Saturday, February 6, 2010

buka kitab:1

kitab sumpah dan nazar.

assalamualaikum semua.

a. ketahuilah bahawa,
sumpah tidak terikat melainkan dgn Allah Ta'ala atau
dgn salah satu nama-nama Nya atau
dgn salah satu sifat-sifat Nya.

bagi maksud nama-nama Allah swt, terbahagi kepada 3 macam;
1. yg khusus kpd Allah swt sahaja dan tidak diucapkan pada yg lainNya. dgn nama-nama ini sumpah mengikat.
2. spt Al-Haq, Al-Rab, Al-Qadir. yg bermaksud kpd Allah swt, maka itu sumpah. kalau bermaksud selain Allah swt, bukan sumpah.
3. nama Allah swt, tetapi maksud selain Allah swt atau mengatakan secara umum, bukan sumpah.

barangsiapa bersumpah akan menyedekahkan hartanya, dia boleh memilih antara menyedekahkan atau membayar kaffarah. bagaimanapun dikalangan ulama terdapat perbedaan pendapat / khilaf dan kesimpulannya;
1. wajib yg bersumpah memenuhi sumpahnya.
2. wajib melaksanakan kaffarah sumpah.
3. boleh memilih antara memenuhi sumpahnya atau membayar kaffarah sumpah.

jika seseorang bersumpah lalu melanggar sumpahnya, wajib kaffarah. iaitu;
1. memberi makan 10 org miskin setiap seorang 1 mud makanan yg biasa dimakan.
2. memberi pakaian 10 org miskin apa yg lazim disebut pakaian. atau
3. memerdekakan seorang budak.
jika tidak mempunyai harta utk tujuan kiffarah diatas, boleh membayar kaffarah
dengan berpuasa 3 hari. boleh dibuat secara berturut atau terpisah. org yg berharta tidak boleh membayar kaffarah secara berpuasa.

wallahu-a'lam.

b. ketahuilah bahawa ,
nazar itu wajib dalam pembalasan atas perkara mubah kerana ketaatan.
sebahagian ulama mendefinisikan nazar sebagai mewajibkan ibadah yg pada dasarnya
tidak wajib dalam syarak.

nazar ada 2 bahagian;
1. nazar terpaksa dan marah.
2. nazar benar.
nazar benar ada 2 macam;
1. nazar memberi pembalasan / tanda kesyukuran iaitu mewajibkan ibadah sebagai imbangan mendapat nikmat atau terhindar marabahaya, spt sembuhnya sakit dsb,
wajib ia memenuhi apa yg dinazarkan, spt berpuasa, memerdekakan hamba.
2. walau tidak mengaitkan dgn sesuatu spt. 'wajib atasku terhadap Allah, aku akan berpuasa....' tanpa menyatakan sesuatu spt 'kalau Allah menyembuhkan sakit ku....'
qaul yg rajih, mewajibkan dilaksana.

bahwasanya,
tidak sah bernazar dalam mengerjakan maksiat, seperti kalau aku membunuh sifulan,
maka terhadap Allah wajib atasku .....[bernazar perkara maksiat] spt minum arak, berzina. orang yg tidak melakukannya adalah telah berbuat baik dan tidak wajib kaffarah.
bagi nazar terpaksa, tidak sah bernazar mengerjakan maksiat, hendaklah tidak melakukannya, dan dikenakan kaffarah, kaffarahnya adalah sama dgn kaffarah sumpah.

orang yg bernazar meninggalkan perkara mubah, nazarnya tidak dipakai, tidak wajib,
kerana nazar begini tidak mengandungi ibadah. spt tidak akan makan daging, tidak minum susu, tidak mahu duduk, tidak mahu bicara dsb. sekiranya beliau melaksanakan juga nazarnya, sebahagian ulama tidak mewajibkan kaffarah, manakala sebahagian lagi mewajibkan kaffarah.

wallahhu-a'lam.

sesungguhnya kita adalah insan yg lemah. tanpa ilmu bisa terlanjur melakukan sumpah
dan nazar. berhati-hatilah kerana ada tuntutan syariat keatasnya. jadikanlah ini sebagai
panduan.
wassalam.

[didigest dari kitab: kifayatul akhyar: kitab-sumpah dan nazar]

klang.
malam kemis.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification