i. semalam keklinik. spt janji 2 minggu lepas, akan cek tekanan darah semula. selepas tidak mengambil ubat selama tempoh itu, bacaan didapati naik sedikit. 130/85. tetapi masih agak baik. dengan tidak dibantu oleh ubat, ianya masih dalam range normal. keputusan doktor, teruskan tanpa ubat. ianya satu cabaran baru. oleh kerana telah puasa sepanjang malam, hari itu turut sekali cek kandungan gula dalam darah. 6.0. wow! pada bulan jan = 8.5, feb= 6.7; kini =6.0 bukankah ini satu penurunan yg begitu memberangsangkan. bagaimanapun ubat masih diteruskan. selaras dgn cabaran diatas, kawal makan dan senaman. petang-petang selepas balik berkayuh ana akan rebus kentang ngan keledek. kemudian rebus sayur. makan ngan mayo dan cili sos. ingat kak niah dulu masa sekolah kat pekan, tak tinggal cili sos. kini ana pamannya pulak. tak ade sapa yg nak tumpang makanan ana. mula dulu farah adalah menjambal, kini tak lagi. makan rebus-rebus memang kurang sedap.
ii. petang sabtu kekedai buku di jusco klang. tujuan mencari buku tentang basikal/ cara berbasikal. sudah empat bulan berkayuh terasa pengetahuan mengenainya kurang. ingatkan masa kanak-kanak berbasikal sama pada setiap jaman. rupanya tidak. dulu basikal tua. kini basikal moden. rangka saja sama sebijik kap-cai, belum lagi gear dan groupset. oleh itu tak kan main kayuh saja. sayang sekali buku mengenainya tiada. buku pasal golf banyak. belilah juga bike magezine. tetapi maklumat mengenai teknik kurang. malamnya buka internet. memang banyak maklumat dalam google dan yahoo search. banyak perkara yg perlu diketahui utk itu rupanya. ini juga satu ilmu baru yg sangat interesting.
iii. hari sabtu, posmen datang lewat dari selalu. setelah meninggalkan surat dicelah pagar, ia memecut dgn moto merahnya. satu surat buat ana dari tabung haji. ana dapat tawaran haji lagi tahun ini. ini kali ke-4 ana dapat. tetapi hanya ana sendiri. sinah tiada. dulu pun begitu. bagaimanapun kata TH boleh merayu. ana telah siapkan surat rayuan tetapi pengesahan surat nikah dipertikai. bukan kadi yg tandatangan. mengesahkan dokumen sepatutnya tak perlu terlalu rigid. sama dgn yg tulin, sahkanlah. tak perlu kadi. tetapi peraturan tetap peraturan. terpaksalah ana cari biras yg bertugas di jab. agama. memang selalu begitu. ada halangan pada sesuatu hasrat baik. kerana yg baik itu mahal nilainya. semuga tahun ini dapat berhaji dgn istri.
iv. semalam istri bagitahu perhimpunan keluarga di janda baik mungkin dibatalkan kerana ramai anak yang akan menghadapi pepereksaan semester. anak muda kalau tertinggal memang terasa kekurangan dalam program yg bakal diatur. merekalah master of the ceremony. penyegar dalam setiap acara. walaupun acara karaoke telah diubahsuai, merekalah yang bakal memeriahkan. lagipon generasi mudalah yang menjadi target kita bagi melestarikan keluarga ini. melalui pemberitahuan s/u persatuan keluarga, memanglah benar apa yang dinyatakan oleh istri semalam. tetapi ironinya ana pernah berniat untuk tidak menghadiri family day kali ini. perasaan ana sangat lagi terguris dan ingin menyendiri. dan kini ianya telah dibatalkan. subhanallah; apakah maknanya itu!
1 comments:
Tahniah kerana ente sudah mendapat jemputan lagi untuk mengunjungi rumah Allah. Insyaallah tahun ini akan termakbul cita-cita dan di mudahkan segala urusan. Banyakkan berdoa Robbi Yassir Walatuassir. Tetapkan iman dan niat serta banyakkan persediaan ilmu, emosi dan fizikal.
Ana kalau ikut giliran tahun ini juga tapi setakat ini belum ada jemputan samaada melalui alam maya atau postal pun belum lagi.
Kunjungan ana semasa umrah dahulu banyak mengajar ana erti supaya lebih bersedia terutama dari segi ilmu dan amal apabila kita berkunjung kesana agar kunjungan kita memberikan pulangan keuntungan saham kita di akhirat kelak semaksima mungkin. Kalau tidak perniagaan kita akan rugi dan tidak memberi keuntungan sebalik nya hanya jalan jalan seperti biasa sama seperti melancung kelain-lain tempat di muka bumi ini.
Kalau nak kan gambaran keadaan disana Insyaallah ana boleh syer. Ia nya perlu kerana boleh memudahkan kita merancang aktiviti kita dan seterusnya melancarkan pergerakan serta mencapai matlamat yang dikehendaki.
Wallohualam.
Post a Comment