURI SAKIJAN said...

Arie buat business ke balik ipoh...sesuatu yang sangat baik...tahniah

Anonymous said...

Yup paman kami berjaya mndapat kiosk di mydin.. Mudah2 an rezekiNya murah utk kami...

DANURI SAKIJAN said...

Insyaallah 9 dari 10 punca rezeki Allah telah janji datang dari perniagaan. Carilah dan jadi ahli perniagaan muslim yang bertakwa kepada Allah. Tambahkan ilmu berniaga..belajar anyam tikar banyak-banyak agar kalau gulung satu tikar ada tikar yang lain...itu konsep nya ..Moga berjaya.Amin.

Anonymous said...

INSYAALLAH paman. mcm mana pun rezeki itu dtg dariNYA.. kita sbgai umat berusaha dan perlu memeprbanyakkan plan supaya ada plan b dan seterusnya.....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification