Sunday, September 2, 2012

ADUHAI.... rindunya

assalamualaikum whwk.
ku panjatkan kesyukuran kehadirat Allah swt kerana masih memberi kekuatan fizikal dan rohani, walaupun sebenarnya ianya sedang melemah lantaran usia yang semakin meningkat.
ku sampaikan juga selawat dan salam buat rasul junjungan, Muhamad saw, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. semuga ana dapat menjadi pengikutnya hingga ke akhir hayat.

semalam ana beraya di bkt.bandaraya. bersebelahan taman pertanian cahaya seri alam. dulu ianya kg. orang asli. hutan betul, sekarang hutan batu. sehingga dzuhur baru keluar dari sana. lantas ana kemesjid negeri kerana azan sedang dikumandangkan. kereta penuh. umat sangat ramai.baru ana teringat ada nuri bagitau kursus haji perdana dari 1-2 sept. 
ditangga utama seseorang menegur ana. orang kg. PP; memang ana tak kenal. ia masih muda. ia bukan baya ana. setelah ia menyerahkan kad namanya baru ana tahu ia anak wak kasdi. adek wak kasdi itu adalah sadri. dia kerja polis, dia jadi terkenal kerana kes membunuh kekasihnya di pulau pinang tahun 80an dahulu. alahyarham inspektor sadri ini sebaya ana dan kami berkawan rapat.
sedang ana berbual dengan raman anakwak kasdi tu, turun wak misrin. dia dulu tukang kebun sekolah kami di PP. raman kata dia pegi haji tahun ini. kerana itu dia ada kat mesjid utk kursus perdana. setelah bersalaman ia terus turun kerana sudah ada pengumuman supaya pererta kursus haji bertukar pakaian ihram.
melihat wajah wak misrin ana dapat merasakan betapa beliau sangat bersemangat utk menjejakkan kaki ke mekah. wajahnya yg ceria bukanlah dari penampilan susuk yg kurus dan bakaran mentari saban hari. tapi keluar dari dalam dirinya, tergugah, keimanan yg sedang mengebu kerinduan utk kembali ke kampung halamannya. makatul mukarammah!
ana teringat nuri. mengajaknya ngeteh di kedai nasik arab belakang mesjid.
i.
semakin hampir waktu berangkat ketanah suci, semakin berbaur perasaan ana. cemas,khuatir, takut.... ana telah berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai mekah dan aktiviti haji. ana sudah tahu banyak juga mengenai lokasi yg bakal kami pergi. arafah, lebih kurang 25 km dari mekah. ia bersambung dgn mudzalifah, mudzalifah bersambung dgn mina. dari mina ke mekah lebih kurang 7 km. dalam melaksanakan haji, kami akan melakukan perjalanan kearah mekah. bukan menjauhi mekah. dalam google ana sudah serch ka'abah dan masidilharam. begitu juga beberapa nama hotel penginapan yg dinyatakan oleh pihak tabung haji. ana sudah serch jalan dari hotel ke masjidilharam. peta ini sudah ana tampal dlm minda ana dan sedia utk diterjemahkan kelak di sana. ana juga sudah dapat maklumat dari kang mis pahang dan maklumat dari trevelog haji mereka yg terdahulu. ana sudah siap. tapi hati ana semakin kecut!
persediaan yg ana buat adalah persediaan zahir. ini dituntut. supaya kami mudah menjalani hari-hari kami disana kelak. tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain. tetapi ana cemas dan takut dengan perkara-perkara yg mendatang secara bathin. yg ana tidak tahu,tetapi ana tahu ianya pasti akan ada dan akan terjadi. mudahkah hari-hari kami atau sukar. besarkah dugaan buat kami ataukah dapat kami melepasinya dgn tenang. apakah yg ana sangat khuatir... sakit dan kesihatan. adakah ana punya kekuatan utk perjalanan jauh. ana sangat cemas terhadap dosa-dosa ana... ana bukan anak yg baik, suami yg baik atau bapa contohan. ana tidak sabar dan sering mengikut hati dan perasaan...ana sangat takut jika disana ketelanjuran dan kesalahan yg pernah ana lakukan akan mendapat balasan.
syukur, sepanjang mengerjakan haji, samaada di madinah, mekah, arafah dan mina ana tidak mengalami masalah kesihatan yg menyukarkan. hanya batuk, sakit tekak dan lumpangen. bagaimanapun ana ada kehilangan duit kerana penyelok saku dan tergolek semasa hendak melontar jamrah pada hari ke-2. adakah ini balasan atas ketelajuran ana. ana hanya dapat beristighfar.
ii.
beberapa perkara yg ana lihat agak menyukarkan jemaah haji semasa melaksanakan pilgrims/ perjalanan haji mereka adalah banyaknya peralatan yg dibawa. ini menjadikan beban kepada mereka. sedangkan mereka perlu berpindah dengan menaiki kenderaan yg kurang selesa. seringkali ana lihat para jemaah berebut-rebut utk menaiki bas dgn mengusung beg berat. memang sebahagian besar jemaah membawa beg 5 kg yg disediakan oleh tabung haji, tetapi lantaran banyak barang didalamnya seperti pakaian, air dan makanan, ianya agak sukar utk dibawa masuk kedalam bas.
ana sudah merasai kesukaranya dan alangkah baiknya jika ana punya kekuatan bagi bagi menguranginya. tetapi ana masih lemah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification