Sunday, April 4, 2010

rahsia

jumaat kelmarin ana ada sedia satu entry. niat ana adalah satu up-date dalam blog kita yg boleh didigest apabila balik dari ipoh nanti. ianya perkara biasa tapi sikit suspence. mengimbas kata menara gading yg blog kita tidak menarik, mungkin element suspence dapat menarik minat pelayar maya. dimana silapnya, tatkala ingin mempublish; ianya dinyatakan error. inilah kali pertama entry ana menghadapi situasi sedemikian. oleh kerana waktu semakin suntuk untuk berangkat ke ipoh sementelah kang mis pahang telah 2 kali menelepon memberitahu telah sampai di R&R tapah, maka ana go to save button dan tutup komputer. sebagai seorang yg pernah bekerja di perak, r-n-r tapah tidak jauh dari ipoh. setelah interchange gopeng dan simpang pulai, sampailah ke ipoh. sehari sebelum itu kami telah berjanji akan bertemu di r&r tapah. ana telah mengambil cuti tetapi nahar ada meting petang jumaat dan salbiah akan mengatur kerja hari sabtu baru boleh leave hari berkenaan. sekarang ana sudah dijangkiti penyakit malas drive, penyakit org setengah abad; oleh itu ana sangat mengharap agar ada anak-anak yg boleh ikut serta supaya kesakitan tersebut dapat dielakkan. beberapa bulan lagi nahar akan berkeluarga sendiri dan saly telah bekerja. ana tak dapat mengharap mereka akan menjadi driver keluarga lagi, mungkin ebal... tapi sampai hari ini hasratnya utk belajar memandu masih belum terealisasi.

jauh pulak ana terlalut. orang tua memang begitu, sudah kurang fokus. selamat datang orang baru kekelab kita- kelab veteran. tahun depan akan bertambah dgn menara gading pulak dan mak ebal. memang amat happening pertemuan ipoh. bumi bertuah ini telah mencatat perlantikan ketua family. kang mis pp dan kang mis pahang sebagai 2nd man. suria harap dapat pastikan kalau ada gethering kelak, jangan bagi kang mis phg pegang mic. gurau je, ana pun apa kurangnya, mengata dulang paku serpih. bagaimanapun tahniah dan kini kita ada struktur keluarga yg terorganisasi. kalau dulu semasa ada mak bapak, setiap kali kita ingin melakukan kerja besar atau keluar negara kita akan bagitau mak bapak. sesiapa yg nak ke greece ke, naik haji ke kenalah beritahu 'org tua' kita. seronok juga kalau kita rasa kita di perhatikan dan diberi perhatian. seperti anak, kita sepatutnya seronok kalau ditanya dimana, bila balik, dah makan dan bagaimana belajar oleh mak bapak kita. pernyataan yg lebeh agung ada lah sebagaimana sabda Nabi Junjungan saw; supaya kita sentiasa dalam penjagaan Allah swt... bayangkan kalau kita sentiasa dalam penjagaan Allah swt, perjalanan kita dapat panduan, cakap kita dapat panduan dan segala apa yg kita lakukan dapat panduan.. bagaimana pun lazimnya kita tidak suka di kongkong, diperhatikan dan dileteri... kita katakan mak bapak kolot dan tak spoting. cuba kita bayangkan anak yatim piatu. sendiri dan kesepian. kenikmatan berkeluarga adalah satu yg tiada taranya. ianya akan lebeh terasa jika kita dapat mengisinya dgn baik dan terancang. family gethering adalah salah satu pengisian kekeluargaan yg sangat baik. melaluinya silaturrahim dapat dipupuk. pengalaman sesama kita dapat dikongsi dan dijadikan panduan hidup. berapa ramai family yg jarang bertemu atau berinteraksi, menjadi org lain. bukankah Nabi Junjungan saw bersabda, manusia dijadikan bersuku-suku supaya berinteraksi. kita yg dlm keluarga lak berpecah belah. kita harapkan tahun ini dapatlah buat gethering kat mana-mana yg sesuai dgn pengisian yg bermakna. anyware yuran bayar tau, baru program dapat diatur, if not, makin kecik la kak oya kita dan saly juga yg telah dilantik sebagai bendahari baru.

sekali lagi ana terlalai, berbalik kepada awal entry ini; ana ingatkan pagi ini ana buka blog akan adalah entry jumaat tersebut dlm ruang edit. malang ianya tiada disana bersama-sama dgn tulisan suria dan beberapa lagi yg menunggu masa utk dipublish. kemana ya! adakah kerana ia agak suspence, maka ia bersembunyi. adakah ia agak sensitif, maka ia menyorok, atau adakah ia agak rahsia, maka ia tidak boleh diketahui ?
tidakkah ianya menjadi semakin suspence.....

wassalam.

2 comments:

suria said...

Salam..
Sebenarnya saya pun mengalami masalah yang sama..ada beberapa entry yang saya cuba publish tetapi tiba-tiba ghaib...apabila disemak semula baru jumpa dalam ruangan draf..mungkin tersilap tekan mana-mana kekunci, maka terjadilah hal demikian...maklum sajalah saya bukan pakar dalam laman sesawang ini...jadi banyaklah kesilapan yang tidak disengajakan...Contohnya banyak gambar-gambar majlis di Chini tempoh hari tidak berjaya dipublish..,.sekarang rasa dah basi pulak...

menara gading said...

Assalamualaikum
Pertemuan di Perak (Di Apartment Regency Tower) antara ahli keluarga Sakijan Saamah memang telah mencapai kejayaan yang tak diduga. Rasa nya pertemuan itu tidak dirancang dengan teratur tetapi membuahkan hasil yang sangat baik. Akhirnya perlantikan sebagai ketua dan timbalan ketua dapat dilaksanakan dan hasrat untuk berbaiah dapat direalisasikan dan ketua telah berbesar hati menerima perlantikan tersebut. Begitulah keadaan nya perkara yang tidak dirancang kadangkala lebih mendatangkan hasil diluar jangkaan termasuk pungutan yuran kita yang telah sekian lama tertangguh dapat dikutip dengan jaya nya.Sekurang-kurang nya satu permulaan yang baik dan minit pun dapat disiapkan malah di publish lebih awal dari tarikh yang ditetapkan (kurang 3 hari) Syabas ini telah melangkaui kehendak NKRA persatuan ini. Sesuatu yang tak dijangka malam itu kita telah dijamu dengan jamuan yang enak dari keluarga mertua Sahari di Ipoh juga diluar jangkaan kita. Alhamdulillah TERIMA KASIH ARI DAN BALKIS kerana menjamu kami semua sampai buka 3 table...Budi baik kalian tetap kami kenang.... Malam itu ahli-ahli yang muda seronok sakan main MONOPOLY sampai lebih tengah malam...begitulah meriah nya depa dan tahniah kepada Afiq yang menjadi Millionare menjuarai game tersebut..Aktiviti ini ternyata dapat mengeratkan hubungan sesama sepupu dan mereka berkomunikasi secara tidak langsung...game seperti ini perlu diadakan bila berkumpul sesama kita...
TAHNIAH sekali lagi pertemuan ini memang fruit ful dan tahniah kepada AJK yang di lantik Gandingan 2 MIS harap kita tidak akan misinform, missing, remain in Mystery under the Mist...
Tanda tanda misteri tu macam dah nak ada je ..ada entry yang dah hilang dalam draft?..

Jumpa lagi
wassalam

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification