Subject: surah al-quran sbg petua
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
* Langkah 3:
* Forward email ini kepada insan yang anda kasihi.
* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat
Foward dari kenalan melalui email
Wallahhualam.
Monday, December 7, 2009
10:09 AM
PnFarid
10 comments
10 comments:
SALAM.. Bagus sgt petua2 ni..lepas je baca, terus mencari ayat2 tersebut. Saya amat tertarik dgn petua2 berkaitan anak dan keluarga. Maklumlah "first time mother" & pasangan muda seperti kami, byk yg perlu belajar. skrg ni pun saya sibuk mncari ilmu keibubapaan supaya kami dapat menjadi mama dan ayah yang baik utk Fitri. Zaman semakin canggih , anak2 tidak boleh dibesarkan mengikut cara yang lama. semakin zaman berubah semakin susah tugas ibu bapa. Ilmu Psikologi kanak-kanak amat penting. Bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya" supaya tidak menyesal dikemudian hari nanti. Seperti yang dinasihatkan oleh seorang doc kpd saya didiklah anak dari dalam perut.Ayat2 AL-Quran adalah petua yang paling mujarab. Besarnya Mukjizat Ayat2 itu apabila dpt melahirkan seorang anak pertama dengan begitu mudah jika dibandingkan dengan pengalaman kawan2. Alhamdulilah. Terima kasih berkongsi petua ini.
terima kasih kepada pengantar entri ni, mmg berguna, di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan sesuatu, bukan untuk mengcondemn entri ini, saya juga bersetuju dgn entri ini. cuma nak mengingatkan...bila kita mengamalkan petua2 di atas, jgnlah kita beranggapan ayat itu adalah penyebab sesuatu perkara itu terjadi, yang menjadikan ia realiti adalah Allah. Ayat2 itu sekadar alat atau perantara sahaja, lagipun kan ayat2 Al-quran itu kalam Allah? ia dari Allah juga...Dengan mengamalkan petua2 di atas, kita akan mengamalkan ayat2 dari Allah...Jangan mengeluh dan marah seandainya perkara tak berlaku seperti diharapkan, kerana yang menjadikannya kenyataan adalah Allah SWT, bukan ayat tersebut, ayat2 tersebut, seeloknya difahami maksudnya agar kita tahu kenapa ia bermanfaat terhadap satu2 perkara...dengan itu, barulah kita mengingati kebesaran Allah...maafkan saya kalau ada tersilap hujah...saya x membangkang pun petua2 di atas, sekadar mengingatkan agar tak membuat syirik kecil...
USAHA + DOA + TAWAKAL....
Betul tu, ayat tu sebagai usaha saja...akhirnya, semua berbalik kepada Allah juga...macam sakit makan ubat la...ubat itu sebagai usaha, yang menyembuhkan Allah...tapi kalau x berusaha, macam mana nak sembuh...sbb Allah dah perintahkan kita supaya berusaha...kan?
Kita sebagai manusia hanya mampu MERANCANG dan BERUSAHA.. Segalanya Allah yang menentukan... S.M.A.R.T
Saya ingatkan di sini ya, saya menegur ni bkn nak cari salah sesiapa pun, saya x cakap pun anda salah...cuma mengingat...supaya x terjebak dgn syirik kecil...anda semua mmg x salah...saya sahaja selalu buat salah...kita kalau boleh nak mencegah la dari mensyirikkan Allah...sbb bahaya syirik kecil ni adalah kita x sedar kita dah melakukan syirik kecil...dalam surah Thaha, ayat 17 dan 18 ada citer pasal syirik kecil ini bila nabi Musa a.s di Bukit Tursina...Itu sahaja...bila saya bagi komen je, bkn nak menolak atau menyalah atau menuding jari kpd sesiapa sahaja...saya sndiri bnyak buat salah...cuma kita sbgai orang yg mengklaim sbgai muslim, adalah tanggungjawab kita utk saling mengingati seperti dalam surah 'asr, jgn la kita jadi org yg rugi...bukanlah seorang yg sering beri peringatan itu seorang yg x lepas dari melakukan kesalahan...cuma itu tanggungjawab kita...acapkali dapat dirasa, bila org yg slalu beri peringatan, pasti di cop org tu suka cari salah...
memang ingatan ebal tu betul. salah satu kekuatiran nabi junjungan saw adalah umatnya yg bakal lupa apabila memperoleh kesenangan. perang yg sangat seru yg baru dimenangi oleh umat pun baginda katakan tidak begitu mencabar berbanding perang melawan nafsu, bermakna memang banyak perkara tanpa kita sedari telah memalingkan kita dari tujuan sebenar.
oleh itu ingatan ebal sangat benar. kadangkala sangking mengingat ayat sehingga lupa kepada pemberi ayat. jadik berfikir terbukalah kita, agar lebih banyak yg dapat kita digest. makanan yg dapat di digest lebih bermenafaat berbanding makan banyak tapi kemudian dibuang semula.
2
pengunaan ayat-ayat bukanlah perkara asing dalam masyarakat. suatu ketika sahabat mengunakan bismillah... untuk menjampi. lalu ampuh dan mendapat hadiah dari si sakit sedangkan sebelum itu beliau meminta pertolongan tidak diendahkan. kita juga menyebut ayat dan bacaan tertentu dalam bahasa tertentu semasa sembahyang, sarana semasa berhubung dgn Yg Maha Esa, ini bererti ayat-ayat perlu dibaca dan dihayati dalam sesuatu doa dan permohonan, malah dalam solat. tetapi pastilah dalam memohon harapan dan keinginan kita adalah kepada Allah. setiap ayat yg diturunkan Allah ada asbabnya, mengkaji asbab ini akan menjadikan permohonan kita lebih tepat dan fokus.
oleh itu pendapatku, pengunaan ayat tertentu boleh diguna dan diamalkan seperti yg disarankan oleh penulis entry. seperti juga kita mengamalkan zikir khusus dalam harian kita. mungkin yg perlu dikaji atau selidik adalah punca amalan tersebut, adakah benar dari ulama' muktabar atau sekadar kepercayaan turunan.
sebagai seorang muslim kita percaya bahawa segalanya berasal dari kekuasaan Allah. apa yg terjadi dan apa yg kita minta adalah dari dan kepada Allah. segala permintaan dan doa boleh disampaikan melalui apa bahasa jua, bukan arab sahaja atau ayat tertentu sahaja. cumanya kalau kita mengunakan doa yg pernah diguna oleh nabi saw atau mengunakan ayat yg tertentu, ianya akan lebih fokus sebagaimana yg ku katakan diatas. oleh itu jika dalam setiap gerakmu kau sentiasa ingat Allah, makan ingat Allah, jalan ingat Allah, tidur ingat Allah; ini sudah menjadikan kau sentiasa dalam peliharaan Allah. sebagaimana yg diingatkan ebal inilah perkaranya, jangan bergantung kpd ayat, bergantunglah kepada Alllah. itulah yg ku katakan ebal tidak salah. tetapi perlu diingat, bagi mengenal Allah perlu kepada ilmu. ingatkah ayat pertama yg diturunkan kepada nabi junjungan saw.. iqra' yg bermakna bacalah..maksudnya belajar. ilmu ketuhanan sangat agung, penting dan bermenafaat. al-ghazali dalam ihya' mentakrif seorang pelajar adalah yg menuntut ilmu ugama, bukan ilmu keduniaan. oleh itu jika setiap gerakmu sentiasa mengingat Allah, kau wajib tahu gerak yg mana gerak wajib, makruh dan haram. inilah peranan ilmu. ilmu yg wajib kalian ketahui dan pelajari. selain dari doa dan petua-petua. aku masih belajar dan mencari, dan ingatlah peroses mencari bukan mudah dan segera. memerlukan masa dan pengorbanan. kalian ikutilah jejakku yg baik ini.
pada hematku ahli keluarga sakijansaamah masih berpegang teguh dengan agama. belum ada diantara kita yg menukar warna rambut hitam kepada perang dan wanita kita tiada yg merokok atau mengamalkan sosial terlampau, walaupun tinggalnya dikota raya yg penuh pancaroba. ini juga ingatanku dalam entry korban, dimana antara perkara yg jangan kita korbankan adalah maruah! ini juga tuntutan agama. itulah sebabnya bila ada yg mengemukakan petua dan panduan ramai ingin mengamalkan. ibu muda dan suami muda. manakala org pelik seperti ebal, memandang amalan beragama perlu pendekatan tasawuf, ini juga benar, jangan berbalah dgn beliau, org pendiam sentiasa memikir dan menganalisa, beliau akan hidup lama kerana petang tadi aku hadiri seminar, penceramah mengatakan org berhenti berfikir akan mati. ada pendekatan agama yg extrim ada pendekatan linean. pendekatan yg benar adalah sunah-wal-jemaah. inilah ikutan ulama' besar terbilang. sudahkah tuntas ilmu asasmu tentang agama. rukun iman, rukun islam, solat dan khatam al-quran. bagaimana amalmu dalam solat, puasa dsb. azamku utk berhaji telah lama tertanam, malah aku sudah 2 kali pangilan ketanah suci, tetapi kesempatan belum terlorong. syukur nuri akan berumrah pada pertengahan bulan ini. haji kecil, semuga mabrur jua.
3
ingatlah juga bahawa dunia mempunyai tuntutan, akhirat juga punya tuntutan. keperluan dunia adalah kecukupan dan kekayaan. org tua spt aku mulai lelah mengejar dunia. tetapi adek bungsuku emi kini sudah jadi usahawan. didikan bapa yg memintanya mensiro syiling jualan isekrim setiap malam telah menjadikannya kenal nilai wang. semangat duit telah menyerapi jasadnya. dia malah lebih mata duitan berbanding kakaknya. tapi ingat juga tuntutan akhirat, jangan berniaga semata dan bertuhankan wang. tapi aku yakin ini tidak mungkin berlaku kerana emi keluar dari sekolah agama.
aku menulis ini sebagai sambungan dari entri 1&2 diatas. mulanya satu, tetapi aku menghadapi kesukaran bila ingin mempublish, 4,064 caracters tidak cukup ruang comment. inilah masalahku sejak kembali dari kecamatan pegelen, sukar berhenti. aku juga merasakan ianya tidak akan mengundang komen balas sesiapa walaupun suria tidak berapa setuju kepada beberapa pandanganku ini, kerana beliau sangat hormat kepada ku terutama dalam membincang topik berat. balkis juga akan mendiamkan diri kerana aku pamannya sementelah aku juga seniornya di upm. begitu juga nuri tidak berkutik kerana sedang sebok menghapal doa-doa tanah suci serta ini bukan bidang kuliahnya. ku kira ini akan jadi comment terakhir dari entry ini, sementelah aku juga telah menulis 3 fasa untuk ini. semuga ada faedah dan menafaat buat kita semua.
wassalam,
sg.puloh
klang.
balqis tidak tahu pun paman merupakan senior balqis di upm.. cuma arie ada criter paman duduk di mardi serdang. mgkin dia pun tidak berapa mengenali pamannye.. ape pun balqis mmg respect dan hormat orang seperti paman (mantan) lebih2 lg kite memperolehi segulung ijazah dari tempat yang sama dan INSYAALLAH balqis akan kesana lg (UPM) untuk menyambung ape yg perlu. kami yg muda sentiasa ketagih nasihat serta pandangan dr org yang berpengalaman. sebagai umatNya kita tidak berhenti untuk berdoa. kerana Dia yang Maha Berkuasa.
Post a Comment