Sunday, April 4, 2010

Minit....

MINIT MESYUARAT PERSATUAN KELUARGA SAKIJAN SAAMAH KALI PERTAMA TAHUN 2010
Tarikh : 3 April 2010
Hari : Sabtu
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Hotel Regency Tower, Ipoh

1.0 Perutusan Pengerusi Majlis
1.1 Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh saudara Mohd Nasir bin Sakijan selaku timbalan pengerusi persatuan.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah agar perjalanan mesyuarat diberkati.
1.3 Tujuan mesyuarat diadakan pada kali ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan keluarga serta menyusun struktur organisasi supaya lebih teratur dan hubungan kekeluarga lebih rapat dan erat. Hal ini demikian kerana, sekiranya tiada usaha untuk memperkukuhkan ukhwah dalam keluarga, hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang kerana kesibukan menguruskan haluan masing-masing.
1.4 Encik Mohd Nasir juga membentangkan cadangan beliau untuk melantik ketua yang mengantikan ‘orang tua’ yang telah tiada sebagai rujukan dalam mendapatkan pandangan, restu dan nasihat dalam tindakan dan keputusan yang bakal dibuat oleh ahli dalam keluarga ini. Dengan adanya ketua ini, diharapkan haluan keluarga ini lebih terarah dan berwawasan. Selain itu, dengan adanya ketua dalam keluarga ini, usaha untuk memberitahu dan mendidik anak-anak/generasi baru agar mengenali saudara –mara terutamanya kepada ahli-ahli keluarga yang baru mendirikan rumahtangga dapat dilakukan dengan lebih baik.
1.5 Beliau juga memberi komen bahawa sambutan blog keluarga kebelakangan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada ahli-ahli keluarga yang muda dalam memberikan sumbangan idea atau komen. Oleh hal yang demikian, diharapkan blog yang sedia ada boleh dijadikan media untuk saling berinteraksi, berkomunikasi, melatih diri untuk lebih berketrampilan di samping tempat meluahkan perasaan, idea, dan berkongsi maklumat.

2.0 Pelantikan Ketua
2.1 Encik Danuri mencadangkan agar ahli keluraga yang lebih tua dilantik. Calon yang dilantik tidak semestinya terdiri daripada adik-beradik tetapi juga boleh terdiri daripada kalangan adik-beradik ipar.
2.2 Encik Miskiran mencadangkan Encik Misbahul Munir dilantik sebagai ketua. Namun demikian, beliau mestilah dijelaskan tentang peranan dan fungsi ketua dalam keluarga ini memandangkan beliau tidak dapat hadir awal semasa mesyuarat ini.
2.3 Encik Mohd Nasir juga mengingatkan agar ketua mestilah seorang responsif dan sensitif terhadap perkembangan keluarga agar dapat memainkan peranan dengan baik serta mencapai objektifnya. Beliau juga menyatakan tiada senarai tugas rasmi yang diberikan kepada ketua keluarga tetapi ketua keluarga perlulah mengambil berat, membimbing, serta memberikan nasihat dalam satu-satu situasi ataupun masalah yang berkaitan keluarga. Ahli-ahli keluarga pula perlulah meminta restu ataupun nasihat daripada ketua keluarga dalam melakukan sesuatu perkara besar terutama yang melibatkan hubungan kekeluargaan.
2.4 Majlis sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Encik Misbahul Munir selaku ketua keluarga dan Encik Miskiran sebagai Timbalan ketua.
2.5 Timbalan ketua ditugaskan untuk memberitahu dan mengingatkan ketua tentang tanggungjawab dan peranan ketua dalam organisasi.
2.6 Organisasi yang baru ditubuhkan merupakan strutur induk manakala terdapat beberapa organisasi lain yang akan ditubuhkan mengikut keperluan semasa selain organisasi Persatuan yang sudah sedia ada.
2.7 Jawatan lain yang turut dilantik ialah jawatan setiausaha iaitu Puan Shamsiah bt Sobar, dan jawatan bendahari iaitu Cik Salbiah bt Mohd Nasir.

3.0 Hari Keluarga
3.1 Cadangan tempat ialah di Cherating atau di Bagan Lalang dan cadangan tarikh ialah pada bulan Disember. Namun demikian tinjauan dan kajian kesesuaian tempat dan tarikh akan dilakukan mengikut kesesuaian.
3.2 Cik Noorasyikin bt Miskiran ditugaskan untuk membuat tinjauan tempat yang bersesuaian dengan kos, keselesaan dan kondusif mengikut jarak serta pengisian hari keluarga nanti. Beliau diminta membuat laporan semasa perjumpaan di Kelantan/Kelang (Majlis Perkahwinan Saudara Mohd Nahar ) pada bulan Jun 2010.
3.3 Cadangan pengisian dan aktiviti hari keluarga ini akan dikemukan dalam kertas kerja yang akan disediakan oleh setiausaha. Antaranya ialah, sesi makan malam, motivasi dan tazkirah, sembahyang berjemaah, bacaan Yassin dan Mathurat, tele-match, permainan minda, keterampilan diri, team bulding dan lain-lain.

4.0 Kutipan Yuran
4.1 Semenjak awal tahun 2007, kutipan yusan agak pasif. Baki akaun keluarga ialah RM240.00.
4.2 Kutipan akan giat dilakukan semula bermula April 2010 oleh bendahari. Bayaran sebanyak RM 50.00 sebulan dikenakan kepada setiap keluarga dan RM 20.00 kepada ahli yang masih bujang dan telah bekerja. Walau bagaimanapun, bayaran tambahan akan dikutip mengikut keperluan sesuatu program seperti hari keluarga yang bakal dijalankan mengikut perancangan kos.
4.3 Kutipan mula dijalankan oleh bendahari setelah selesai mesyuarat. (Sila rujuk Lampiran)




5.0 Hal-hal lain
5.1 Selain aktiviti sosial dalam keluarga, dicadangkan juga perancangan ekonomi yang boleh menjana pendapatan dalan persatuan. Struktur organasasi yang berkaitan akan dibentuk dari semasa ke semasa.
5.2 Blog Keluarga juga diharap lebih meriah dengan entry-entry baru. Diharap semua ahli dapat menyumbang tidak kiralah apa juga topik yang dipilih.
5.3 Majlis Perkahwinan Mohammmad Nahar akan diadakan pada 12 Jun di Kelantan dan pada 19 Jun di Kelang. Semua ahli dijemput hadir.
5.4 Nor Farahana menjalan kutipan Dermathon untuk sekolahnya.

6.0 Ucapan Ketua Baru
6.1 Encik Misnahul Munir berjaya sampai sebelum mesyuarat ditangguhkan. Setelah diterangkan keputusan mesyuarat, beliau bersetuju dengan pelantikan tersebut.
6.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui struktur organisasi induk keluarga demi kemaslahatan bersama. Selain itu beliau akan cuba sedaya upaya menjalankan peranan sebagai ketua seperti yang disarankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh;

Shamsiah.
(PUAN SHAMSIAH SOBAR)
Setiausaha Organisasi Induk

6 comments:

machang said...

Salam
S/u Ejaan nama Pengerusi kita tak betul. Nama betul dia En MibahkhulMunir Bin Sakijan. dan Tim Pengerusi Tuan Haji Miskiran Bin Tukimin.
Harap maklum.
t. kasih

pengerusi sementara said...

assalamualaikum,
ana mempengerusikan mesyuarat pada hari itu bukan atas capacity sebagai 'timbalan pengerusi' tetapi setelah dilantik utk menjalankankan mesyuarat atas cadangan nuri dan sokongan lain. harap dapat s/u betulkan fakta ini. kalau tak pun boleh betulkan masa pindaan minit dlm mesyuarat akan datang. ( tak pe s/u baru dan bidan terjun, buku catitan pun tak bawa masa mesyuarat; hebat. )

Anonymous said...

PEMBETULAN EJAAN

PENGERUSI : EN MISBAHKHUL MUNIR

harap maklum
terima kasih.

suria said...

Salam...
Terima kasih di atas pembetulan..akan dibetulkan dalam minit sebenar..apabila mesyuarat bersidang semula

Anonymous said...

iklan sekejap.. bagaimana untuk kita menonjolkan blog kita ini pada umum @ sekurang-kurangnya dibaca oleh ahli-ahli yang lain.. any idea???

Anonymous said...

link kn dlm FB jer...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification