Saturday, April 30, 2011

pantai remis

pantai remis? dimana!pantai remis terletak diantara klang dan kuala selangor. bukanlah pantai yg cantik selayaknya sebagai pusat peranginan. dulu semasa pantainya masih jauh kelaut, adalah juga pasir putih mengisi bibir pantainya. tetapi yg banyaknya kulit kerang. sekarang pantainya telah terhakis dan selut telah menggantikan pasir. bagaimanapun pengunjungnya semakin ramai. datang sekadar merasa tiupan angin laut dan melihat ombak bekejaran. kalaupun ada yg turun keair, bukanlah utk mandi; tetapi mencari ala-ala dan kijing. kalau anda datang, tak perlu bersusah payah bagi mendapatkan ala-ala dgn meranduk lumpur-selut kerana telah ada dijual digerai bawah pokok.pagi ini ana disana. buat kali pertama. dgn basikal. dari rumah jauhnya 23 km. berkereta...

Sunday, April 24, 2011

iklan yg cukup menarik

" sudah 20 tahun makan ubat, berkayuh baru 4 bulan; sekarang dah berhenti ambik ubat"kawan itu terpana. kami berjumpa di serdang semasa PM najib meresmikan kor-tani jumaat sudah. dia kawan kami dari perak. sebaya dan ada penyakit macam kami. tapi kalau nak beli basikal, jangan yg murah. at-least rm2,000 or rm3,000 ana menambah. iklan buat kedai basikal. sesungguhnya ini nasihat ikhlas. kalau tidak, akan cepat bertukar basikal. ana dah rasa. lagipun mereka mampu. kereta mereka besar dan duduk rumah bungalow. ana yg duduk rumah teres pun ada basikal ribu-ribu. antara kesihatan dan tunai beribu, kesihatan lebih berharga. sebelum berpisah, dia berjanji akan menghubungi ana utk dapatkan nasihat lebih lanjut. syukur, tapi entah bila.semalam ana ke...

Saturday, April 16, 2011

gerimis pagi

pagi ini gerimis. baru saja turunnya. semasa ke bistro membeli roti canai, cuaca masih cerah. semasa sarapan ianya pun turun. semangat utk kerkayuh telah menyala dari awal lagi. hari cuti memang berpotensi bagi berkayuh lebih lama. dalam suasana santai. hari kerja, berkejar dgn waktu maghrib. 1/2 jam purata kena balik kerana surau telah mula mengaji. pagi ini gerimis. sedang semangat utk berkayuh semakin berkobar. setelah mengisi air dalam beg sandang, wallet dan hand-phone; mula berkayuh menuju ke klang. di bt.3 1/2, masuk jalan potong tembus ke jalan keretapi lama. semakin ke klang, gerimis semakin membesar. azam yang semakin mengebu telah berjaya mengalahkan tempias gerimis. pakaian terutama dibahagian hadapan telah basah. biarkan, teruskan. akhirnya sampai juga ke bandar klang. dalam gerimis....

Sunday, April 10, 2011

minggu yg segar

i. semalam keklinik. spt janji 2 minggu lepas, akan cek tekanan darah semula. selepas tidak mengambil ubat selama tempoh itu, bacaan didapati naik sedikit. 130/85. tetapi masih agak baik. dengan tidak dibantu oleh ubat, ianya masih dalam range normal. keputusan doktor, teruskan tanpa ubat. ianya satu cabaran baru. oleh kerana telah puasa sepanjang malam, hari itu turut sekali cek kandungan gula dalam darah. 6.0. wow! pada bulan jan = 8.5, feb= 6.7; kini =6.0 bukankah ini satu penurunan yg begitu memberangsangkan. bagaimanapun ubat masih diteruskan. selaras dgn cabaran diatas, kawal makan dan senaman. petang-petang selepas balik berkayuh ana akan rebus kentang ngan keledek. kemudian rebus sayur. makan ngan mayo dan cili sos. ingat kak niah dulu masa sekolah kat pekan, tak tinggal cili sos....

HARI KELUARGA 2011

Salam..Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan.... Makluman kepada semua ahli, Hari Keluarga yang dirancang pada 30 April - 2 Mei ditangguhkan sehingga ke satu tarikh lain yang akan dibincangkan semula kelak. Walau bagaimanapun kutipan yuran bulanan tetap diteruskan bagi menambah dana keluarga. Harap makl...

Friday, April 1, 2011

ubat vs basikal

minggu sudah keklinik. ianya bagi bulan mac. begitulah rutin. akhir bulan cek tekanan darah dan bacaan gula. selalunya awal pagi, sebelum makan. tetapi kerana pergi ke shah alam terlebih dahulu, maka keklinik sebelah petang. setelah bebera kali mengepam darah dan meneliti rekord rawatan, doktor zul mengesyorkan supaya berhenti ambil ubat darah tinggi mulai 27 mac 2011. wow! tak payah ambil ubat!! setelah 20 tahun tak miss makan ubat darah tinggi, dr. kata tak payah makan lagi. ana rasa macam baru lepas dari penjara. selain dari diet, pastinya ini kesan dari excersise. setelah 4 bulan berkayuh, ianya telah menampakkan hasil. ana sangat bersyukur kehadirat Allah swt kerana masih diberi kekuatan dan tubuh yg masih responsif serta metabolisma...

Page 1 of 9012345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification