assalamualaikum semua keluarga.
i. ahad, atau biasa kita panggil minggu adalah hari tenang. pertamanya cuti keduanya fikiran bebas dari tekanan kerja. ana sedang bersedia bagi mengisi satu entry apabila h/pone memberi isyarat panggilan. kak ti. katanya dalam perjalanan kerumah. ana tanya dari mana? dari pp, rumah kang mis. mungkin mendapatkan restu org tua kerana beliau hendak mantu. bagus sekali kebudayaan kita. dan lebih berbudibahasa buat kak ti yg telah melaksanakan bebudaya itu. ana? macam nak buldose je. terima kasih kak ti kerana menghidupkankan akar sopansantun dari warisan silam, dan memberi isyarat peringatan. bukankah kang mis pengganti ibubapa kita.
ii. sedang ana dan kak ti berborak mengenai persiapan mantu beliau, h/pone kan mis berdering. emy, bertanya keberadaan dan bila akan balik kepahang. ia ingin ketemu dan berharap agar dapat menunggu. waktu itu ia sekeluarga sedang di selayang. mungkin soping atau jalan-jalan melegakan fikiran sempit. kang mis menyatakan kesediaan dan memang ingin berehat dahulu. setelah menyerahkan bantal kepada kang mis, ana pun berbaring. tetamu hendaklah diberi bantal dahulu sebelum tuanrumah mencari bantal. kemudian ana terlelap.
iii. sama ada layangan pikiran atau mimpi, ana teringat kasut yg semalam ana beli. kasut itulah yang ditegur oleh kang mis tadi. beliau melihat ada beg bonia ditepi dinding. bonia memang sinonim dgn barangan wanita. oleh itu beliau menjangkakan kasut kak sinahmu. samasekali silap. sebenarnya kasut ana. kasut bonia, kasut branded tu! ana katakan kepada kang mis, inilah satu-satunya kasut branded yg pernah ana beli. percaya kalian, setelah 31 tahun bekerja; dan beberapa tahun lagi akan pencen. mungkin jika usianya panjang sehingga pencenpun ianya masih ana gunakan. bukankah alah membeli, menang memakai. masihkah kalian ingat, dalam bulan lepas ana ada beritahu selipar ana kena kapo dimasjid sewaktu solat jumaat. selipar itu belum seminggu digunakan. oleh itu ana katakan kepada kang mis, kali ini ana lebeh rela berkaki ayam dari meninggalkan kasut baru ini diluar masjid. kang mis ketawa besar, sunguh buruk perkataan ini. tetapi dari tidak ksyu' solat, lebih baik bertindak begitu.
iv. sebenarnya kasut bonia itu bukanlah kasut yang tertutup keseluruhannya. ianya sebuah sandal. sungguh pun tertutup, tetapi ada lobang-lobang di hadapannya dan bertali disebelah belakangnya. ana tidak suka pakai kasut. kerana ana tak gemar pakai stokin. kasut dan stokin sebenarnya membuat ana rasa resah dan terkongkong. ana orang bebas. lepas laku dan berfikiran maya. kerana itu ana suka berselipar. tetapi selipar mana sesuai kemajlis. nampak seperti baru balik mandi atau keluar tandas. sangatlah tidak enak andaian itu! telah beberapa lama ana survey sandal yg sesuai dgn kaki, penampilan dan kebolehbawaan majlis. [ini contoh tatabahasa dan vocab yg salah seperti kata suria. tapi ana orang bebas, ana juga orang tua, tak akan berjaya usaha suria untuk melentur ana; kerana ana buloh bukan rebung] semasa selangor ria ada gerai jual kasut croc, tetapi penampilannya seperti jenamanya; crocodile. macam muncung buaya. bata, memang kelihatan kemas tapi hati tidak berkenan. sebenarnya ana sudah lali dgn barang murah kerana berpendapatan rendah. masa itu mana nak pakai barang jenama! belek camel, beli comel; kasut buatan gombak. baju raya pun seringkali tak berganti. oleh itu apabila ada sedikit kemampuan, bolehlah ana pakai barang jenama sedikit. itu pun bukan jenama sangat. kasut baley lagi mahal, lebih-lebeh lagi yg diperolehi dari gedung london. bagaimanapun cukuplah buat menjaga standard boss ditempat kerja ana.
v. emy sampai dgn rona keletihan. sesampai sahaja, adam terpeleot baring. hanya iman yg aktif. kanak-kanak sebayanya diberi Allah swt kecergasan dan excited. seperti yg dijanjikan dahulu, hadiah harijadi! dalam kotak berbalut kertas bunga. siap reben sekali. ironinya ia adalah dua pasang setokin, yg ada jenama juga. analah 'kasut tanpa stokin' itu. emy dan suria sangat berharap agar ana bersetokin, supaya dengan itu akan dapat meminjam kasut ana. memang sandal juga bisa dipakai dgn setokin. tetapi tujuan ana mencari sandal adalah untuk mengekalkan image tanpa stokin itu; yg membawa semangat kebebasan dan penerokaan. walau apapun yg dihadiahkan, ingtan serta penghargaan sebenarnya lebih bererti. lebih berharga dan lebih mulia. mereka balik bersamaan kak ti dan kang mis. nampak bergaya dgn bmw merah. tetapi itu tetap tidak mengubah impian ana - merc.
kesimpulan:
a. kita mempunyai budaya tinggi yg telah mulai terhakis. generasi baru tidak melihatnya sebagai berfaedah dan tidak bernilai komersial. budaya adalah pendidikan jiwa. kerana itulah jiwa kita semakin suwung dan kecut. jiwo gede kito wes turu.
b. silaturrahim memerlukan kekuatan dan jatidiri utk dilaksanakan.
c. hargailah pemberian Allah swt dgn meletakkan ianya pada haknya. jangan pentngkan diri sendiri. sesungguhnya kalian adalah seorang pemegang amanah, yg akan ditanya bagaimana amanah itu dilaksanakan.
d. suburkanlah kasih sayang dan belajarlah menghargai. penghargaan bukan melalui materi yg mahal. teguran mesra dan manis juga satu penghargaan yg sangat bernilai.
wassallam.
jeram.
Tuesday, February 9, 2010
kasut branded & hadiah emy
1:54 PM
mohdnasir
1 comment
1 comments:
Salam..
Terima kasih di atas nasihat yang tersurat dan tersirat...
Post a Comment