pantai remis? dimana!
pantai remis terletak diantara klang dan kuala selangor. bukanlah pantai yg cantik selayaknya sebagai pusat peranginan. dulu semasa pantainya masih jauh kelaut, adalah juga pasir putih mengisi bibir pantainya. tetapi yg banyaknya kulit kerang. sekarang pantainya telah terhakis dan selut telah menggantikan pasir. bagaimanapun pengunjungnya semakin ramai. datang sekadar merasa tiupan angin laut dan melihat ombak bekejaran. kalaupun ada yg turun keair, bukanlah utk mandi; tetapi mencari ala-ala dan kijing. kalau anda datang, tak perlu bersusah payah bagi mendapatkan ala-ala dgn meranduk lumpur-selut kerana telah ada dijual digerai bawah pokok.
pagi ini ana disana. buat kali pertama. dgn basikal. dari rumah jauhnya 23 km. berkereta mengambil masa 20 menit. pagi ini bertolak 8.10 pg, sampai jam 9.15 pg. kurang lebih 1 jam. pagi ini cuaca kurang baik. mendung bergumpal dilangit utara. semasa bertolak ianya kelihatan semakin cerah. tetapi selepas pekan kapar gerimis masih berbaki. sehingga kampung sg. serdang, baju yg dipakai terasa lembabnya.
memang kami tidak menggunakan laluan utama kerana sarat kenderaan berat. pemandu kenderaan juga tidak tolerate dgn penunggang basikal. jaman sekarang siapa kuat dan tega akan menang. tiada hormat dan tolak ansur. memang ngeri kalau berpapasan dgn mereka. kita yg ingin membakar kalori dgn beriadah seringkali berhadapan risiko. kerana itulah kami memilih jalan kampung. jalan itu telah ana riki beberapa minggu sudah. dari rumah melintas jalan besar lalu jalan keretapi lama terus ke kapar. melalui beteng potong kg. tok muda, sg. serdang dan lalu beting sg. janggut, sg. sembilang, tambak jawa lalu sampai pantai remis.
jalan kampung memanglah lengang dari traffic. kebanyakannya hanya motor. kereta sekali sekala. memang tepatlah pemilihan ana. suasana sebeginilah yg menyeronokkan bila berbasikal. semasa ana naik basikal dari pasir panjangke klang tahun 70an dulu ana lalu jalan utama. tetapi taklah sebok seperti hari ini. suasana itulah yg kami tempoh hari ini.
setelah 1/2 jam disana kami pun berangkat balik. balik sebenarnya sama jarak dgn datang. tetapi terasa lebih cepat. sebenarnya bukan masa dan jarak, tetapi faktor perasaan. semasa melalui kampung india perepat, kami telah dijengong anjing. besar-besar belaka. mujur anjing itu tidak menyerang. tetapi kecut juga kami dibuatnya. anjing memang ada dimana-mana dan akan menjengong kepada individu yg tidak dikenali. petua org kalau berhadapan anjing sebegitu adalah dgn bertenang. jangan lari atau berkayuh laju, tetapi jerit balik dgn suara kuat dan garang. selain itu doa!
setelah 5 bulan berkayuh, baru hari ini ana dapat mempraktikkan kayuhan yg betul. kayuh adalah dipusing pedal tu, bukan diterjah. kayuhan betul akan menjadikan kita kurang penat dan kayuhan yg effective. hari ini benar-benar happy dan puas berkayuh. next time kalau kearah utara, bukan sahaja ke pantai remis; malah terus lajak 8 km lagi hingga sg. buloh. tempat kerja analah.
petang ini nuri datang dgn family. kami ukur basikal dalam unser dia. boleh masuk 2 buah. minggu depan ana cadang nak ikut beliau ke terengganu. bolehlah berbasikal dipantai dungung. nanti ana upload gambar kat sana.
0 comments:
Post a Comment