Monday, August 5, 2013

MALAM 7 LIKUR

Assalamualaikum Semoga dirahmati Allah

Malam 7 likur ...ia dinamakan sedemikian apabila Ramadhan telah memasuk malam yang ke 27. Ketika saya masih dizaman kanak-kanak ia merupakan malam yang ditunggu -tunggu. Ketika ini hampir kesemua rumah dikampung akan memasang pelita minyak tanah disekeliling rumah terutama jalan masuk supaya cerah dan meriah. Saya akan bersama rakan-rakan akan berbasikal mengelilingi kampung Pasir Panjang untuk menikmati kemeriahan nya. Kampung yang gelap telah bertukar cerah dan sangat menarik.

Begitu juga dirumah kami saya lah yang akan memastikan pelita minyak tanah dipasang pada tiang-tiang kayu dari jalan besar ke rumah bagi menerangi jalan masuk sekaligus memudahkan bapa melalui nya apabila balik dari masjid setelah solat Tarawikh. Kami berlawan-lawan untuk mencerahkan kawasan rumah. Dikampung bagi yang tergolong dalam keluarga yang berada pasti pelita nya banyak dan ada pintu gerbang dibina dan dihiasi dengan pelita minyak tanah tersebut.

Selepas tarawikh juga biasa nya bermula lah acara membakar meriam. Bunyi nya berbalas balas dari kejirana sebelah kampung. Pada peringkat awal kami hanya membuat meriam tanah sahaja. Iaitu lubang yang digali secara condong kedalam tanah dan ditutupi dengan sekeping papan yang dilubangkan dipangkal nya sebagai tempat mencucuh meriam tersebut setelah dimasukkan karbaid yang telah dicampur dengan air sehingga mengeluarkan asap. Bunyi nya tidak lah memberangsangkan seperti meriam yang dibuat oleh rakan-rakan dikampung yang mempunyai pokok kelapa atau batang paip besar atau kolong air yang diperbuat dari konkrit..ia menghasilkan bunyi yang boleh didengar seluruh kampung...Kebabom....

ketika ini juga lah kami seolah-olah mempunyai lesen kebenaran oleh ibu-bapa kami untuk keluar rumah diwaktu malam sehingga sekitar jam 11 malam. Waktu itu kami gunakan sepenuh nya untuk menziarahi rumah rakan-rakan kami dan bermain meriam atau berbual bual sahaja selepas berpuasa disiang hari. Tiada rasa takut ketika itu kerana semua hantu dan syaitan telah di ikat. Tambahan lagi kebanyakkan jalan di lorong kampung diterangi cahaya pelita walaupun tidak secerah lampu jalan sekarang tetapi ia sudah cukup mengujakan kami.

Begitulah sambutan malam tujuh likur..ia diteruskan sehingga malam Hari Raya menjelang tiba. Kami juga teruja dan menunggu peluang  untuk bertemu Malam Lailatul Qadar, Mengikut kesah nya pada malam itu semua pohon akan sujud ke bumi...air menjadi dingin,,suasana menjadi sepi dan syahdu ketika itu mohon lah apa sahaja kepada Allah.. Insyaallah akan di kabulkan tetapi sehingga kini kami belum pernah mengalami atau menemui peristiwa tersebut.

Malam 7 likur ..tidak dapat dipastikan mengapa ia diberikan nama seperti itu.....dahulu ketika saya masih kecil ia dilihat sangat signifikan tetapi zaman sekarang kewujudan nya seperti tidak membawa apa - apa makna. Ia seperti malam-malam biasa sahaja bagi jenerasi sekarang.....mereka lebih menumpukan peranti masing-masing dibandingkan dengan pelita minyak tanah......Allohuakbar...

Jumpa lagi Wassalam...




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification