Pada jaman ana bersekolah rendah, jalan tidak seperti sekarang. hanya satu jalan utama kesekolah. dijalan itulah kami ramai-ramai setiap pagi dan tengahari berjalan pergi dan balik. beratur atau berlumba-lumba. yang mampu berbasikal dikira anak orang berada. kepada kami yang berjalan pastinya mereka lebeh eksyen. terutama yang berbasikal baru. selalunya kami yang menuju kepekan akan melalui jembatan depan rumah DID (drainage & irrigation dept.) bersebelahan mejid. dihadapan rumah itu ada sepohon pokok pelam yang besar. pada musim berbuah kami akan berhenti mencari buah gugur atau membaling kayu kearah buah masak dipokok. buahnya masam manis dan kurang digemari, kerana itu banyak yang gugur dan tidak dipedulikan. bagaimanapun sesekali ana terliur rasa masam buah itu. kini pokok itu telah...