marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadirat Allah swt diatas limpah kurnianya keatas kita selama ini yg telah memberi peluang meningkat, sedikit demi sedikit dgn perubahan, baik dalam hal ekonomi, pelajaran, sosial dan pekerjaan. sesungguhnya kita hadir ke alam dunia ini mengikut acu dan lorong yg telah ditetapkan. menjadilah kita ini semua dalam Islam dan Iman sebenarnya sudah cukup sangat bertuah dan beruntung. maka inilah yg sangat perlu kita jaga dan ingat dgn sepenuh hati agar ianya terus terpelihara bukan saja buat diri kita sendiri, juga buat turunan kita walau di benua amarika sekalupun. selawat dan salam buat Rasul Junjungan saw; kerana bagindalah yg telah menunjukkan suri tauladan kepada kita sebagai umat muslimin dan muslimat dalam menghayati panutan kita supaya kita menjadi umat yg tulin dalam beragama.
selain itu marilah kita doakan kedua ibu-bapa kita dan orang-orang tua kita yg telah kembali kerahmatullah juga muslimin dan muslimat agar mereka mendapat perlindungan Allah azza wa jalla. Amin.
hari ini cuti. 31 ogos merupakan tarikh keramat kepada mereka yg mengerti dan menghayati erti merdeka. sudah tidak ramai yg hidup pada jaman jepun dan penjajah british. cerita duka dan sukar bagi bangsa melayu ditanah air sendiri pada era berkenaan kini semakin dilupa oleh generasi muda. bayangan dan imaginasi kepada kesukaran berkenaan juga payah utk dibuat-buat. kerana itulah 31 ogos tiada punya makna sama sekali. ianya tidak lebih dari hari cuti ujung minggu.
hari merdeka kali ini ada dua perkara yg ana perolehi. pertama kurangnya kibaran bendera oleh warga malaysia. dalam baris rumah yg ana duduki pagi ini hanya satu rumah yg mengibar bendera malaysia. dalam perjalanan ke kuala selangor tengahari tadi, kedai-kedai di pekan kapar yg kira-kira berpuluh juga, hanya beberapa kedai mengibarkan bendera. bagi pekan kecil seperti di sg. sembilang hanya 1 atau 2 kedai mengibarkan. beberapa tahun lalu suasana meriah masih terasa di kawasan perumahan dan kedai-kedai. malah ramai yg meletakkannya di kenderaan masing-masing. walaupun ada yg beri secara percuma, banyak tempat menjualnya. beberapa hari lalu ana teringat utk membelinya, tetapi tidak begitu ketara seperti di emporium atau kedai buku. mungkin kurang permintaan maka mereka juga tidak memesan banyak.
petang ini dalam satu ucapan pemimpin tempatan beliau telah bertanya; pada tahun-tahun akan datang masih bolehkah kita meneriakkan laungan merdeka! ini merujuk betapa melayu kini semakin layu didalam arena politik negara. kekuatan dan keteguhan bangsa yg kununnya pernah dikata oleh hang tuah tak kan hilang didunia kini mulai goyah dan perlu penelitian.
soalnya sejauh mana kita menanggapi perkara tersebut. sejauh mana patriorisma kita kini. adakah cukup dgn mengetahui sepintaslalu sebagai perkara am; ataukah kita perlu bertindak balas. adakah pikir kita hanya cukup dgn asal ada kerja makan pakai maka peduli kepada orang lain. soalnya adakah orang lain berpendirian seperti kita juga? bodo-bodo-ah. orang lain mungkin berfikir bagaimana merampas tanah kita. bukan dgn paksa tapi dgn harga mahal. lalu kita menjualnya. setelah wang jualan habis, kita pindah kehutan jadi org hutan; kalaupun kita tak jadi kera dan lotong. maka semasa duduk-duduk didahan pokok dipinggir kuala lumpur setelah balik dari kerja, kita pun berkata kepada cucu kita, nun... disana dulu rumah kita. kini telah jadi gedung milik pendatang asing.........
oh.. tanah air ku....
merdeka....
merdeka.......
merdeka...........
klg.
31 ogog 2010.