Allohuakbar, Allohuakbar, Allohuakbar........Allohuakbar Walillahilham.
Assalamualaikum Waromatullah Hi Wabarokatuh. Solawat dan Salam Kepada Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah yang telah memberikan kita keimanan, kesihatan, rezeki, umur yang panjang untuk sekali lagi menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak yang baru lepas dan kini diberikan kesempatan menyambut serta meraikan Bulan Kemenangan - Syawal yang hanya hadir setahun sekali.
Tahun ini kami sekeluarga diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya dirumah kami sendiri yang telah sekian lama kami tinggalkan. Setelah sekian lama kami merantau dan berkelana di bumi Tuhan ini nampak nya sudah tiba masa nya untuk kami berhenti dari perjalanan yang penuh liku dan ranjau, mengutip seribu pengalaman kehidupan, meskipun tidak mengkayakan material tetapi telah memberi kekayaan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup dan memberi makna kepada kehidupan kami - ringkas tetapi signifikan.
Ramadhan kali ini Alhamdulillah telah menepati KPI saya - 1. Berjaya menyelesaikan solat Tarawikh penuh. 2. Berjaya khatam Al Quran di bulan Ramadhan yang amat jarang saya perolehi kerana biasa nya dihujung Ramadhan kami akan bertolak untuk balik kampung dan tertinggal lah solat tarawih serta bertadarus untuk beberapa hari. Alhamdulillah juga dapat bertahajud sempena menunggu untuk bersahor. Kami juga berpeluang untuk bersolat tarawih di Masjid Negeri Selangor bersama ribuan jemaah yang memenuhi dewan solat apabila masuk waktu Isyak dan hilang lebih separuh para jemaah selepas selesai rokaat yang ke lapan. Serta berkesempatan berimamkan Para Imam jemputan Syaikh dari Negara Timur Tengah yang dijemput khas untuk mengimamkan solat terawikh pada tahun ini. Ada yang syahdu bacaan surah nya sehingga mengalirkan air mata...sekaligus megingatkan saya ketika saya berjemaah di Masjidil Haram yang sangat..sangat saya rindui sehingga kini.Beruntunglah KTS dan Isteri yang bakal mengerjakan Haji ke Tanah Suci pada tahun ini semoga beliau memperolehi Haji yang Mabrur..Amin.
Allohuakbar...Allohuakbar..Allohuakbar Walillahilham.
Sehari sebelum lebaran kami pulang ke Jenjarum banting untuk membuat persiapan Juadah hari raya. Jenjarum adalah kampung Bik Idah. Nampak nya hanya tinggal kami yang tua sahaja yang membuat persiapan memasak ketupat rendang dan pelbagai lauk pauk biasa untuk hidangan hari raya. Mereka yang muda awal pagi sampai petang telah keluar membeli belah mencari keperluan sendiri. Ada juga yang masih bekerja. Saya terfikir dalam beberapa tahun akan datang masih adakah lagi persiapan menyediakan juadah hari raya secara bergotong royong ini bila yang tua telah tidak berkemampuan untuk menyiapkan nya dan yang muda dengan keperluan sendiri...yang pasti generasi muda ini mempelajari kah resepi-resepi yang sepatut nya di turunkan oleh generasi tua....Mungkin ini boleh dijadikan suatu perniagaan catering sambutan hari raya dimasa hadapan...yang berminat berniaga boleh lah rancangkan nya......
Malam itu kami pualang ke rumah kami di Bandaraya Shah Alam. Jalan agak lengang tetapi di pusat membeli belah masih ramai dikunjungi orang yang mencari peluang membeli belah dengan harga tawaran diskaun yang murah...kata orang. Saya lebih selesa duduk di rumah, hanya anak-anak yang berkunjung ke UP Town....Kawasan kejiranan kami majoriti nya juga lengang. banyak rumah yang gelap menandakan penghuni nya pulang ke kampung halaman. Bertuah lah mereka yang masih punyai ibu bapa..untuk berhari raya bersama. Saya sudah menjadi yatim piatu dan saya adalah ibu bapa kepada anak-anak saya pula.
Allohuakbar...Allohuakbar..Allohuakbar Walillahilham.
1 Syawal datang lagi.. Hajat hati hendak bersolat sunat hari raya di Masjid Negeri tapi kabar nya pada Hari Raya Masjid Negeri di penuhi oleh jemaah dari Bangladesh dan Indonesia serta warga asing untuk bersolat sunat hari raya. Kami hanya bersolat di Masjid SS 19 masjid Kariah kami. Ramai juga warga asing yang bersolat di masjid ini.
Pagi ini kami bermaaf-maafan sesama kami anak beranak. Tiada yang lebih istimewa dan paling bahagia dalam diri Ibu dan bapa apabila di pagi raya dapat berkumpul bersama anak anak.....meskipun mereka banyak memberikan cabaran kepada orang tua nya namun pada 1 Syawal segala kesusahan, kepayahan, keperitan kedua ibu bapa umpama ubat penyembuh segala masalah dalam menangani kerenah mereka. Dan tahun ini Alhamdulillah Syukur kepada Alloh SWT kerana kami masih beraya bersama anak- beranak dalam keadaan sihat walafiat dan SEMPURNA.
Hari pertama Syawal ini kami seperti tahun-tahun yang lalu secara tradisi nya mengunjungi rumah sedara mara di kampung Jenjarum. Secara purata nya kami mengunjungi lebih dari 10 buah rumah. Rumah Wak, paman, bibik dan kebanyakkan nya sudah lanjut usia nya. Tradisi ini masih diteruskan dan tak pasti samaada setelah mereka tiada nanti adakah kami masih meneruskan kunjungan ini ...... hanya masa sahaja yang menentukan keadaan.....
Di penghujung 1 Syawal kami singgah di kediaman KTS...di Kelang utama, beliau satu satu nya saudara terdekat dari tempat tinggal kami. Dan ini lah kali pertama kami berhari raya di rumah beliau pada hari raya pertama.....so masih ada lagi balance rendang dan ketupat yang dimasak beliau sekeluarga..................
2 Syawal kami tak kemana-mana...hanya mengunjungi Carefour..mencari sayur dan sedikit barang keperluan harian segar..Petang ini KTS dan keluarga akan mengunjung kami...Shopping Komplek agak lengang..tapi barang barang tetap meriah. Hari ini harga udang agak murah. Sempat lah kami beli sekilo untuk dibuat sambal udang bagi hidangan istimewa KTS sekeluarga. Maklumlah KTS adalah dayoh pertama kami syawal ini......
Esok 3 syawal kami bercadang untuk ke Pasir Panjang...rancangannya untuk berkumpul seluruh keluarga Haji Sakijan dan Hajjah Saamah di rumah pengerusi iaitu En Misbahkhul Munir bin Sakijan...khabar nya En Halimi nak sponsor kita semua..betul ke..........
Apa yang penting bukan sponsor...tetapi ikatan persaudaraan yang lebih kuat dan rapat, kunjung mengunjungi, maaf bermaafan dan kenal mengenali antara satu generasi ke satu generasi supaya persatuan ini menjadi lebih kukuh dan bermenafaat bukan hanya secara fizikal tetapi secara spiritual dan emosi.
Akhir nya saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli persatuan ini dan semua yang membaca blog ini. Segala entry saya yang menyinggung perasaan individu atau berselisih pendapat dari saya harap di maafkan. Saya hanya lah manusia biasa yang tak terlepas dari dosa samaada yang terselindung ataupun yang nyata...
Jumpa lagi
Wassalam.
Paman Nok.
kehidupan ringkas tapi signifikan.
Shah Alam .
3 syawal 2011