Moga-moga bulan terakhir tahun ini memberi kita ilham...harapan untuk lebih memperbaiki diri pada tahun hadapan...dan angan-angan yang kita impikan pada tahun ini menjadi kenyataan sebelum tirai tahun ini dilabuhkan dengan ketenangan dalam diri kita...mahupun dalam kehidupan kita....
Jadikan lah inspirasi dalam keluarga ini sebagai contoh untuk kita lebih berjaya pd masa hadapan....
"Nothing gonna change our life, if we are not desire to change ourself"
and
"Always prepare the next step in our life...coz yesterday is a history...today is a story and tomorrow is a mystery"
wassalam....
Jadikan lah inspirasi dalam keluarga ini sebagai contoh untuk kita lebih berjaya pd masa hadapan....
"Nothing gonna change our life, if we are not desire to change ourself"
and
"Always prepare the next step in our life...coz yesterday is a history...today is a story and tomorrow is a mystery"
wassalam....
from:
8 comments:
Sewajarnya setiap orang perlu melihat kembali jejak perjalanan hidup nya selama 1 tahun yang akan berakhir pada hujung bulan ini. tekad dan azam perlu diperbaharui dan harus berubah dari keadaan yang kurang berjaya kepada yang lebih berjaya, kurang berusaha untuk lebih kuat berusaha, kurang beramal kearah lebih beristiqomah dan letakkan sasaran kejayaan yang realistik dan gambaran kejayaan yang juga realistik. Bukan subjektif atau berbentuk konsepsual dan abstrak semata-mata.
Insyaallah.
Saya pernah mendengar ceramah motivasi oleh seorang ustaz..mulanya saya rasa ustaz itu syok sendiri (memandangkan masa itu saya rasa agak tertekan banyak kerja kena diselesaikan segera) tapi setelah agak lama mendengar, saya semakin tertarik...Katanya dalam hidup ini kita perlu ada matlamat yang jelas, macam kata Menara Gading bukan subjektif atau abstrak, contohnya kita selalu cakap kita nak senang, gembira, dan sejahtera..itu bukan matlamat yang jelas. Sepatutnya kita kena letakkan sasaran contohnya tahun depan aku nak pergi haji. Jadi kita akan berusaha untuk menunaikan hasrat itu. Atau tahun depan aku nak naik pangkat, jadi apa usaha kita untuk naik pangkat...
Jadi anak-anak yang sedang belajar...tetapkan matlamat anda..kepada anak-anak buah yang sedang tercari-cari sesuatu dalam hidup, apakah matlamat anda sebenarnya..jangan salah faham dengan konsep materialistik...sebaliknya tak salah mencari kebendaan kalau itu yang boleh meningkatkan keimanan dan ketawadhu'kan kita terhada MAHA PRENCIPTA... Contohnya, untuk menunaikan haji kita perlu ada bekalan berbentuk material selain persedian rohani dan jasmani.
Ya, umur semakin meningkat bermakna bilangan hayat semakin sedikit. Kita perlu ada matlamat dan ayuh berusaha untuk mencapainya...
Assalamualaikum...Hahaha...mcm terasa je ebal...sbb ebal je ygb slalu bercerita pasal agama kan? ebal x pernah suruh tolak kebendaan dan keduniaan, sepertimana yang kita tahu, dunia ni adalah tempat kita bercucuk tanam untuk kita tuai hasilnya di akhirat kelak, ebal baru ada baca kat mana entah, yang kita kena makan krn itu adalah perintah Allah, dalil2nya ebal dah x igt, tapi dalil tu dr Al-quran la...kita kerja pun kerana perintah Allah jugak...jadi jgn la selalu memandang serong terhadap org yg mengajak kita untuk lebih mengutamakan Allah dgn mengatakan mereka mengenepikan materialistik...cuma jgn la terlalu taksub dgn materialistik...
igt, prejudis membawa kudis...
ini pendapat peribadi ebal...maaf klu salah...nak kritik, kritik la...tapi ebal x jwb la klu ebal rasa x perlu...ebal mengingatkan diri ebal sndiri jgak...
Hai Bal...
Baguslah Ebal dah bersuara semula, ingatkan diam membawa rajuk...
Betullah apa yang Ebal cakap tu..kita hidup dan dihidupkan kerana Allah...Syabaslah Ebal jelas dan komited terhadap perkara ini. Cuma bibik nak beri pendapat sikit, Ebal ni ada perasaan perasan iaitu merasakan apa-apa juga komen ditujukan terus kepada Ebal...Sebenarnya semasa bibik menulis, tidak sedikitpun bibik teringat akan Ebal dan pendirian Ebal, mungkin kebetulan bila bibik tulis terkena pada situasi Ebal. So, kalau Ebal tak mahu orang salah faham dengan apa-apa juga pandangan yang Ebal kemukakan, jangan salah faham pula dengan pandangan orang lain. Pertama berlapang dada, kedua sudut positif.
Anyway..welcome back Ebal...bibik suka Ebal mencelah dan beri komen, baru meriah blog ini.
ebal bkn merajuk la...kan ebal dah ckap, ebal x merajuk...cuma klu rasa x perlu nak komen, x perlulah nak komen...tu je...kan ebal sensitif...so baik bersuara bila bersedia je...
maaf kerana terasa...
ebal amek sikit sedutan blog mistisfiles pasal perintah Allah tu:
"Jadi apa perlunya aku bekerja?Baik aku duduk goyang kaki menunggu rezeki datang dari Allah.Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah.Jadi apa perlu aku risau.Baik aku duduk di masjid atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja.Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz.Jadi kerja atau tidak tak penting.Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah dan hanya tanam anggur sahaja di rumah.Nanti rezeki datang dari langit atau datang ke riba aku.
INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH.
Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T.Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita,tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.Firman Allah s.w.t:
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”
(Surah Al-Jumu’ah:10)
Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.Allah PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA."
semakin jauh kita melangkah, semakin sayup kampong halaman. pohon-pohon dan rumah-rumah semakin kecil, malah lambaian org tersayang semakin kabur. semakin lama diperantauan, semakin lupa kita pada wajah dan gemang suara saudara dan kenalan. kita lebih kenal siapa disamping dan teman bicara. malah kalau kita dibekali wasiat serta ingatan, ianya semakin padam.
begitulah kita, semakin lama menghuni dunia; semakin lupalah kepada alam mula keujudan kita. lalu kita menyembah dunia sanking lamanya kita berdampingan dgnnya.
ko tidak salah suria. seperti suria yg tidak pernah terlupa bangun, aku dapat membaca arus fikirmu seperti aku merenung sg. musi yg tenang disore senja ini. disini, pada tanah akar kita,jam 6.00 ptg telah berkumandang azan maghrib. sedangkan ko lagi mengangkat kain di jemuran. sebagai ibu muda dgn disiplin pendidik, pasti jiwamu bergelora dgn keinginan melihat kejayaan dalam setiap tahap generasi. sebagai penduduk tegar dunia, pastilah matamu meterialistik. ini ku kira sudah cukup baik berbanding nuri dan kakak ku yg sorang tu, mata duitan. mereka juga tidak salah sebenarnya.
ebal, ko juga nak tidak salah. pada hematku selapis hijab telah tersingkap dari matahatimu. kau melihat asalmula dengan pandangan yg sewajar. cuma bibik mu kuatir kalo ebal bisa lari dari gelangang istikomah. ini bakal merusak kehidupan mendatang. dari pengalamannya ini bisa terjadi, malah sering. beliau berharap agar alighment betul dan matlamat unggul mu tercapai.
aduh... betapa suci niatnya.
refree semacam apakah aku ini. kedua-duanya betul dan tiada salah. sebenarnya materi dan spiritual perlu kepada penduduk dunia, manusia. tetapi perlu sederhana, berlebihan atau terlampau ditegah sama sekali.
kukira suria dan ebal telah menunjukkan kualiti ini. cuma tidak dipertontonkan kpd khalayak.
pada hematku teruskan ikut cara masing-masing. biarkan aku disini utk. mengadili.
waduh..waduh kot bisa ngomongnya bertukar gitu deh.. kasuttanpa stoking sudah enggak bisa tuturin melayu dong. pening... pening... apa mungkin kasuttanpa stoking bisa ngobrol-ngobrol bahasa melayu jika berada di belanda kelak?. ini baru 3 hari dong, bahasanya sahaja sudah bertukar. bagaimanapula kalau ditakdirkan 3minggu @ 3bulan.waduh.. mangkanya bisa dilupakan kita semua di malaysia ini mungkin..
Post a Comment