Kami mempunyai masa selama 1 minggu sahaja lagi sebelum keberangkatan pulang ketanah air setelah kembali dari Mina. Ada sesuatu yang menggusarkan kami didalam perkara keberangkatan pulang ini. Isteri telah uzur dan tidak boleh melakukan ibadah tawaf dan sai sekaligus belum boleh melengkapkan ibadah haji. Oleh itu ia merencatkan mood kami untuk berkemas tatkala jemaah lain sudah mula menimbang bagasi masing-masing takut melebihi had berat yang dibenarkan.
Jika keuzuran ini berlarutan sehingga melepasi jadual waktu pulang maka kami dinasihatkan untuk menangguhkan penerbangan pulang ke tarikh yang lain oleh pehak tabung haji. Tiada jalan lain selain dari berdoa dan memohon kepada Allah agar keuzuran ini dapat diakhiri dengan segera sebelum keberangkatan kami pulang.
Saya melakukan tawaf haji sendirian 2 hari setelah kembali dari Mina sebaik sahaja selesai solat asar. Pada awal nya ia tidak lah terlalu ramai namun memasuki pusingan ke tiga dan seterus nya keadaan semakin sesak dan padat. Akhir nya saya tersepit ditengah tengah pusaran manusia tatkala ada berbaki 4 pusingan lagi. Jemaah lain bertolak tolak dan berhimpit ....dalam keadan itu saya hanya pasrah dengan menjaga segala peraturan bertawaf dan akhir nya saya berjaya menamatkan 7 pusingan dalam tempoh hampir 1 jam setengah dengan rasa penat yang amat sangat. Kaki menggeletar dan hampir krem ..Saya tidak mampu meneruskan sai dan sebaik selesai solat isyak saya terus pulang ke maktab. Ia adalah suatu pengalaman bertawaf yang sangat hebat dimana sebelum ini saya tidak pernah mengalami nya.
Mereka adalah pengapit saya di Mina jiran kanan dan kiri. |
Secara halus nya dengan selesai ibadah haji semangat untuk pulang ke tanah air semakin meruntun kalbu. Ramai yang tidak sabar untuk menunggu tarikh keberangkatan pulang ke tanah air. Akibat nya semakin ramai yang kecundang untuk berjemaah di Masjidil Haram. Ada juga yang sebelum ini sentiasa tidak sehat dan tidak larat berjalan namun selepas selesai musim haji mereka kelihatan sehat dan bertenaga serta tak sabar-sabar untuk pulang. Di lobi maktab semakin ramai yang bersantai dengan pelbagai perbualan yang rancak diselang seli dengan ketawa sesama rakan.....Alhamdulillah saya masih beristiqomah dan belum tewas dengan godaan persekitaran serta nafsu sendiri....berjemaah di masjidil haram masih dapat dipertahankan...hingga kesaat terakhir saya di sana..
Jemaah semakin berkurangan |
2 comments:
Tahniah haji dn hajah. Abis gak cerita ente, cerita ana blom lgi, dh mula lupe pon. Tngl yg merapu je. Jumpa afghanistn la dan entah apa2 lgi...
Tak apa boleh tulis bila-bila masa terutama apabila sampai ketika waktu yang biasa nya kita sudah mula melupai keberadaan kita diTanah suci....ketika itu ia boleh mengingatkan kembali peranan kita kepada Allah SWT kepada pembaca dan diri sendiri...
Ada lagi satu entry sebenar nya ia itu tawaf widak dan di madinatul hujaj...baru complete kesah ini....insyaallah.
Post a Comment