Monday, August 12, 2013

BARAAN

Tahun ini kami tidak mengadakan baraan seperti tahun-tahun lepas.
Hanya berkunjung kerumah saudara mara terdekat dan yang paling jauh. -Kak Ti di Pahang pada raya yang ke 3.

Hari raya kedua kami menziarahi Wak Misbah dan keluarga di Pasir Panjang. Lewat tengahari dan hampir masuk solat jumaat kami tiba di PP itu pun setelah melalui jalan By Pas di Tanjung Karang atas nasihat KTS teru melalui sawah sempadan ke Head Work Kunci Air Buang menerusi jalan alternatif Main Canal. Jika tidak ada panduan dari KTS pasti kami berjumaat diatas jalan raya dengan jem ditanjung karang.

Di rumah Wak Misbah kami berkumpul bersama Paman Emi sekeluarga. Lewat petang saya sekali lagi mengikut KTS  pulang ke SA melalui jalan alternatif tadi. Berakhir lah raya  hari kedua kami pada tahun ini dengan mengabadikan pertuaan didalam foto keluarga yang diambil dihalaman rumah Wak Misbah.

Raya Ketiga.

Jam 11 pagi kami bertolak ke Cini Pahang melalui LPT. Jalan rya tidak lah sebok lagi. Sempat singgah di Bentong pekena Musang King dan IoI ....Wau walau pun dua biji sudah cukup untuk bekalan sepanjang perjalanan kami..sendawa sepanjang jalan dengan bau durian. Hahaha  Marem....

Banyak durian dijual sepanjang jalan termasuk di jalan masuk gambang dan cini.Jalan gambang Segamat agak sebok dengan kereta yang menghala ke KL. Kami tiba di cini sekitar jam 4 petang setelah berhenti rehat hampir 1 jam di R&R Temerloh. Ketibaan kami diambut dengan Kak Oya dan Kak Niah ...Kaktidan Kang mis pergi ke majlis merisik di salong jemputan jiran tetangga nya. Raya di cini masih lagi meriah dengan bunyi mercun dan bunga api .Saolah-olah mercun dan bunga api telah dihalalkan pembakaran nya......
Juga kami tidak kemana-mana melayan Perlawanan Bola Sepak Malaysia menentang Barcelona FC...huhu seperti yang dijangka Malaysia tewas 3-1 not bed la........

Ahad Raya ke 4.
Awal pagi Kang mis mengajak kami mengambil kelapa di Beserah..Dalam cuaca mendung dan kadang kala gerimis kami melalui Bandar Kuantan...Ia sudah banyak berubah...banyak jalan raya yang telah di ubah peraturan ....banyak jalan menjadi sehala dan ia memang mengelirukan. Kata Kak ti ia diubah mulai ramadhan yang lalu. Oleh kerana hari ini hari minggu jalan agak lengang dan kebanyakkan kedai di tutup.
Kami tiba di Beserah dan mengambil kelapa sebanyak 300 biji untuk dibuat santan.

Terus pulag ke cini dengan kereta dipandu oleh Azman...Kami membelasah buah manggis yang dipetik endiri di pokok tepi rumah. Sebiji durian yang berbuah dibelakang rumah telah gugur dan rezeki kami lah juga nampak nya. Isi nya Boleh tahan....oleh kerana ia hanya sebiji...maka pujian telah diberikan kepada buah tersebut .....

Malam sempat beronline dengan Kamisah di Omaha Nebraska. Kami berbual bertanya kabar dan perkembangan...Ema dan Daniel semakin membesar. Malam itu juga Kak Oya terpaksa dibawa ke Hospital untuk dijahit luka pada kaki nya setelah tersepit grill pintu dapor....Kesian Kak Oya kena 7 jahitan...adoiiii
apa pun syukur semua selamat.

Esok Isnin akan ke Jengka untuk menghantar Afiq pulang ke kolej. Terus pulang ke Shah Alam..Harap jalan belum jem lagi dan kami selamat dalam perjalanan.

Jumpa Lagi Wassalam.

                                                           
                                                     WARNA WARNI DIHARI RAYA
Pagi hari raya.
Membaca jemputan Kahwin..

Berkumpul di Rumah Wak Misbah Pasir Panjang. Raya ke 2..
Walau tidak semua nya bersama kemeriahan nya tetap dirasai

Menikmati Musang King....On the way to Cini


Afiq sempat menyumbangkan satu lagu ..

Kipas letrik tu lagi cepat bakar sate...Bocah-bocah saiki...semua nya short cut..

Hitam-hitan si tampuk manggis..dari pokok tepi rumah di cini bersama cucu kakti..

Saturday, August 10, 2013

SELAMAT HARI RAYA -MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua khalayak.
Solat sunat Aidil Fitri tahun ini kami ke Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Syah. Kami pergi seawal jam 8.10 pagi untuk mendapatkan parkir yang agak selesa dan berdekatan.  Suasana nya meriah dengan pelbagai warna dan fesyen pakaian. Jelas kelihatan orang ramai yang datang dari pelbagai bangsa. Benar disini  kita berpeluang melihat mereka yang berkulit hitam, putih, coklet, berbangsa Bangla, Indonesia, Afrika, Pakistan, timur tengah dan berbagai lagi dengan tujuan yang satu bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Entah dari mana mereka datang tidak lah saya ketahui. Apa yang pasti kehadiran mereka semua telah mendominasi suasana disekitar masjid ini dengan berbagai gaya dan fesyen. Ada yang datang dengan bas yang disewa khas oleh mereka. Ia memang meriah...

Pagi ini juga diserikan dengan kehadiran Sultan Selangor dan Anakanda beliau Tgku Amir. 8. 40 pagi Solat didirikan dan diikuti dengan khutbah. Solat sunat berakhir pada jam 9.30 pagi. Diluar masjid sesi bergambar kelihatan meriah oleh para jemaah yang datang dari pelbagai negara. Sudah pasti ini merupakan peristiwa yang menarik bagi mereka dan bakal di kongsi bersama dengan keluarga di tanahair. Ia seumpama berhari raya di Luar Negara.

Seperti biasa jadual kami berhari raya dengan mengunjungi saudara mara sebelah isteri di Jenjarum Banting. Ia kunjungan sehari suntuk dan berakhir disebelah petang. Hampir maghrib kami tiba di rumah KTS diKelang. Ia rumah terakhir kami pada hari ini. Malam nya kami pulang kerumah di SA kerana sepanjang baris kejiranan kami hanya ada dua buah rumah sahaja yang tinggal tidak pulang ke kampung termasuk rumah kami. Menjadi tanggungjawab kami juga untuk mengawasi keadaan diperumahan kami sepanjang mereka pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Salam AIdil Fitri dari halaman rumah kami SA



Di rumah KTS - Kelang
Jumpa lagi...
ALLOHUAKBAR WALILLAHILHAM....


Friday, August 9, 2013

Satu Hari Sebelum Hari Raya

Sehari sebelum hari raya adalah ketika yang sangat indah dalam kehidupan kami dahulu.
Ia ketika yang sangat dinantikan sekali dalam setahun. Biasa nya itulah waktu yang sangat sebok dan meriah dalam keluarga kami. Rumah kecil kami di Pasir Panjang biasa nya menjadi tempat kembali nya makcik-makcik kami dan abang yang duduk diperantauan bekerja mencari rezeki berkumpul bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

Ketibaan 1 syawal dinantikan dengan penuh 'excited"....Meraikan nya bergantung kepada pengumuman yang dibuat oleh penyimpan mohor besar raja-raja melalui radio. Ketika itu kami tidak mempunyai TV. Hanya radio sahaja satu satu nya sumber berita yang dapat di excess. Ia sukar diramal samaada esok akan berhari raya atau masih disambung puasa bagi menggenapkan 30 hari disebabkan oleh tidak kelihatan nya anak bulan di tempat-tempat melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Akibat nya aktiviti masak-memasak hidangan di tunggu sehingga pengumuman dibuat. Dan kebiasaan nya masak memasak berlarutan sehingga ke awal subuh jika esok diumumkan hari raya....

Disebelah siang hari nya ketupat mula dianyam menggunakan daun kelapa muda. Saya lah yang kena memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan daun yang sesuai. Malam itu pula ayam yang tidur diatas pokok jambu akan disuluh dengan lampu picit dan di tangkap untuk disembelih keesokan hari nya. Menyembelih ayam dan memperoses nya seperti mencabut bulu sehinga memotong adalah aktiviti kami adek beradik lelaki  setelah ia disemebelih oleh bapa kami. Ia adalah aktiviti yang kurang menyeronokkan....mercun dan bunga api dibakar dihalaman rumah menambahkan kemeriahan nya kerana kejiranan kami juga mempunyai anak-anak yang sebaya dengan kami. Kami berlawan-lawan membakar mercun diantara kejiranan yang tinggal diseberang jalan dengan kami disebelah sini.....Kemeriahan zaman kanak-kanak itu sukar dipadam dari ingatan dan ia tidak berlaku lagi dizaman kini yang masing-masing mengadap android masing-masing--- zaman telah berubah begitu pantas dan sukar dibayangkan......

Sekarang penentuan puasa dan hari raya sudah semakin mudah diramal. Malah kebiasaan nya sambutan nya adalah seperti mana apa yang telah ditentukan didalam kalender kita. Tidak ada lagi pengumuman menyatakan anak bulan syawal telah kelihatan atau tidak kelihatan sepertimana biasa diumumkan oleh pemegang mohor besar raja-raja dahulu. Apa yang diumumkan Semua ua Islam akan menyambut hari raya esok......Ketika itu semua hidangan telah siap terhidang diatas meja.....

Tahun ini KTS telah sudi berkunjung kerumah kami di SA untuk sama-sama memasak lauk pauk bagi hidangan dimalam raya dan pagi raya.... Namun tidak juga terasa kemeriahannya seperti mana dahulu kala....ia umpama masak masak hari biasa di akhir Ramadhan.....ia masih di lakukan oleh orang-orang tua seperti kami.....anak-anak sekarang lebih sayangkan tempat tidur dari membuat persiapan hari raya...Entahlah  masa mereka nanti barangkali hanya perlu order sahaja set makanan untuk sambutan hari raya ...dan tak perlu untuk kedapur menguruskan nya.....semua nya secara "ON LINE" Masyaallah...
Aku memohon keampunan Mu .....

Master Chef sedang beraksi
Sifu Master Chef  menilai melalui aroma sahaja
Hasil masakan kami - ringkas tapi signifikan. Moga ada keberkatan nya.



Jumpa lagi.
Wassalam




Monday, August 5, 2013

MALAM 7 LIKUR

Assalamualaikum Semoga dirahmati Allah

Malam 7 likur ...ia dinamakan sedemikian apabila Ramadhan telah memasuk malam yang ke 27. Ketika saya masih dizaman kanak-kanak ia merupakan malam yang ditunggu -tunggu. Ketika ini hampir kesemua rumah dikampung akan memasang pelita minyak tanah disekeliling rumah terutama jalan masuk supaya cerah dan meriah. Saya akan bersama rakan-rakan akan berbasikal mengelilingi kampung Pasir Panjang untuk menikmati kemeriahan nya. Kampung yang gelap telah bertukar cerah dan sangat menarik.

Begitu juga dirumah kami saya lah yang akan memastikan pelita minyak tanah dipasang pada tiang-tiang kayu dari jalan besar ke rumah bagi menerangi jalan masuk sekaligus memudahkan bapa melalui nya apabila balik dari masjid setelah solat Tarawikh. Kami berlawan-lawan untuk mencerahkan kawasan rumah. Dikampung bagi yang tergolong dalam keluarga yang berada pasti pelita nya banyak dan ada pintu gerbang dibina dan dihiasi dengan pelita minyak tanah tersebut.

Selepas tarawikh juga biasa nya bermula lah acara membakar meriam. Bunyi nya berbalas balas dari kejirana sebelah kampung. Pada peringkat awal kami hanya membuat meriam tanah sahaja. Iaitu lubang yang digali secara condong kedalam tanah dan ditutupi dengan sekeping papan yang dilubangkan dipangkal nya sebagai tempat mencucuh meriam tersebut setelah dimasukkan karbaid yang telah dicampur dengan air sehingga mengeluarkan asap. Bunyi nya tidak lah memberangsangkan seperti meriam yang dibuat oleh rakan-rakan dikampung yang mempunyai pokok kelapa atau batang paip besar atau kolong air yang diperbuat dari konkrit..ia menghasilkan bunyi yang boleh didengar seluruh kampung...Kebabom....

ketika ini juga lah kami seolah-olah mempunyai lesen kebenaran oleh ibu-bapa kami untuk keluar rumah diwaktu malam sehingga sekitar jam 11 malam. Waktu itu kami gunakan sepenuh nya untuk menziarahi rumah rakan-rakan kami dan bermain meriam atau berbual bual sahaja selepas berpuasa disiang hari. Tiada rasa takut ketika itu kerana semua hantu dan syaitan telah di ikat. Tambahan lagi kebanyakkan jalan di lorong kampung diterangi cahaya pelita walaupun tidak secerah lampu jalan sekarang tetapi ia sudah cukup mengujakan kami.

Begitulah sambutan malam tujuh likur..ia diteruskan sehingga malam Hari Raya menjelang tiba. Kami juga teruja dan menunggu peluang  untuk bertemu Malam Lailatul Qadar, Mengikut kesah nya pada malam itu semua pohon akan sujud ke bumi...air menjadi dingin,,suasana menjadi sepi dan syahdu ketika itu mohon lah apa sahaja kepada Allah.. Insyaallah akan di kabulkan tetapi sehingga kini kami belum pernah mengalami atau menemui peristiwa tersebut.

Malam 7 likur ..tidak dapat dipastikan mengapa ia diberikan nama seperti itu.....dahulu ketika saya masih kecil ia dilihat sangat signifikan tetapi zaman sekarang kewujudan nya seperti tidak membawa apa - apa makna. Ia seperti malam-malam biasa sahaja bagi jenerasi sekarang.....mereka lebih menumpukan peranti masing-masing dibandingkan dengan pelita minyak tanah......Allohuakbar...

Jumpa lagi Wassalam...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification