Friday, April 30, 2010

kongsi rasa

Assalamulaikum...
Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bukannya ketandusan buah fikiran tetapi memberi peluang kepada pelapis junior untuk melakar idea mereka. Baguslah, nampaknya ada perkembangan dan sangat menggalakkan. Cuma rindu juga pada komen si khalifah/imam muda kita..Nampaknya beliau lebih banyak menjadi pemerhati daripada menulis. Mungkin beliau lebih selesa mencetus rasa dalam blog persediriannya..hai ebal, jangan mare..bibik gurau aje...Akhir-akhir ini atau selalunya memang saya tewas terhadap tuntutan kerja maka kekangan masa menjadi alasan. Kali ini apa yang ingin saya tulis ya..sekadar berkongsi pengalaman.

Dalam keluarga kita ini ,ada beberapa ahli yang bekerjaya sama seperti saya. Yelah MG dulupun seorang guru sebelum menjadi penyarah. Tentunya banyak pengalaman yang hampir sama. Kerjaya ini kelihatan tidak popular dan kurang diminati. Saya ingin bercerita tentang seorang murid di kelas yang saya ajar. Dia anak kacukan Melayu + Perancis, tetapi bapanya telah meninggal dunia. Ibunya orang Melayu dan mengusahakan cafe. Memandangkan keadaan tersebut, ibunya sering sibuk dan kurang meluangkan masa bersama anak-anaknya. Anak murid saya ini mempunyai masalah disiplin. Saya kira latar belakang dan kesibukan ibunya mempengaruhi peribadinya. Dalam kelas dia sering duduk di belakang dan membuat satu kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 @5 orang yang mempunyai sikap lebih kurang sama dengan dirinya. Malas, tidak mahu belajar, tidak bawa buku dan yang paling mengganggu emosi guru-guru yang masuk kelas ini ialah dia suka berbuat bising dengan mengejek-ejek guru iaitu mencabar guru setakat mana guru mampu menangani kerenah mereka ini.Apabila ditegur dia dan rakan-rakanya akan membalas dengan kata-kata yang pastinya menyakitkan hati guru. Hari SELASA dan RABU adalah hari yang paling sengasara bagi saya kerana hari-hari ini saya akan masuk kelas mereka ini lebih lama iaitu 2 masa. Bayangkan saya terpaksa berhadapan dengan mereka secara profesional. Apa tindakan saya? Mula-mula dulu saya memang sering menegur dan memujuk mereka agar belajar, buat tugasan yang disuruh tetapi lama-kelamaan, saya bosan. Saya naik jemu dengan kerenah mereka. Saya pernah marah dan menghalau mereka keluar dari kelas. Tetapi tiada perubahan. Di luar kelas kalau terserempak dengan mereka, mereka tanpa adab dan sungguh kurang ajar mengejek saya dan mana-mana guru yang pernah menegur dan memarahi mereka. Mereka pernah kena rotan kerana poteng, diberi amaran oleh badan disiplin tetapi telinga mereka kebal..tiada kesan. Saya pernah mencari nombor telefon ibunya untuk memberitahu perilakunya kepada siibu tetapi tidak berjaya kerana nombor yang tertulis dalam rekod kedatangannya palsu! Apa yang harus saya lakukan kini? Saya amat berharap lembaga disiplin mengadakan perbicaraan secara tertutup bersama pentadbir, guru-guru yang mengajar mereka dan ibu bapa mereka dipanggil untuk dibentangkan laporan disiplin mereka.
Pun begitu, sebagai guru sejati, saya tidak pernah bedendam dengan mereka cuma saya sedih, kes-kes sebegini kebelakangan ini meningkat. Di mana puncanya? Salah siapa? Mereka memusnahkan masa depan mereka tanpa mereka sedari. Kalau ditanya mereka tidak takut tuhan? Mereka hanya mencebik..sembahyang jauh sekali...Diharap dalam kalangan ahli keluarga kita tiada yang begitu tingkahnya. Itulah anatara secebis pengalaman...

Kisah lain pula...bulan Mac tempoh hari saya sibuk melatih pasukan bola jaring sekolah. Ketika pertandingan diadakan..anak-anak didik ini menunjukkan semangat juang yang sungguh mengharukan. Walaupun kebanyakan fizikal mereka lebih kecil daripada kebnyakan pihak lawan tetapi 'perfomance' mereka sungguh membanggakan. Tiba perlawan di suku akhir,(daripada 8 perlawanan 6 menang) kami bertemu dengan satu pasaukan yang pemainnya bukan sahaja tinggi tetapi hebat, tangkas dan gerakan mereka sungguih cantik. Saya sudah merasai bahang kekalahan...dalam hati kecil berkata.. habis anak-anak aku kena belasah ni...mana tidaknya pasukan-pasukan lain yang bertemu mereka belum ada yang menang, ada yang kena belasah sampai 14-0!Debaran dalam hati semakin kencang ketika permainan dimulakan...Wah...memang saya sungguh terharu dengan pasukan saya..walaupun kalah tetapi penuh maruah kerana menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi. Dengan bertudung lengkap, track bottom tidak seperti pihak lawan yang hanya berskirt pendek dan tudung sudah tentu melayang...kami tewas dengan 5-7. Not bad isn'it? Dan perasaan yang sungguh luar biasa saya rasai ialah ketika mereka tewas, semua memeluk saya dengan mengatakan, cikgu, maafkan kami kerana tidak berjaya...saya balas..kamu semua adalah anak-anak didik saya yang hebat, cikgu bangga dengan persembahan kamu..kalah dan menang adalah adat pertandingan, mungkin bukan rezeki kita...kata-kata saya itu menyebabkan ada di antara mereka menitiskan air mata. What's so special about that? entahlah..di situ lahir satu perasaan yang sungguh indah untuk dikenang. Hubungan saya dengan murid-murid ini juga sungguh akrab.

Itulah antara kisah suka duka seorang guru, Ijam, Niah, Huda atau mungkin Balqis...teruskan perjuangan..dan sempena Mei ini..Selamat Hari Guru..buat kalian dan diri sendiri....

Wednesday, April 28, 2010

KLIA-TAWAU-SEMPORNA-MABUL

Assalammualaikum,
mula-mula minta maaf lmbt entry cite nie...sbb selasa lps ade Bengkel Retreat ICM kt Morib, kelam kabut aku dibuatnye..ni lh br ade ms...

22 April 2010
Lps keje, kiteorg ber 5 trs ke KLIA sbb tkt tgl flight sok..so kiteorg tdolh kt airport...lyn gak tdo cna sbb rmai org...



Ni lh tmpt tdo kami di KLIA..

Ahli Rombongan.


23 April 2010

Gerak kul 850, mkn dlm flight..smp d tawau kiteorg naik teksi ke semporna..blh thnlh mhl tambangnye...smp di semporna rupa2nya mgu 2 ade Regatta Lepa Semporna...meriah giler pekannye...
hari ini kiteorg mkn tdo n berjalan shj...nk dijadikan cite dinner kiteorg sm restoran dgn Dato Siti Nurhaliza & husband..ptutlh adeRELA beruniform mkn kt c2 & rmai giler org dpn kedai 2...dia nk blk br kiteorg prasan..tp xleh nk bergamber...RELA jaga baik punye...




Regatta Lepa Semporna



Pemandangan Udara Brunei.


24 April 2010
Hari yg dinanti telah tiba..Pulau Mabul...here i come...memang cantik..memang indah...2 je aku nk ckp...



Banyaknye tapak sulaiman














25 April 2010

2jelh yg penting nk cite..ahad jln2 pekan jelh smblm blk...tp yg xsangka dlm flight skali dgn ADAM AF3...dptlh bergambar...hehe..










Ok...cukup dlu smp disini...lain2 gmbr blh tgk kt FB saya ok...
bye-bye...
Assalammualaikum...


Bergambar bersama Ratu Lepa





..videO Gamba2 kami tyMe bezDay AbaH Aritu..

salam satu keluarga.. =)
ni video koleksi gamba2 time kt0rg sambut bezday abah aritu.. ngn jalan2 g i-city shah alam... lmbt ckit post cite ni.. ingtkn abah nk upload gamba2 ni.. xpe..bia kite yg post.. pakai care paman nok.. leh tengok byk2 gamba sekali.. ;p
g city walk tu kebetulan jer sbnrnyer.. tyme nk bayar tol kat tol sg rasau lepas balik mkn pizza tu.. kt0rg terpandang cahaya2 bergemerlapan kat i-city tu.. tu yg ktorg patah balik masok shah alam semate2 nk tgok lampu2 tersebut.. mmg xdirancang pon nk g.. mak ckp klo tau, xde la mak pakai bju tshirt jer.. huhu.. =)
quality gamba2 yg ktorg amek ni biase2 jer..sbb setengah nyer pakai henpon kite yg biase2 tu (pasni leyh la abah belikan henpon canggih ckit..;p).. yg abah pulak beria2 bwk kamera..tp bateri tarak!! haha.. apela abah.. ;p
mase ni naha xdek.. bukan xajak die taw.. tp time nih die kat sungai langat atas urusan kerja... so, xdpt la join ktorg.. kan,naha???? =)
okeyh!! selamat menonto0oon gamba2 tersebut!! =)

*saje letak lagu soldier-bunkface... xdek kne mngene pon sbnrnye.. saje2 letak sbb suke lagu nie.. haha.. dgr jela ek.. wp terpakse..huhu.. ;p


Tuesday, April 27, 2010

boro.1


Borobudur.

kau pendeta tua yg sangat setia.
tidak pernah berganjak
walau tubuhmu di timbun debu
sang kerakatau si penggempur.
kau tetap. teguh. sombong.

walau matamu telah layu dan penat
senyum mu tetap manis
mesra mengalu-alu kan,
saudara dekat.

paman, ini aku datang
bersatulah dengan ku
biar rindu purba ini cair
meresap dibawah dupa.


borobudur. jogja .diso9

here i come...

Monday, April 26, 2010

London 2008



Percubaan Memasukkan Muzik as a Back ground

Sunday, April 25, 2010

PULAU MABUL, SEMPORNA

Assalammualaikum semua,
Dikala ini ketika sedang aku menulis di entry ini, aku sedang berada di Hotel aku menginap di Semporna..

memang sempuna tempat ni...

balik semenanjung nnti aku akan cerita lg...

Wasalam...

Thursday, April 22, 2010

hwa..hwa..hwa

laughter is the best medicine(ketawa adalah ubat yang baik)



Why did Ah Beng go to a movie with his 18 friends?

Because below 18 not allowed Lah !

-------? ? ? ? ? ?-------


Ah Beng wants to buy a TV set. He goes to a shop.

Ah Beng : "Do you have color TV ?"

Salesgirl : "Yes !"

Ah Beng : "Give me a green one, please "

--------? ? ? ? ?-------


Ah Beng is filling up an application form for a job.He supplied the

information for the columns on Name, Age, Address etc.

Then he comes to column on "Salary Expected", but he is not sure of the
question. After much thought, he writes " Yes "

-------? ? ? ? ? ?-------


Ah Beng goes to a store and sees a shiny object.

Ah Beng : "What is that shiny object ?"

Salesgirl : "That is a thermos flask."

Ah Beng : "What does it do ?"

Salesgirl : "It keeps hot things hot and cold things cold"

Ah Beng : "I'll buy it"

The next day, Ah Beng goes to work with his thermo flask

Boss: "What is that shiny object ?"

Ah Beng : "It's a thermos flask."

Boss : "What does it do ?"

Ah Beng : "It keeps hot things hot and cold things cold"

Boss : "What do you have in it !?"

Ah Beng : "Two cups of coffee and one cup of ice cream"

-------? ? ? ? ? ?-------


After taking photocopies of documents, Ah Beng always compares it with the
original for spelling mistakes.

-------? ? ? ? ? ?-------


Ah Beng always smiles during lightning storms because he thinks his

Picture is being taken.

-------? ? ? ? ? ?-------


Why can't Ah Beng dial 911?

Because he can'! t find the number 11 (eleven) on the phone.

-------? ? ? ? ? ?-------


Ah Beng had just bought a new computer and was using it.

When he encountered some problems. He decide to use the 'Help' command

After some tries. Soon after, he became very irritated and called the

Computer retailer for support.

Ah Beng : "I press the 'F1' key ! for help lah, but it's been over

half an hour and still nobody come and help me Lah ?!"

-------? ? ? ? ? ?-------


Ah Beng with two red ears went to his doctor. The doctor asked him what

Had happened to his ears and he answered, "I was ironing a shirt and the

Phone ring, lah - but instead of picking up the phone, I accidentally
picked

up the iron and stuck it to my ear, lah" "Oh dear !" the doctor exclaimed
in

disbelief. "But ..... what happened to the other ear ?" Ah Beng answered :

"That stupid dumbo called back, lah !!!!"

-------?! ? ? ? ? ?-------


Ah Beng talk to a long-distance telephone operator.

Ah Beng : "COULD YOU PLEASE TELL ME THE TIME DIFFERENCE BETWEEN Taipei AND
LAS VEGAS ?"

Operator ! : "JUST A MINUTE..."

Ah Beng : "THANK YOU , lah" AND PUTS DOWN THE PHONE.

-------? ? ? ? ? ?-------


After completing a jigsaw puzzle he'd been working on for quite sometime,
Ah Beng proudly shows off the finished puzzle to a friend.

"It took me ONLY 5 MONTHS TO DO IT", Ah Beng brags. "FIVE MONTHS ? THAT'S
TOO LONG", the friend exclaims. "YOU ARE A FOOL."

Ah Beng replies, "SEE THIS BOX, IT IS WRITTEN FOR 4-7 YRS"

-------? ? ? ? ? ?-------


At a bar in New York, the man to Ah Beng's left tells the bartender,

JOHNNIE WALKER, SINGLE" and his companion says, "JACK DANIELS, SINGLE".

The bartender approaches Ah Beng and asks, "AND YOU, SIR ?" Ah Beng

replies: "Tan Ah Beng, ! MARRIED lah"

Wednesday, April 21, 2010

zzz

gambar paling mengesankan. terutama lihat cukin bapak yg koyak tu... like father, like son.. aduhai... cekedingnya ana..
korang boleh agak sapa yang kita adap tu... sapa sangka akhirnya lecturer... ingatkan jadik kiayai. dari dulu memang ana tak tau nak posing... terok betul. tak de langsong ciri-ciri nak hensem. tahun 63 ke 64...
gambar raya tahun 73. amik kat sekincen. ana pun dah nampak sikit hensem. emi ? bawah bangku kot.
inilah kakik kalian semasa berbulan madu. mungkin di tk. intan.

masih ada lagi beberapa yg belum di scan. sekiranya ada kesempatan akan di up-load foto kak ti dan kang mis ketua kita. boleh banding mirip wajah siapa..

wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

Happy Birthday AFIQ

Wahai ahli-ahli semua mari kita ucapkan "Selamat Hari Jadi Kepada MUHAMMAD AFIQ"... Semoga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran, panjang umur, menjadi anak yang soleh, Jangan tinggal Sembahyang...tanamkan cita-cita menjadi millionaire Insyaalah.

Saturday, April 17, 2010

blog ini telah ditawan oleh orang muda

salam semua,
segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. kepada Nya segala sesuatu berkepentingan dan berkehendak. selawat dan salam kepada Nabi Junjungan saw,nabi panutan dan ikutan semuga kita semua mendapat hidayah dan ilmu yg bermenafaat sebagai bekal di alam akhirat.

entah apa yg telah merasuk orang-orang muda dalam family kita maka blog ini telah mereka kuasai. mereka telah menawannya dari tangan orang tua seperti nuri. ana tak pasti samaada suria masuk golongan tua atau muda. tetapi sejak akhir-akhir ini beliau juga tidak menyumbang lagi, seperti rela dgn pengambil alehan oleh golongan muda. mungkin beliau turut bersekongkol! adakah ini sesuatu yg baik atau bakal meminggirkan golongan seangkatan paman nok.

sesuatu yg ketara dari ungkapan dan layout mereka, kelihatan jarak sangat jauh dgn garapan kaum tua. mereka lebih visual dan berbahasa sangat ringkas. sesuatu yg ana sangat sukar buat memahamkan. tetapi bagi kalangan mereka tentunya tiada masalah sama sekali. mereka juga lebih berinteraksi secara pandangan mata. sekeping foto bisa menceritakan 1,000 makna & cerita. kotak imajinasi mereka kelihatan semakin kecil dan kelam, menyebabkan penceritaan dgn perkataan akan menjemukan mereka, sedangkan inilah disiplin kami, org tua.

setelah 'ipoh gathering' nampaknya ada perubahan telah berlaku dalam family. mereka lebih terbuka dan berani berexperimen. nuri sangat suka perkembangan ini. sebagai lecturer beliau sangat mengemari perobahan. ana; kata suria kaki pangkah. tiada yg betul. ana pangkah pun ada tempatnya, bukan semua tempat ana pangkah, kalau betul ana sokong.

sehubungan dgn itu, penguasaan oleh org muda bagi blog ini; ana sokong [jauh sekali dari memangkah]. ana pun dah balik muda semalam: 35 tahun [emi, tak ade ke hadiah harijadi?] tahun depan pun masih muda, 45 tahun. tetapi tahun lagi satu ana balik tua, usia pencen. apa pun usha kalian adalah murni dan patut diteruskan. ita yg ana jangka akan menyepi buat selamanya, pun sudah semakin rancak mengutuk ana. tak mengapa ada ubi ada batas. ironinya sekarang petani tanam ubi tak pakai batas. masih releven ke peribahasa tersebut.kena tanya cekgu.

kesimpulannya, bayarlah yuran yg dijanjikan di ipoh tu. ikutilah semangat kak niah, bendahari belum tanya, dia dah bagitau nak bayar ke akaun mana. bukan bulan ini, siap utk 2 bulan. tapi jangan lak 2 bulan je, lepas tu diam... bayar sampai ujung tahun supaya program 'GIRING PUTU' akan dapat dilaksanakan sebagai dirancang. giring putu adalah istilah yg betul utk family gathering dalam bahasa jawa. giring adalah mengajak dgn pengawasan, macam giring itek masuk reban; dan putu = anak cucu. ita heran dgn istilah tersebut, tetapi ana telah jelaskan. dia telah faham. kalaupun yg masih heran mungkin maury.

tahniah juga diucapkan kpd sahri, balkis dan 2 org anaknya yg bakal menduduki rumah baru. siap renova. cantik rumah itu. themanya, rumahku syurga ku. patutlah arie sentiasa berulang kerja dari ipoh - kl. ana dah tengok gambarnya, tapi tak taulah kalau balkis upload gambar rumah org lain, ana percaya je... bezanya org dulu ngan org sekarang, org sekarang ada rumah, renova dulu baru pindah. org dulu, kalau ada rumah pun dah dikira baik. gimana pun betul kata balkis, dah renova duduk selesa. lepas ni tukar kereta lak. upgrade yg lebih besar, mudah paman nak tumpang.

akhirnya, tahniah kpd org muda yg telah menawan blog ini. pertempuran ini telah kalian menangi. tetapi ingat... dan selalu ingat....... org tua lebih dulu makan garan... banyak ilmunya dan sangat licik. suatu ketika kami akan merampas semula takhta ini... itupun kalau garam yg telah banyak kami makan tidak menjadi penyakit. kalau sebaliknya... teruskan perjuangan. kerana perjuangan ini masih belum selesai!

wasaalam.
klg.bndr.diraja.

KOMPILASI wajah wajah kita di ipoh



Satu percubaan.....

Friday, April 16, 2010

..BeZDaY aBaH kaLi yg Ke-2..

salam satu keluarga.. =)
dlu tyme kecik2 selalu terpk knp bezday abah ade 2 kali.. xkan abah lahir 2 kali kot???????? pas2 kte ingt yg bulan 1 tu yg btol sbb ikut ic kan... pas2 da bsr ckit bru tau... yg bulan 4 ni yg sebenar nyer!!! yela..xlogik pulak klo abah lahir 2 kali kan??? hakhak.. ;p
ermmm... tetibe rse cam nk mkn kepci la pulak tekak nie.. mcD pon ok.. pizza cam bru lepas mkn... erm...
*xkesah la open table ape pon.. yg penting.. EPI BEZDAY, ABAHHHHHHHHHH!!!!!!!!! semoga pnjg umo, mrah rezeki... boleyh banje mkn.. =)



Thursday, April 15, 2010

nk mintak TOLONG...


nk tanye pendapat ckitlh...
nk photostat kad kawen nie guna kertas warna ape yer???
kiteorg xpening..tp maklh bg pening....



MAJLIS PERKAHWINAN JUENAHAR (JUNE 2010)

Rumah Perempuan - 12 June 2010
Rumah Lelaki - 19 June 2010

Tuesday, April 13, 2010

..mengePOW kAWan BaNJe piZZa..

salam satu keluarga..=)
saje je post kisah ni..sbb leh cite ape2 je kan???haha..
jumaat lepas kwn kite yg baju merah tu telah membiarkan dirinye di'pow' oleh kami kwn2 bek die dgn membelanja kami mkn piza sbg mkn mlm kami mlm tu... mlm tu pon abah ade tepon nk ajak mkn mlm sbnrnyer..tp terpakse tolak pelawaan abah sbb xnk lepaskan peluang mkn piza free...haha..(sori abah..) =)
ktorg sgt xcited sampai lupe nk amek gamba sblom mkn. selain oder piza yg baru 10 lapis tu..ktorg ade mintak sorg satu tambahan oder..kite mintak lasagnia..kwn kite yg belang tu mintak tempura n chiken wing..(tamak tul mintak sampai 2..;p) kwn yg laki tu mintak spegeti..kwn yg pakai spek tu xmintak pape..sbb die cam takot ktorg da mintak mcm2..haha..
gamba piza sekerat ni je yg sempt amek sbb lupe..haha.. ngn gamba kami.. jejaka yg sorg tu boypren kami sume..haaha..(xla..tu bju merah nyer tu..) kami balik pon sbb org piza da mcm halau2 jer..angkat pinggan ckit2..haha...

*kami-->sal,aedia,nopaten & azim berterima kaseh kpd paten krn banje kami!
*kisah ini di post disini pon ats permintaan mereka..sbb tu gamba mrk sopan2..haha.. ;p

Monday, April 12, 2010

pegi perak lg...

assalamualaikum...saye skrng brade di behrang utk mengikuti kursus yang diadakan di INSTUN..sblom kte pegi mak ade pesan kalo smpai kat behrang nnt carila restoran rohaya..mak suh tanye pasal mbah mujari.sbb ade kene mengene ngan susur galur kuarge kte.so kalo sape2 ade info di mane terletaknye restoran rohaya tersebut sila2 la maklumkn kepada sye ye...semoga dpt brjmpe kembali sedare yg dah lme x jumpe.wassalam.

Friday, April 9, 2010


ini bukan maklumat sulit...sekadar untuk rujukan jalan raya dan lebuh raya di daerah kuantan.

...FuTSaL DaN SaYe..


salam satu keluarga.. ececeh.. =)
sbb naha da cite..ayun da letak gmba..wp xcite(huhu)..skrg rse nye tibe giliran kite lak..(poyo tul!).. =)
kite cite pasal futsal jela..
mule2 join kakak kwn kite...pas2 makin aktif bile da ade team sendiri..FIFI WISHES!!(cam comel kan??wekk.. haha..) tp kite bukn la seorg keeper sperti yg abg ijam sangkakan.. ;p biasenye kite men striker.. keeper xleyh sbb takot bola..wp badan je bsr.. huuhu... =)

kite ade satu habit tyme men futsal..iaitu sentiase akn jatuh wp xkne tackle..(kire jatuh sendiri la..huhu..) lebam..tersagat kulit..terkehel..slalu cm2.. lebam da berpuluh kali kot..yg paling terok tyme men tuk civil uitm.. lebam die bentuk 'L'.pas2 panjang die pnjg ckit dr pen kilometriko..(cam dlm gamba tu).. sakit die..fuh! sampai semayang duduk la...

terkehel yg paling trok skali mse kat program kaseh remaja MBSA..baru 30saat men..tibe2 kaki terkehel tyme nk rampas bola dr lawan..siap ade bunyik 'krak!!' lg.. sakit sampai xleyh jalan kejap tyme tu..pas2..punye kembong buku lali tu..(cam dlm gamba)..

wp sakit..tp ttp best..kwn2 pon best..(lu org sume mmg sempoi!!) xkesah la team ape pon name nye..warrior ker, 17fc ker, sg ramal ker, orkid ataupon fifi wishes..(sume tu pusing2 pon kwn2 yg sme)..haha..;p

ni sje letak gamba2 team..tyme frenly ade..ngn bbrp tonemen..(harap2 dorg xmintak royalti la..huhu.).. kite penah frenly ngn nestle team..pas2 dpt barangan nestle..pas2 kwn kite ckp klo frenly ngn proton..mesti dpt kete kan.. hakhak.. ;) ni ade gamba medal..tp sayang..yg menang johan xdpt medal tyme tu.. =(


*kite akn kurgkan jatuh2..sbb bik sham kate takot efek tyme da tua nanti..(kite ingt ni..) ok!! =)

Thursday, April 8, 2010

facebook persatuan keluarga

assalamualaikum..
satu bukumuka (facebook) untuk persatuan sakijan saamah telah saya "create", ini adalah bertitik tolak dari feedback yang kita terima pada mesyuarat kali 01/2010 yang diadakan di regency hotel & appartment tempohari, yang mencadangkan agar satu facebook dibuat untuk golongan muda-mudi agar dapat melayarinya, ianya adalah disebabkan beberapa kemungkinan yang menyukarkan (kepada yang anggap ianya sukar untuk melayari blog persatuan). Diharap dapatlah kiranya facebook tersebut menjadi satu lagi medium untuk kita semua mendapat manfaat terutama kepada ahli-ahli keluarga sakijan & saamah sebagai mengikut perkembangan semasa. walau apapun diharap semua ahli persatuan dapatlah menjadi penyumbang agar facebook mahupun blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca serta mengeratkan lagi hubungan semua ahli keluarga samada jauh mahupun dekat. sekian

Wednesday, April 7, 2010

pos titiwangsa

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification