Sunday, April 24, 2011

iklan yg cukup menarik









" sudah 20 tahun makan ubat, berkayuh baru 4 bulan; sekarang dah berhenti ambik ubat"



kawan itu terpana. kami berjumpa di serdang semasa PM najib meresmikan kor-tani jumaat sudah. dia kawan kami dari perak. sebaya dan ada penyakit macam kami. tapi kalau nak beli basikal, jangan yg murah. at-least rm2,000 or rm3,000 ana menambah. iklan buat kedai basikal. sesungguhnya ini nasihat ikhlas. kalau tidak, akan cepat bertukar basikal. ana dah rasa. lagipun mereka mampu. kereta mereka besar dan duduk rumah bungalow. ana yg duduk rumah teres pun ada basikal ribu-ribu. antara kesihatan dan tunai beribu, kesihatan lebih berharga. sebelum berpisah, dia berjanji akan menghubungi ana utk dapatkan nasihat lebih lanjut. syukur, tapi entah bila.



semalam ana ke banting. mohd. hanipah duduk di bandar mahkota. tidak jauh dari olak lempit. dulu kawasan itu dipanggil brookland estet. dialah satu-satunya kawan yg telah berjaya ana pengaruhi utk berkayuh. penyakit sudah mula mengintai macam ana, maka semangatnya pun naik. tempat dia berkayuh katanya lapang dari traffic dan jauh. ana pun minat. lagipun kalau berkawan kita akan kurang boring. sedar tak sedar 20 km. selama ini ana hanya pusing keliling taman dan paling jauh kapar dan klang.



setelah mengeluarkan basikal dari kereta, kami mula berkayuh melalui jalan 100 tahun di kg olak lempit. setelah pekena roti canai sekeping sebagai alas perut, kami sambung hingga ke bkt perah. tembus kg seri ceeding. dihujung seri ceeding adalah ladang teh boh. ingatkan jalan mati, rupanya terus ke kg orang asli busut. disitu ada sebuah kilang batu bata. semasa lalu di tepi pagarnya kami telah dijengong oleh anjing kilang tersebut. apa lagi kayuhan 100 km/jam!


selepas kg tersebut hanya kelapa sawit. walaupun jalan baik, situasinya mendaki. kesian md.nipah; termengah-mengah mendaki bukit. walaupun masih muda, pengalaman masih kurang berbanding ana. lagi pun jam dah 11.00 pagi. kamipun tidak tahu mana hujungnya. dalam google pun tak dinyatakan. kelihatannya seperti laluan ke hutan. setelah bergambar di sighn bord 'kg pulau kempas' kami pun turun.


semasa berhenti minum di kg seri ceeding, sorang pak cik beri info katanya jalan yg kami lalui itu boleh tembus ke saujana putera. ini sudah baik. tak payahla kami minum kedai, lain kali singgah je rumah emy. kalau nasib baik dapat makan tengah hari sekali.


kami balik lalu jalan datang. terasa lebih cepat sampainya. di olak lempit sekali lagi kami minum. tuan kedai agak kagum apabila kami bagi tahu kemana kami telah sampai. menjelang 12.30 kami sampai kerumah md. nipah. perjalanan kami lebih kurang 2 1/2 jam pergi balik. selebihnya minum dan nyinggah di gerai buah.


inilah pengalaman menarik minggu ini. dan kami berazam akan buat lagi hingga ke saujana putera. betul kata dr. zul, mentor ana dalam berbasikal, nanti kita akan mencari tempat-tempat baru utk berkayuh. dan tak mustahil kalau ana pergi kerja naik basikal. kata nuri, dulu pun ana dah buat, dari pasir panjang dgn basikal tua lagi.


minggu depan ana cadang berkayuh di terengganu. kalau di izinkan Allah swt.


2 comments:

Anonymous said...

tahniah paman..

kts said...

t. kasih
moh la joint
kt kg tasik ke..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification