Assalamualaikum. Solawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat,dan doa dipanjatkan kepada kedua ibu bapa kita semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang soleh Alfatihah. Amin.
Hari ini 10 hb 10 tahun 2010. Meskipun ia hanya sekadar tarikh dan nombor namun kewujudan nya hanya akan muncul semula seratus tahun lagi seperti kata KTS tak mungkin akan dapat kita temui lagi. lantaran itu ingin juga aku catatkan sesuatu sebagai memperingati tarikh tersebut dan jika blog ini masih dilestarikan sehingga 100 tahun lagi waris-waris kita pasti akan dapat menatap tulisan datuk kepada datuk mereka barangkali.
Kebetulan hari ini aku mengabadikan tarikh ini dalan penerbangan dari KL ke Kota Bharu. Selepas dihantar oleh Mat KTS dan Ebal dari rumah emi dan melepasi kesesakan jalanraya akibat Granprix motorsikal..nyaris-nyaris aku tertinggal kapalterbang. Alhamdulillah kaunter check ini masih dibuka dan terus sahaja aku check ini. Sebenar nya tidak lah berapa tension dan dalam hati masih yakin untuk dapat berlepas secara on time. Aku memperaktiskan suatu kaedah mengawal emosi yang disarankan oleh seorang penulis motivasi diri yang agak terkenal iaitu David Carnagie bertajuk "Mengurangkan kebimbangan". Sebenar nya 90 peratus kebimbangan yang kita alami tidak pernah berlaku seperti mana yang kita bimbangkan. Dan apabila sampai waktu yang sepatut nya kita bimbangkan ia tidak sepertimana yang kita jangkakan, Kebanyakkan kita tewas awal oleh perasaan kita sendiri sebelum ia berlaku. Kalau dikaitkan ia ada persamaan dengan takdir dan ketentuan Allah dan keyakinan diri kita kepada nya serta bertawakkal setelah segala langkah telah kita ambil bagi menghadapi nya. kalau dah rezeki kita insyaallah tidak kemana. Tapi bukan dengan cara buldoz... secara smart dan terancang.
Semasa penerbangan aku ke China tempohari kami didatangi 2 orang pesara melayu. Saorang pesara sebagai Pengetua manakala rakan nya tidak pasti pula position nya. Tetapi mereka merupakan dua orang rakan karib. Mereka bertanyakan kami bagaimana hendak ke Urumxi dari Cengdu. Kami tidak dapat memberikan jawapan namun kami boleh memberikan bantuan dengan bertanyakan syarikat penerbangan yang menawarkan destinasi ke sana sesampai di Cengdu. Kami berbual dan mereka memberitahu bahawa mereka telah mengembara keseluruh benua Eropah pada tahun lalu dan sempat melihat matahari di tengah malam di Norway. Dari Urumxi mereka hendak ke Asia Tengah iaitu Tajikistan, Azabaijan dan Uzbekistan selama 1 bulan sebelum pulang ke Malaysia semula. Namun setelah sampai di Cengdu dan menunggu bagasi kami tidak menemui lagi kedua-dua pengembara tersebut. Barangkali mereka terus ke Urumxi dengan penerbangan lain. Namun kami telah meninggalkan nama hotel yang boleh ditempah jika ingin bermalam di cengdu. Aku terfikir jika aku dah pencen mampukah aku berbuat seperti mereka mengembara kepelusuk dunia...bunyi nya interesting. Semangat mereka sangat mengujakan saya...mereka membawa buku travel map yang sudah hampir lusuh.
Pengetua yang pencen itu sudah mula kurang pendengaran dan banyak dibantu oleh rakan nya yang saorang lagi. Kedua-dua nya nampak rilex dan tenang...dengan kamera digital yang biasa mereka mengambil gambar kami sebagai kenang-kenangan. Kata nya mereka ingin mendokumenkan segala perjalanan mereka. Tapi sayang saya tidak sempat mengambil gambar mereka.
Tidak kelihatan anak-anak muda yang melepak samaada di shoping komplek mahupun di tepi-tepi jalan atau lorong. Mereka sentiasa bergerak dan kuat bekerja. Hanya yang tua tua sahaja kelihatan duduk dihadapan kedai sambil memerhatikan mereka yang lalu lalang atau duduk sesama sebaya mereka sambil minum dikaki lima dihadapan kedai atau rumah mereka dengan berpakaian kot atau pakaian biru tua. Kaki lima kedai mereka sangat bersih, pohon-pohon yang ditanam berjajaran sepanjang lorong dan jalan dijaga dengan kemas dan rapi. Tiada sampah sarap mahu pun longkang yang kelihatan berair malah tiada haiwan seperti anjing yang berkeliaran disana. Kalau ada pun diikat berjalan bersama tuan masing-masing. Pemandangan ini sangat berbeza dengan penempatan kaum china di negara kita.
Ini lah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh negara kita. Dengan penduduk nya yang ramai tetapi mereka masih dapat mengekalkan kebersihan di negara mereka..sebuah negara komunis.Adakah kerana fahaman pemerintah nya atau rakyat nya yang mengamalkan kebersihan...
Jumpa lagi.
Menara gading.
Machang.

10:43 PM
DANURI SAKIJAN