Monday, February 8, 2010

saja nak cakap

Assalamualaikum w.b.t
Maaflah sudah lama tidak melayari laman sesawang ini. Bukan kerana sudah jemu tetapi subhanallah, diri yang kerdil ini masih gagal mengurus waktu yang dianugerah tuhan walaupun masa yang diberi sama 24 jam..Urusan dunia, anak, kerjaya, tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan hamba Allah menjadikan diri ini selalu kesuntukan waktu.Bersyukurlah kepada hamba-Nya yang diberi kelapangan. Sebelum jari-jari ini terus menekan aksara-aksara di papan kekunci ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada penyumbang entry yang tak pernah jemu walaupun mungkin responsnya adakalanya kurang memberangsangkan. KTS, saya memang meminati idea tulisan anda walaupun bahasa yang anda gunakan, saya kira banyak kesalahan dari segi tatabahasa dan kegramatisannya (he..he ini komen cikgu BM, jangan mare..)dan walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak sependapat, tetapi anda sentiasa menggalakkan ahli keluarga ini menulis.

Ada cerita yang saya ingin kongsi bersama, dahulu semasa saya berkawan dengan Halimi, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pasangan hidupnya lantaran perbezaan cita rasa. Tetapi mungkin dialah cinta dunia saya maka kami ada jodoh dengan kehendak-Nya. Apa yang saya ingin kongsikan ialah..dalam menjalin persahabatan dengan Halimi, saya diberi kesempatan untuk mengenali ibu bapanya. Ibunya waktu itu sudah diserang penyakit angin ahmar manakala bapanya seorang Pak Imam Kg. Pasir Panjang. Saya berminat mengenali mereka dan bapanya sering bercerita sesuatu yang ilmiah kepada saya. Hal-hal ini menjadikan saya lebih dekat dengan keluarga ini. Apabila saya berkahwin dengan Halimi, makin banyak cerita dan pengalaman yang arwah bapa mertua saya itu curahkan. Saya semakin tertarik dengan orang tua ini. Personalitinya amat menarik. Dia orang kampung, tua, tidak kaya tetapi pemikirannya jauh ke hadapan. Bak kata KTS mana ada orang melayu yang mencebuti bidang perniagaan yang pernah ibu bapa mertua saya itu lakukan. Sunggu bervisi!Dan satu lagi saya pernah ditunjukkan buku kira-kira perniagaannya..wah, sungguh menakjubkan kerana orang tua itu tidak belajar ilmu perakaunan tetapi wang keluar masuknya ditulis dengan rapi. Bayangkan seorang kampung pada era 60-an dan 70-an punya catatan demikian. Sumpah!Saya tidak pernah menemui orang sepertinya. Selain itu, beliau mempunyai catatan yang berupa diari..apabila saya cuba membacanya, adakalanya saya terharu...itulah kenangan baginya dan yang lebih mengharukan ada nama saya dalam salah satu catatannya! Beliau juga sangat mencintai ilmu...semua kertas yang bertulis cuba dibacanya. Pernah masa mula-mula kahwin dulu, saya pelik dengan arwah bapa mertua saya ini, dia menonton berita tamil. Saya bertanya adakah dia memahami berita berbahasa Tamil itu? Jawabnya, gambar yang disiarkan itu memberikannya idea walaupun bahasanya tidak difahami. Lihatlah pula koleksi buku-buku @ kitab-kitabnya. Beliau tidak sayang duit untuk memiliki kitab-kitab tersebut.

Saya pernah bertanya kepada suami saya, adakah dia perasan yang dia mempunyai bapa yang istimewa itu..dia hanya ketawa..Saya kira keunikan arwah bapa mertua saya ini perlu diambil iktibar.

Hari ini saya rasa terkilan dengan rakan sekerja saya. Sengaja saya ingin meluahkan perasaan. Memang dalam dunia ini tidak ada pekerjaan yang tiada cabaran dan dugaan tetapi adakalanya terasa sakit dan pedih. Mengapa sering ada sahaja orang yang tidak berpuas hati dan dengki terhadap orang lain? Pandai menuding jari tetapi tidak pula mahu membetulkan, Ya, itulah manusia yang punya banyak kelemahan...Tapi setelah saya fikir semula, saya perlu positif agar apa yang saya rasa itu sebenarnya boleh menjadikan saya lebih gigih dan kuat. Mengenang anak murid zaman sekarang pun terasa sakit. Guru tiada nilainya bagi mereka. Kadang-kadang guru ibarat pengasuh mereka di sekolah. Bukan sahaja tidak dihormati malah dipandang sinis. Guru pula tersepit antara tanggungjawab dan bebanan kerja. Kadang-kadang terasa mahu mengalah..membiarkan anak murid begini jadi liabiliti kerana payah benar untuk ditukar menjadi aset negara iaitu modal insan. Belum lagi dikira cita-cita pejabat pelajaran daerah yang menyasarkan label sekolah berprestasi tinggi demi mencapai matlamat Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Maafkan saya..ini cuma luahan hati kecil seorang guru. Tapi apabila difikirkan semula, mungkin sayalah insan terpilih itu untuk mendidik, mengajar dan membimbing..kalau saya mengundur diri, mungkin orang lain juga akan berbuat begitu..Siapa pula akan mengajar anak-anak saya nanti?

Di rumah anak-anak seperti anak burung, minta disuap, basuhkan berak kencingnya, minta didokong, minta perhatian dan macam-macam lagi...Mereka amanah tuhan..KTS pernah berkata, anak-anak cerminan ibu bapanya..Masya-Allah..terukkah perangai dan tingkah lakuku sehingga anak-anakku begitu menduga tingkah mereka...

Itulah tujuan saya berpesatuan..saya ingin berkongsi rasa, saya ingin menimba pengalaman, saya ingin tunjuk ajar, saya ingin lebih dekat dengan saudara mara biarpun saya hanya menantu.. (bukan hantu tau!)

5 comments:

KTS said...

alhamdulillah,
ade juge entry baru dri suria. setelah lame menghilang. masyallah, masa memang tak pernah cukup. mungkin juge disebab aktiviti kita tg makin bertambah. atau waktu lama dijalanan. jalan yg jahat dan menyusahkan. atau kita sebenarnya yg jahat lagi menyusahkan. penulisan che'gu memang relatif kemas dan cantik. tatabahasa dan vocabnya. ana orang kampong, sudah dapat dijangka kelemahan dan kesilapan. tapi ana bangga kerana dapat juga menyumbang; dgn bahasa dan tatabahasa yg hancus. sekurang-kurangnya boleh jadi contoh kpd mereka yg hadapi masalah serupa. bulldose je wak!

menara gading said...

Salam semua moga dirahmati Allah
Arwah bapak dulu memang hebat. Dia telah menubuhkan satu syarikat umpama koperasi dimana ahli-ahli nya terdiri dari adik beradik nya Arwah Bik nah, arwah Bik yah Arwah Paman kemi dan lain-lain.(Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh arwah-arwah tersebut). Setiusaha nya ialah Hj miskiran.tujuan nya kalau ada ahli yang kesempitan wang boleh menggunakan wang tabungan tersebut..malah mereka berjaya membeli sebidang tanah di Parit 4 sekinchen. Akhir nya Account bank yang di buka di Bank Bumi kalau tak silap dibubarkan dan tanah itu di jual kepada orang lain. Ini bermakna arwah bapak memang mempunyai wawasan yang jauh tetapi wawasan itu tidak dapat diteruskan kerana beberapa faktor....mungkin kita boleh kaji faktor kegagalan nya ...dan gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk materi.
Pewaris nya sekarang perlu melihat semangat dan idea besar bapak ini dan perlu diteruskan dalam bentuk dan kaedah yang contemporary....
aku melihat ada-tanda-tanda semangat keusahawanan nya mulai meresap kebeberapa pewaris nya....tapi bukan KTS...minta maaf selamat menyarung stokin baru...

kts said...

udah beberapakali nuri cuba membawa ana dalam dunia niaga. sangup ambil dari shah alam ke klang, gi kl balik klg, sebelum balik s.alam semula. dengar ceramah penapis air. masa buat bunga plastik, ajak ana ke selayang beli bahan dikilang. tapi tak jadik apa. terima kasih nuri, niaga bukan line ana. begitu juga doa bapa supaya jadi kiyai. sebenarnya yg di harapkan utk tujuan itu adalah emy. dan nuri. tapi nuri culas, lari dari mmatlamat asal ke sg. pencala. kalau tak, tak taulah ana berapa orang orang rumah dia. ana memang ada kelainan spt yg telah diceritakan dulu serta degil. tiada apa yg dapat diharapkan dari ana. pasti ana menolak dan silent protest. hanya harapannya, kalau ana berjaya, bolehlah membantu adek beradek. itupun selalu ana buat do no je... itu sebab ana rajin tulis ini blog, boleh beri sedikit sumbangan dalam nasihat dan pandangan. boleh gak cover sikap buruk ana selama ini. sayang lak nak guna setokin hadiah emy.. nantilah tunggu yg lama bolong. tapi yg lama masih banyak lagi..

MG said...

Tak payah lah engko pikir pasal business. 9 dari 10 business yang ditubuhkan sebenar nya tak berjaya pun. dalam erti kata mudah nya lingkup. 10 dari business yang berjaya sampai tahun ke 3 operasi hanya satu sahaja yang berjaya. yang lain kalau tak tutup hanya hidup segan mati tak mau atau cukup buat roling semula tak kaya pun. Penat dan meletihkan serta lebih banyak kos yang melepas seperti masa, tenaga, emosi, hasad dengki dan fitnah.Walaupun 9 dari 10 punca rezeki itu datang dari berniaga engko kena betul betul ada ilmu dan istikomah sepenuhnya serta tak ada istilah part time dalam business.. Lebih baik lah engko menghambakan diri pada Allah sebagai hamba nya yang bersyukur dengan segala nikmat yang ada, redho dengan segala nya dan buat lah business untk di akhirat yang lebih kekal abadi dan memang dijanjikan keuntungan.
cepat-cepat lah berusaha untuk ke tanah suci kerana ingat 5 perkara...hanya disana engko boleh melabur sebanyak-banyak nya untuk business di akhirat.tanpa ada perasaan hasad dengki tamak haloba dan nafsu serakah manusia..Subhanallah..

Anonymous said...

betul tu mamat G. aku sokong 100 persen. tetapi sejarah bangsa peniaga bukan satu yg mengasyikkan. penuh ranjau dan duri. penuh kesakitan dan penderitaan. begitu juga seribu langkah kehadapan, bermula dari satu langkah mula. kalau tidak dipecah ruyung, mana nak dapat sagunya. orang yg berjaya adalah orang punya semangat perjuangan. Nabi junjungan juga menasihatkan supaya menanam kurma walaupun kiamat esok. dan banyak lagi.. Islam juga berkembang melalui ekonomi dan perniagaan, bukan dakwah semata...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification