Saturday, April 17, 2010

blog ini telah ditawan oleh orang muda

salam semua,
segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. kepada Nya segala sesuatu berkepentingan dan berkehendak. selawat dan salam kepada Nabi Junjungan saw,nabi panutan dan ikutan semuga kita semua mendapat hidayah dan ilmu yg bermenafaat sebagai bekal di alam akhirat.

entah apa yg telah merasuk orang-orang muda dalam family kita maka blog ini telah mereka kuasai. mereka telah menawannya dari tangan orang tua seperti nuri. ana tak pasti samaada suria masuk golongan tua atau muda. tetapi sejak akhir-akhir ini beliau juga tidak menyumbang lagi, seperti rela dgn pengambil alehan oleh golongan muda. mungkin beliau turut bersekongkol! adakah ini sesuatu yg baik atau bakal meminggirkan golongan seangkatan paman nok.

sesuatu yg ketara dari ungkapan dan layout mereka, kelihatan jarak sangat jauh dgn garapan kaum tua. mereka lebih visual dan berbahasa sangat ringkas. sesuatu yg ana sangat sukar buat memahamkan. tetapi bagi kalangan mereka tentunya tiada masalah sama sekali. mereka juga lebih berinteraksi secara pandangan mata. sekeping foto bisa menceritakan 1,000 makna & cerita. kotak imajinasi mereka kelihatan semakin kecil dan kelam, menyebabkan penceritaan dgn perkataan akan menjemukan mereka, sedangkan inilah disiplin kami, org tua.

setelah 'ipoh gathering' nampaknya ada perubahan telah berlaku dalam family. mereka lebih terbuka dan berani berexperimen. nuri sangat suka perkembangan ini. sebagai lecturer beliau sangat mengemari perobahan. ana; kata suria kaki pangkah. tiada yg betul. ana pangkah pun ada tempatnya, bukan semua tempat ana pangkah, kalau betul ana sokong.

sehubungan dgn itu, penguasaan oleh org muda bagi blog ini; ana sokong [jauh sekali dari memangkah]. ana pun dah balik muda semalam: 35 tahun [emi, tak ade ke hadiah harijadi?] tahun depan pun masih muda, 45 tahun. tetapi tahun lagi satu ana balik tua, usia pencen. apa pun usha kalian adalah murni dan patut diteruskan. ita yg ana jangka akan menyepi buat selamanya, pun sudah semakin rancak mengutuk ana. tak mengapa ada ubi ada batas. ironinya sekarang petani tanam ubi tak pakai batas. masih releven ke peribahasa tersebut.kena tanya cekgu.

kesimpulannya, bayarlah yuran yg dijanjikan di ipoh tu. ikutilah semangat kak niah, bendahari belum tanya, dia dah bagitau nak bayar ke akaun mana. bukan bulan ini, siap utk 2 bulan. tapi jangan lak 2 bulan je, lepas tu diam... bayar sampai ujung tahun supaya program 'GIRING PUTU' akan dapat dilaksanakan sebagai dirancang. giring putu adalah istilah yg betul utk family gathering dalam bahasa jawa. giring adalah mengajak dgn pengawasan, macam giring itek masuk reban; dan putu = anak cucu. ita heran dgn istilah tersebut, tetapi ana telah jelaskan. dia telah faham. kalaupun yg masih heran mungkin maury.

tahniah juga diucapkan kpd sahri, balkis dan 2 org anaknya yg bakal menduduki rumah baru. siap renova. cantik rumah itu. themanya, rumahku syurga ku. patutlah arie sentiasa berulang kerja dari ipoh - kl. ana dah tengok gambarnya, tapi tak taulah kalau balkis upload gambar rumah org lain, ana percaya je... bezanya org dulu ngan org sekarang, org sekarang ada rumah, renova dulu baru pindah. org dulu, kalau ada rumah pun dah dikira baik. gimana pun betul kata balkis, dah renova duduk selesa. lepas ni tukar kereta lak. upgrade yg lebih besar, mudah paman nak tumpang.

akhirnya, tahniah kpd org muda yg telah menawan blog ini. pertempuran ini telah kalian menangi. tetapi ingat... dan selalu ingat....... org tua lebih dulu makan garan... banyak ilmunya dan sangat licik. suatu ketika kami akan merampas semula takhta ini... itupun kalau garam yg telah banyak kami makan tidak menjadi penyakit. kalau sebaliknya... teruskan perjuangan. kerana perjuangan ini masih belum selesai!

wasaalam.
klg.bndr.diraja.

6 comments:

Paman N said...

Assalamualaikum Semoga di berkati Allah kalian semua dan diberi perlindungan oleh Nya. Solawat dan Salam kepada Nabi besar Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Sejak dari pertemuan di Ipoh tempohari blog ini memang telah dikuasai oleh golongan muda. Alhamdulillha golongan ini telah meng "Utilize" kan nya sebagai medium berinteraksi sesama ahli. Perkembangan ini dilihat sangat positif meskipun bahasa nya memang agak sukar waima ahli akademik macam aku pun sukar nak memahami nya. tapi secara am nya masih tetap baik dan agak kreatif. Dengan memasukkan banyak visual telah berjaya mengubah minda kotak fikiran kita menerawang memberikan respond. "lets pictures tell us the story"..
Sebab itu lah aku cuba menghasilkan album kompilasi wajah-wajah kita semasa di Ipoh..kerana setiap gambar yang di rakam oleh jurugambar kita walaupun masih peringkat "Novis" membawa seribu makna kepada penonton. Hasil nya telah berjaya membawa orang yang jauh dari kita yang selama ini seolah-olah telah menyepikan diri kembali kepangkuan kita.
Nampak nya bahasa kita orang tua yang panjang dan berbunga-bunga adakah telah tidak menjadi popular di kalangan jenerasi muda ini lagi?
Apa pun syabas kerana blog ini kembali meriah...
dan KTS harap-harap jangan lah pangkah depa ni ..

ayun said...

yang berbunga teruskan la berbunga,emangnya agak suker dimengerti bg kami yg brjiwa muda. sekurang-kurangnya yg muda ni akan sentiasa ddedahkan dgn ayat2 yg puitis itu.mngkin juga kami yg muda ni x dapat nk praktikkan bahasa2 puitis seperti yang kalian tuturkan kerna mungkin waktu kelas pelajaran sastera kami di peringkat sekolah lebih terbayangkan bahasa2 chatting(menggunakan periasian mirc32)yang popular di kalangan rakan2. rasanya situasi ini bolehla disamakan seperti rumah banglo mewah dengan dekorasi yang moden tapi di satu sudut rumah masih dikekalkan dengan kesenian ukiran kayu jati yang tidak dipahami maksudnya oleh golongan muda tapi memberi seri kepada rumah banglo tersebut.

kts said...

salam semua,
selawat dan salam kpd Nabi Junjungan saw.
betul tu ayun...
bagaimanapun bahasa yg ayun guna tu pun ada nilai puitusnya. teruskan..

suria said...

Salam..
Apa khabar semua..
Menyepi bukan bermakna setuju, bersuara bukan bermakna memangkah..oh KTS mungkin kerana keserasian kita berhujah maka setiap ayat yang keluar dari minda suria, kts anggap sebagai ayat pangkah..tetapi tidak mengapa logik ada di akal.
Syabas kepada generasi muda di atas sumbangan kreatif kalian. Mungkin sebagai pejuang bahasa, saya tidak berapa setuju dengan penggunaan bahasa slanga, bahasa picisan kerana mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap golongan muda dalam kelompok masing-masing. Bukan itu sahaja kedaulatan bahasa ibunda akan tercemar..tetapi sebagai seorang pendidik, saya amat mengalu-alukan luahan rasa yang menjadikan seseorang itu lebih berani, berketrampilan, mengasah bakat pemikiran kreatif dan kritis..maka apa yang cuba dipaparkan saya tetap beri sokongan..KTS.rasanya saya belum bersedia untuk masuk ke dalam kumpulan warga senior tetapi tidak pula saya ingin meletakkan diri dalam kategori junior. Apapun menarik benang dalam tepung kena ada caranya...

Anonymous said...

salam..
paman betul la tu gmbar rumah kitaorg... nanti siap semuanya INSYAALLAH ada knduri kesyukuran atas rezeki dariNYA...kereta tu mmg ada terpikir nak diupgrade maklumla sudah berempat.. xmuat kenari atau satria tu.. mgkin akan dijual salah satu atau kedua2nya digantikan dgn mpv... mayb exora yg termampu... akan muncul tidak lama lg..
-balqis-...

salbiah said...

salam...
wah2.. ayat ayun.. xleyh bla btol..=) xpe.. ayun bg contoh yg kami golongan muda maseh boleh berbahasa indah... ececeh... =) tp mungkin kami generasi yg lebih simple n straight 2 da point.. jd, sumenyer ringkas dan paham2 sendiri jer.. haha.. tp kami xlupe kan bahasa..insyaallah.. =)
*pasni harap2 yg golongan senior leyh la selit2 bahase jawa dlm entri untuk kami yg muda ni belaja secare xlangsung k..

bik syam senior pon x.. junior pon x.. bik syam dlm kategori youth club!!! =)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification