Diucapkan terima kasih kepada semua sedara dan sahabat , jiran tetangga yang hadir ke majlis doa selamat sempena keberangkatan kami ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada Ahad 9 hb September lalu. Majlis diadakan secara sederhana dengan bacaan doa diawal pagi selepas subuh di rumah kecil saya.
Ia juga majlis kenduri yang julung-julung kali diadakan di rumah saya sendiri. Alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan segala nya. Ia berakhir hingga lewat petang dan sehingga ke malam masih ada tetamu yang hadir ke rumah saya. Majlis ini disamping sempena keberangkatan kami ke tanah suci secara tidak langsung dapat memperkenalkan semula kami sekeluarga dengan jiran-jiran kariah perumahan di tempat kami setelah sekian lama terpisah. Kesudian mereka yang ramai hadir memberi rasa kami masih diterima dengan baik dan berkenal kenalan semula sekaligus menambahkan rasa ukhwah dikalangan masyarakt sekeliling. Alhamdulillah.
Majlis meraikan kami berterusan dari sehari kesehari. Isnin lalu kami berdua diraikan oleh kenalan lama Timbalan rektor Akademik kampus Machang kelantan di sebuah restoran sempena kehadiran beliau ke Shah Alam. Begitu juga Malam semalam kami diraikan pula oleh Timbalan Rektor Penyelidikan Kampus Machang dalam majlis makan malam. Dan pada tengahari ini akan diraikan oleh rakan sejawat di restoran Sahara Tent SS 9. Kami sangat berbesar hati dan memanjat kesyukuran kepada Allah SWT.
Kami rasa bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan kami rasa keistimewaan lebih awal sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai tetamu nya yang istimewa. Semoga doa-doa rakan jiran tetangga sahabat adik beradik yang dipanjatkan kepada Allah khusus bagi mendoakan kami memperolehi Haji yang Mabrur dan sentiasa di permudahkan segala urusan dan ibadah kami di kurniakan kesihatan fizikal dan mental semasa kami di Tanah Suci dikabulkan oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik kalian semua. Amin.
InsyaAllah akan saya sampaikan salam kalian kepada Rasulullah SAW Nabi Junjungan kita dimasjid Nabawi dan mendoakan agar kalian semua diberi peluang dan ruang serta keupayaan untuk sampai ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji dan Umrah suatu hari nanti. Amin
Selamat Hari Lahir.
E Kad Ucapan Selamat Hari Lahir. T kasih |
Jumpa lagi Wassalam