Tuesday, December 1, 2009

Berkorban untuk jadi cemerlang

Ketika aku memandu ke cerating sabtu lalu dengan Wak Miskiran kami berbual mengenai masa dahulu dan sekarang. Betapa bertuah nya anak-anak sekarang. Dahulu tak pernah terpikir pun kami akan mengalami keadaan seperti ini. Bercuti ke Cerating. Memandu dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan kereta masing-masing samaada baru atau secondhand.
Bermalam didalam bilik yang dilengkapi dengan Tv plasma katil antik dan ada ruang tamu yang selesa. Dahulu ruang perjalanan kami hanya lah sekitar kampong dan hanya melintasi sempadan daerah sahaja. Pergi pagi dan balik lewat petang. Kolam renang hanya gambaran dirumah orang kaya.Kolam renang kita hanyalah parit di tepi sawah. Tapi kita main bola dalam kolam renang di Impiana sabtu lalu.
Zaman telah berubah. Malah kita telah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga pada tahun depan cadangan nya ke Langkawi. Ketika ini Mat sedang menjadi Parawisata di Jogjakarta. Jam 1tengahari tadi kasuttanpastokin ini mengirimkan mesej kepada ku mengatakan dia baru sampai di Jogja. Tidak dapat aku pastikan samaada dia pakai stokin ke Jogjakarta atau tidak. Pun aku pasti dia tak terfikir untuk sampai ke pulau Jawa tempat asal usul keluarga kita. Sebagaimana aku telah sampai ke Jakarta Bogor dan Bandung April lepas. Pastinya dia akan membawa cerita baru dari sana.
Ada masa dan ketika perjalanan hidup ini disandarkan kepada takdir. namun kita perlu merancang. Kemudian diikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal. Perancangan dan usaha bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Kita perlu menjadi cemerlang. Dengan kecemerlangan kita akan punyai banyak pilihan. Untuk menjadi cemerlang kita perlu pengorbanan. Korban masa, tenaga,emosi,pemikiran wang ringgit dan mengorbankan perkara yang paling kita sukai -tidor, berehat bermain dan bermalas-malas.
Jenerasi yang senior memang telah banyak berkorban demi kesenangan jenerasi junior. Bak kata wak miskiran kami adalah peneroka, jenerasi seterusnya perlu memajukannya. Oleh itu mereka perlu meneruskan pengorbanan ini demi kelangsungan jenerasi seterusnya dan jangan lalai ditengah jalan oleh secebis kejayaan yang belum berakhir.
Kejayaan hidup umpama perlumbaan diantara sang arnab dan kura-kura. Meskipun sang arnab itu gagah, pantas tetapi ia tidur dan berehat ditengah perlumbaan manakala sang kura-kura yang lambat tak pernah berhenti berlumba dan akhirnya dia berjaya kegarisan penamat dan diistiharkan sebagai pemenang. Musim cuti dan hujan ini isilah masa dengan membaca, berdiskusi dan merancang untuk tahun hadapan. semoga mejadi ahli keluarga sakijan saamah yang cemerlang.

machang.Klntan.

12 comments:

Anonymous said...

paman..
mase cuti..
aku isi perot aku ngan mknn...
hahahahahaa..
*jgn marah..gurau jewr..*

ayun said...

urm..de gak mention kete bru ngan kete 2ndhand..gaji x seberape,hehe..da 19 taun kete tu,taun dpn brtmbh lg umur die..kalo kete tu leh brckp mst di mengeluh "hish...tuan baru lg tah mende nk wat kt aku ni,mende plak la ragam die ni.da 5 boss,nasib baek la jntung aku bru"..org kate makin brusia makin bnyk pengalaman,kelape makin tue makin brminyak santannye,tp kete ni makin susut nilai die...xpela kurang2 pon nmpk gak progress aku dr mnapak ke mngayuh kendian pulas hendal minyak kalo ujan abes kuyup,alhamdulillah skrang kalo ujan da x bsah da siap boleh dngar radio lagi time2 jalan jem.harap2 x brulang da pakai simen kt bdan.haha..kete ni pon harap2nye x bnyak ragam,yela da tue mcm2 penyakit.sakit tayar la,ni pon bru tukar bering bru..erm..janji leh bwak aku n passenger ke tmpt yg dituju dgn selamat.amin

Suria said...

Salam..
Ayun..memang besar bezanya antara kereta baru dengan kereta lama, tapi itu bukan persoalan yang hendak diungkit, tetapi perubahan yang kau dah lakukan dan kemajuan yang kau dah tunjukkan...Macam yang kau cakap kalau dulu menapak, lepas tu menganyuh kendian pulas hendal minyak tapi sekarang dah berbumbung siap boleh dengar muzik lagi masa jam...bukankah itu perubahan dan kemajuan...
Perubahan yang dilakukan mesti bertambah baik, kemajuan yang dilakukan mesti memberi kesan positif...Jangan asyik terkenang peristiwa lalu dan terikat dengan kongkongan yang membelenggu kemajuan..mengenang peristiwa lalu memang baik tetapi memadai sekadar pengalaman yang menjadikan pengajaran sebagai landasan mengorak langkah yang lebih baik...
so, Ayun...rezeki kita siapa tahu, mungkin esok lusa kau boleh memandu kereta baru...

ayun said...

erm...betol la pe yg bibik ckp tu,cite psl kete tu sbnrnye medium je.yela,kte kene la hargai pe yg ade dpn mate kite skrng,tol tak..sbb ari esok kte x tau lg pe yg berlaku.same la cam kete tu,ari ni mngkin leh bwk kite redah ujan dgn slamat,leh ronde2 town kuantan yg 'meriah' ni,hehe..kalo x jage ngan baek..urm,sadai kat bengkel la jwbnye..bkn stakat kete je la kan,mende laen pon same gak.ngan kuarga,kwan2.tp kalo org laen yg xleh nak hargai kite jd la cam kete tu sadai kt bengkel,tp kite manusia de akal utk berfikr,tulang 4 kerat untuk ubah naseb sndri..(mende la ak ngarut ni..huhu)..seronok la bik ingt nostalgia lame2 ni.cam paman cite time2 mak ank dara sunti,time2 musim panen(mende panen tu?wat kelas bahase jawa dlm blog ni pon ok gak kan)kumpul sedare mare tuk tuai padi.kte yg bce je ni imagine gak camne ye time tu...cam bibik ckp tu la skadar pengalaman kan,kadang2 hanyut gak yela bnyk cite lame kat kuantan ni.ingt da x balek kuantan da,rupenye melekat kt cni.redha je la kan.haha da rezeki kt cni kot.time kasih la kt kak niah sbb isikan borang SPA kite dlu tu,kt yong yg tingglkn kete tiara tu(gi interview dlu ngan kete tu dr karak seb baik smpai)mak n abah yg bg smngnt tuk gi intrview tu(kalo x mls gak nk gi sbb x konpiden)...yela bik,perubahan n kemajuan,dlu keje x tntu mase,raye pon kat tol je,skrng alhamdulillah cuti tahunan pon dpt 20 ari.hehe.kemajuan ari ni leh pakai kete honda 2ndhand,sok luse x tau lg leh pakai kete honda bru or x.misteri btol la mase depan ni kan.....

suria said...

Ayun..
Bagus..bagus...usaha + doa + tawakal + restu emak abah adalah resepi utama kejayaan...

paman nok said...

Bagus tu ayun.Dah ada pencapaian dalam hidup.Ayun menulis dalam blog ini pun dah satu pencapaian yang besar.Lebih-lebih lagi kita ni nak menulis dan membaca adalah suatu aktiviti yang sangat lemah untuk dipraktikkan.Kita lebih suka bercakap dari menulis. Bercakap memang baik tapi kita tak berjaya nak merekodkannya dan ia terhad kepada orang yang kita ajak bercakap masa itu.Tapi bila menulis orang lain dapat berkongsi membaca memberi pendapat dan boleh diulang banyak kali sampai bila-bila asal saja kita tak padamkan nya. Memmiliki keenderaan sendiri walaupun secondhand adalah suatu pencapaian yang harus dibanggakan.Dalam masa yang sama jangan berhenti dari berusaha untuk memperbaiki hidup.Contohnya sambung belajar lagi ambik degree macam abang lan buat part time akhirnya habis jugak dan dah pakai proton waja. Atau pun mempelajari sesuatu kemahiran yang boleh dijadikan sumber pendapatan secara "passive income" juga satu cara memperbaiki kehidupan.Contoh nya teknologi internet e-commerce berniaga secara online dan lain-lain.Apa yang penting buka minda,ada keinginan,belajar,rajin berusaha, doa, tawakkal kata bik suria engko sebab dia cekgu yang cemerlang.Zaman sekarang banyak membuka peluang kepada sesiapa yang nak berusaha secara terbuka.Kalau kita masih lalai bermalas-malas puashati dengan apa yang ada hanya itu lah sahaja yang kita dapat.Apa pun dalam hidup carilah yang terbaik.Menjadi hamba Allah pun kita dituntut supaya menjadi hamba yang baik, cemerlang didunia dan diakhirat.
Syabas kerana ayun dah menyumbangkan tulisan dalam blog ini...teruskan.

kasuttanpastokin said...

akulah orangnya yg selalu merancang, tetapi akhirnya gagal. aku pernah bercita-cita tuk jadi keptan kapal. maksudku kapal laut. ini berdasarkan minat mengembara dan suka lihat dunia luar. buku panglima awang yg dibaca semasa tingkat rendah menyemarakkan lagi keinginan itu. betullah jawa suka migrasi. aku pun merancang bagi tujuan itu. yg ku tau berkait perkapalan adalah di politek uo tempat jejaka tampan naim sedang belajar dan akademi laut melaka. pada tingkat menengah mata belor dan keputusan agak baik, maka cita-cita itu gagal.

kemudian aku bercita-cita tuk menjadi sang dokter. dokter sangat prestige, egoku juga agak besar- ingin dihormati. peluang kaya juga boleh diraih dari jalur ini. aku pun merialistik seperti spesis suria. suria, kita sama sebenarnya; tamakan dunia. tetapi keputusan bioku kurang memberangsangkan. maka aku gagal.

apa yg menjadik karier ku kini, langsung tidak ku rancang. masuk upm [uni pertanian m'sia setempat dgn balkis suri arie itu] sepatutnya dia tabek spring ngan aku; seniornya. kerajaan pemerentah tentukan. masuk kerja inipun tak ku rancang, isi beberapa kerja kosong lalu diterima. takdir menentukan perancangan ku.

maka betul lah kata nuri hidup ini disandarkan kepada takdir. segalanya telah tertulis dilouh-mah-fuz. aku punya satu buku mengenai kada'dan kadar, tetapi aku tidak akan menerangkan hal itu. aku membelinya mahal dan dan mengambil masa lama membacanya, kerana itu aku tidak akan menerangkan secara geratis [percuma] kepada mu. tetapi kesimpulannya mudah, Allah memberimu upaya tuk berusaha dan nafsu tuk berlomba serta akal tuk buat prtimbangan.

ilmu telah diturunkan Allah kepada manusia buat menjalani kehidupan didunia ini. ilmu merancang adalah salah satunya. percayalah kataku bahawa ahli keluarga ini masih lemah dalam ilmu ini! ku kira pada gred 'c'. kerana itu perancangan seringkali gagal. saranku patut dibuka klinik mengenainya, atau aturkan sessi perbincangan mengenainya; dimana setiap ahli akan membentangkan perancangannya - lalu dikomen. penalnya boleh saja nuri, suria, kang mis dan jangan lupakan aku. aku juga pemidato hebat pada jaman ku! sila pastikan urusetia memilih tempat yg sesuai. pastinya yg dingin atau nyaman dari hirok-pikok kota.

wassalam.
sg.puloh.

menara gading said...

Selamat kembali kasuttanpastokin ke bumi Malaysia. Ku kira negoro kita lebih hijau rumput nya dari negoro asal embah moyang kita selepas engko diberi rezeki oleh allah untuk mengunjungi nya dalam waktu umur mu sekarang.Ku kira ini juga takdir yang telah ditentukan Allah kerana pasti gak ada dalam perancangan mu.Rasa nya enggak terlalu gratis untuk dikongsi bersama ahli-ahli persatuan ini.Ku kira masing-masing excited mahu membaca nya dan sekaligus menajamkan imaginasi mereka barangkali untuk dimasukkan kedalam diari atau perancangan mereka kerna hidup ini perlu di rencana lebih awal meskipun ketentuannya masih terletak dengan keizinan nya yang maha kuasa.
Memang sebenarnya kasuttanpa stokin adalah seorang perancana yang hebat. Jalur laluan kerrjaya ku juga sebenarnya dia yang merancang.
Selepas tamat SPM (hanya gred 2)masatu dia sebenarnya yang mengusulkan aku untuk memilih kursus ART & DESIGN di ITM. Sebenar nya aku sendiri tak tau pun apa dia art & design tu. Cuma yang aku tau lepas tu boleh jadi guru pendidikan seni. Sebenar nya aku minat melukis tetapi yang hebat melukis adalah Mat. Habis potret bintang filem Bollywood dilukis nya real pulak tu dan ia menjadi koleksi sanak sedara di parit baru. Dia pernah membuat ukiran (sculpture) dari dahan kayu nangka. Sculpture itu menjadi kontravesi jugak kerana dia dikatakan membuat patong figura wanita. Isu itu berlalu begitu sahaja kerana dia memang "dablek" dikalangan adik beradik yang lain. Aku hanya ikut-ikutan sahaja cuba-cuba meniru apa yang dilakukannya. Aku tak punya perancangan atau cita-cita besar seperti mat. Cuma ada satu perkara iaitu semasa menunggu keputusan SPM bapak pernah menyarankan aku supaya ke Paya Jaras untuk memasuki akademik Al Arqam sempena menunggu keputusan. Namun hasrat itu tak aku penuhi dengan berbagai alasan dan akhir nya aku mengambil upah panen memukul dan ngaret padi di sawah.
Dengan erkikata mudah jalur hidup ku banyak ditentukan oleh orang lain dan aku mengambil peluang sebaik nya setelah aku memasuki jalor-jalor tersebut. namun demikian ada banyak penyebab yang menjadi sebab aku mengambil keputusan untuk menukar arah kehidupan.
Sudah pasti malah aku yakin sekali ia nya digerakkan oleh ketentuan Allah SWT.
Memang aku akui dan memang betol pun aku sendiri amat lemah dalam perancangan. begitu juga dengan keluarga ini, tapi mungkin aku agak kehadapan sedikit dalam hal bagaimana mencipta dan mengambil peluang seterusnya memanipulasikan peluang tersebut bagi mencapai kejayaan. Kita perlu kreatif dan mengurus kreativiti tersebut dengan baik.Boleh kongsi dalam klinik yang di rancang.
Saya sangat setuju untuk diadakan klinik tentang perancangan supaya kita dapat memperbaiki gred dari c ke gred yang lebih baik A atau A+. Lebih cepat lebih baik. Siapkah yang nak jadi Urusetianya.Setuju pilih tempat yang dingin sedikit......
sambung kmduian aku nak gi kursus umrah kol 2 ni di kb. Ini ada dalam perancangan ku.

wassalam

machang.

halimi sakijan said...

w'salam..

Memang benar seperti apa yang dibincangkan didalam topik ini, dan tidak pula kusangkal akan kebenaran semua pendapat samada dari kasuttanpa stokin atau menara gading mahupun suria ataupun ayun, banyak pengorbanan yang orang dulu-dulu telah lakukan, dan.. kita sebagai generasi baru ini adalah sebagai pengurus (penggerak) kepada segala apa yang telah orang-oragng dulu lakukan.

benar seperti kata bijak pandai kasuttanpastikin di pertemuan dengannya petang semalam, kalau dulu datok nenek kita tak naik tongkang dari indon, masuk secara halal (masa tu la) ke johor, mungkin kita sekarang masih menanam padi pakai tulang empat kerat lagi kot. "aku mungkin duduk kat pangkin tepi bendang jadi mandor suruh nuri ngeblog padi ataupun ngarit" itulah kata-kata kasuttanpastokin setelah pulang dari yogjakarta membawa sebakul buah salak yang dimakan bulan. Betul. memang betul apa yang dikatakan beliau, kalaulah dulu datok nenek kita tak melangkah keluar dari indonesia, jadilah kita anak - anak bangsa yang masih mundur.. mungkin, tatkala ini kita semua masih beramai-ramai di bendang (sawah) menanam padi menggunakan tangan @ cucuk kambing. Bayangkan suasana tersebut seperti tahun 60an di malaysia ketika itu.

Seperti juga aku.. alhamdulillah & terima kasih aku kepada abang - abangku. lebih-lebih lagi Nuri, sebak rasanya kalau ingin aku tulis disini untuk tantapan semua. cukuplah kalau dapat aku rangkulkan dengan satu perkataan "TERIMA KASIH DIATAS SEGALANYA". mungkin, kalau dulu bulan dec 1996 semasa bapak menyuruh aku mengikut nuri (menara gading) pergi ke shah alam, aku masih di kampung atau mungkin aku akan berjaya juga tapi bukan macam sekarang. bayangkan & renungkan. dengan berbekalkan SPM Pangkat 3 kemana aku dapat pergi?? kerja kilanglan kan?? itu yang termampu.. setelah mengambil SPM Sekali lagi di kolej hafiz kelang,desakan dari Nuri, berulang dari sek27 rumah lama nuri bertukar bas 2 kali setiapa hari, dapatlah hasilnaya SPM 2 itupun jawabnya kerja kilangla di nasional.
Atas dorongan nuri lagi untuk aku memohon kursus mara.. dapatlah aku mengikuti pengajian di UTM (caw K.L) kursus Autocad. dari situ lah bermulanya Jejak-jejak kehidupan aku.(nak cerita panjang lagi nanti jemu pulak), sehinggalah sekarang aku aku seorang usahawan didalam bidang IT. Punya pejabat sendiri & pekerja sendiri, walaupun masih merangkak-rangkak lagi doakanlah agar kejayaan mengiringi kehidupanku & apa yang akau lakukan. seperti kata suria "apabila bertemu kawan minta mereka mendoakan kita" kerana.. kita tidak tahu doa siapa yang di makbulkan tuhan. apa yang aku kecapi hari ini adalah diatas doa semua ahli keluarga ini & juga rakan-rakan serta saudara mara yang menyokong aku selama ini.
Begitulah kehidupan kita didunia ini ada kalanya kita diatas ada kalanya kita dibawah.
Itulah aku anak bongsu yang tidak berpendidikan tinggi namun cita-citaku tinggi kelangit menggunung.. mungkin untuk berkongsikan kisah hidupku yang lapuk ini (tidak habis dimenara gading) untuk tantapan generasi anak-anak buahku yang tidak berpeluang kemenara gading amatlah sesuai. akanku kongsikan segala rahsia, onak duri yang ku harungi sehingga ketahap ini. kalau satu hari nanti aku antara ushawan melayu yang berjaya kalianlah segalanya dibelakangku.

Anak-anak ku semua... selagi kita masih berpijak dibumi yang nyata berjalan di paksi yang betul pasti kejayaan milik kita jua. kerana kejayaan tidak mengenal samada kita adalah pelajar yang cemerlang ataupun terbilang, mungkin bonus bagi mereka yang terbilang akan tetapi.. mesti disusuli dengan semangat juga untuk berjaya. Kerana orang yang gagal adalah mereka yang jatuh tetapi tidak bangun semula.Asalkan kita menanam tekad untuk berjaya,Insyaallah Kejayaan pasti milik kita.

Jumpa kita dilain coretan...
Sekian.

suria said...

Salam..
Encik Halimi...
Satu perkara yang mernyebabkan saya rasa kagum dengan anda ialah anda sentiasa ada semangat untuk mencuba...mula-mula kita kenal dulu, memang saya rasa menyampah dengan sikap 'poyo' anda itu...tapi apabila saya fikir semula saya tidak akan kebulur kalau saya pilih anda jadi suami saya...Alhamdulillah...tuhan lebih mengetahui...

Anonymous said...

Poyo lah engko emi
Apa pun tahniah dah ada syarikat sendiri. Bukan semua orang boleh ada semangat macam ni. teruskan moga berjaya didunia dan akhirat. Bila dah ada kemampuan banyak benda yang boleh dibuat, pegi haji, zakat, bantu orang miskin, derma buat masjid jangan kedekut dan dugaan nya pun lebih besar dari orang lain yang belum kaya. kalau kita miskin dan merempat pun orang akan keji dan kutuk kita belum tentu kita redha dan lebih mudah terpesong dari ajaran agama, nak pegi mengaji, nak beli kitab sekarang semua kena guna duit. Moga menjadi muslim yang kaya dan bersederhana lebih bertakwa dan jangan lupa kitaorang ni kawan-kawan lama dapat tempias jadi lah hehehe....

ayun said...

erm...pape pon bekerjalah kite seperti kite akan hidup seribu taun lg,dan bribadahlah spt kite akan mati esok ari...arios

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification