Wednesday, August 18, 2010

tetamu 2



Assalamualaikum wht
Selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.
inilah tetamu ana yg diceritakan dalam entry sebelum ini. comel kan!
kini tetamu telah pergi. foto ini dirakam sebelah pagi. petang kami ke shah alam. balik, tetamu sudah tiada. patutlah sebelum keluar ibu kucing mengiiau dan mengejar kami yg nak masuk kereta. ingatkan lapar, rupanya nak bg tahu beliau nak berpindah. agak jee...
kata jiran, dia gongong anaknya satu persatu...
kucing pun tahu etika bertamu. sampai masa 3 hari, berangkat. manusia kekadang tak ada etika, puas tuan rumah perli tak balik-balik...
terasa sunyi dan kosong ruang. baki-baki ikan dan ayam setelah berbuka kini masuk tong sampah. sebelum ini kita org sisihkan utk mereka. ruang sedekah telah ditutup.
semalam kawan farah bg maklumat, kucing berkenaan ada di surau. sekarang sedang puasa. ada moreh disana; pastinya banyak makanan buat mereka.
Mahasuci Allah yg menentukan rezeki, begitu Dia menunjukkan lorong kepada makhlokNya.
subhannallah.
wassalam.
jeram.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification