Saturday, April 16, 2011

gerimis pagi

pagi ini gerimis. baru saja turunnya. semasa ke bistro membeli roti canai, cuaca masih cerah. semasa sarapan ianya pun turun.

semangat utk kerkayuh telah menyala dari awal lagi. hari cuti memang berpotensi bagi berkayuh lebih lama. dalam suasana santai. hari kerja, berkejar dgn waktu maghrib. 1/2 jam purata kena balik kerana surau telah mula mengaji.

pagi ini gerimis. sedang semangat utk berkayuh semakin berkobar. setelah mengisi air dalam beg sandang, wallet dan hand-phone; mula berkayuh menuju ke klang. di bt.3 1/2, masuk jalan potong tembus ke jalan keretapi lama. semakin ke klang, gerimis semakin membesar. azam yang semakin mengebu telah berjaya mengalahkan tempias gerimis. pakaian terutama dibahagian hadapan telah basah. biarkan, teruskan. akhirnya sampai juga ke bandar klang. dalam gerimis. berpusing keliling bangunan tabung haji, lalu berhenti di empernya. dapatlah berteduh. kesat cermin mata yg basah dan minum air. mereka yg berbasikal tahu pentingnya air bagi mengganti cecair itu dari proses hidrasi dan berpeluh. air perlu diminum setiap 10-15 minit berkayuh.

berkayuh lagi keliling centrepoint, belok kekiri via bus station berhadapan mydin. ambil selekoh kanan melalui pasar jawa. hujan dan pagi menyebabkan pengunjung masih tiada. peniaga pun baru membuka perniagaannya. sampai dihadapan masjid kelang, ana naik. pusing di lapangannya dan laluan tepi sungai. akhirnya turun dan pusing klang semula sebelum balik melalui jalan datang. sampai di jalan tanjung shawal ana ikut laluan tersebut. inilah pertama kali lalu di jalan berkenaan. rupanya jalan tersebut terus ke rantau panjang. dari situlah ana balik.

dari mula hingga balik semula masanya 1 jam 20 menit. ke klang saja lebihkurang 25 minit. lebihnya berpusing melalui rantau panjang. semasa naik ke mesjid klang ana cuba senyum kepada jaga mesjid. tunjuk ramah kerana kita dari luar. jaga tidak senyum. memang apabila berkayuh, kita akan menggunakan seluar singkat. seluar panjang boleh sangkut pada gigi gear. tetapi masih menutup aurat. adakah kerana pakaian agak kurang sesuai masuk masjid maka ana seperti kurang dialu-alukan. jaga bangunan awam yg dikunjungi orang ramai sepatutnya lebih mesra dan berperawakan ceria. bukan masam. mungkin kerana itu sukan dikalangan etnik melayu yg telah berumur kurang populer berbanding bangsa lain. mereka dgn seluar tidur dan muka terpisat, pagi-pagi telah ronder keliling padang.

hari ini rasa puas berkayuh. klang yg terasa sangat jauh telah berjaya ana takluk. dalam gerimis lagi. mungkinkah ada tempat yg lebih jauh yg ana dapat berkayuh!

hari ini 16 april. harijadi sebenar ana. bagi kali ke..... seperti wanita yg selalu berahsia mengenai usianya, ana juga begitu. semakin tua, semakin kita sensitif. setelah setengah abad, tiada excited menyambutnya. kengerian dan kesayuan kerana mengenang usia yg bakal berakhir semakin terasa. kita tidak bakal muda. bahkan kita bakal meninggal. menghadapi saat mati amatlah trajis. sedang Nabi saw juga menghadapi kesukaran apalagi kita yg penuh dosa dan noda. hanya pertolongan Allah dapat memudahkan. semuga ada kemudahan dan kebaikan dalam usia ini.

selamat hari jadi.

1 comments:

MG said...

Selamat hari lahir semoga dipanjangkan Umur murahkan rezeki, diberi kesihatan dan dijauhkan dari sebarang musibah. Bertambah keimanan dan bertambah amalan sebagaimana bertambah nya usia kita. Insyaallah Amin.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification