Monday, September 5, 2011

BARAAN


Assalamualaikum Semoga kita semua dirahmati Allah..
Alhamdulillah kita telah dapat berkumpul bersama-sama pada hari raya ke 3 di rumah En Misbahkhul Munir Bin Hj Sakijan Pekan Pasir Panjang iaitu Tuan Pengerusi perstuan sempena sambutan Aidil Fitri tahun ini 2011. Meskipun tidak semua ahli dapat berkumpul namun kemeriahan ahli-ahli yang hadir amat dirasai.

Seperti biasa aktiviti yang lazim dilakukan semasa hari raya ialah "Baraan". Baraan ialah perkataan Jawa yang bermaksud berkunjung dari rumah ke rumah dalam kumpulan yang besar. Ia dilakukan samaada dengan berjalan kaki atau menaiki keenderaan dan berkunjung kesetiap rumah yang dianggotai oleh ahli kumpulan tersebut.

Tahun ini seperti biasa kami melakukan aktiviti baraan ini dengan dianggotai oleh ahli-ahli persatuan yang berkelapangan. Beberapa orang ahli tidak dapat ikut serta baraan kerana ada yang telah bertugas seperti KTS, En Sahari sekeluarga dan Kak Saniah yang mana masing-masing beraya dikampung mertua masing-masing. Namun demikian alhamdulillah kita masih dapat berkonvoi sebanyak 8 buah kereta..dimana pada tahun ini pengerusi menentukan hanya baraan ke rumah saudara mara sekitar Sabak Bernam sahaja.

Jam 10.15 kami bertolak ke Parit Baru..dimana masih terdapat beberapa waris yang tua tinggal disana. Rumah pertama kami ialah rumah Wak Yah...Isteri arwah Wak kaji..Dia ialah kakak ipar kepada arwah Embah. Kira-kira jam 11 .00 kami tiba di rumah beliau. Keadaan rumah sunyi sepi dengan pintu dan tingkap tertutup. Setelah memberi salam dan menunggu agak lama rupa nya beliau ada di dapor. oleh kerana tinggal seorang diri maka semua pintu dan tingkap ditutup. keliahatan beliau berwajah ceria menerima kunjungan kami yang agak ramai dan meriuhkan...
Saya sempat bertanya dengan Wak miskiran dan meminta pandangan beliau..kalau lah kita tua nanti sanngupkah kita tinggal bersendirian seperti ini...dikelilingi pohon-pohon yang sepi..kebun kelapa yang dah tua dan semak..tiada jiran tetangga yang dekat.....Ahhh tak dapat saya bayangkan ....Wak miskiran pun tak sanggup tinggal seperti ini ..saya lebih-lebih lah lagi...biasa hidup dikawasan bandar dan kejiranan yang ramai...tapi Wak Yah ini masih tabah dan sanggup tinggal bersaorangan diri dirumah yang sepi ini.....walaupun waktu malam nya akan diambil oleh anak nya dan bermalam disana....
Hampir setengah jam kami di situ..Wak misbah dan Wak Siti sahaja yang banyak bercerita dengan nya..kami pun berangkat ke tempat lain. Selepas bermaaf maafan dengan berat hati Wak yah melepaskan kami pergi...

Destinasi kedua kami ialah rumah arwah Wak Ihsan...Dia adalah abang kepada arwah kakik. Juga yang tinggal hanya isteri dan anak nya. Rumah nya terletak berhampiran jalan masuk ke rumah Paman Saion. Rumah Arwah Wak ihsan hanya ditunggu oleh anak nya sahaja. setelah bertanya khabar dan bermaafmaafan kami beredar ke rumah Paman Saion. Paman Saion adalah adik arwah embah yang masih ada. Malang nya rumah ini tidak berpenghuni.Setelah di hubungi melalui telefon beliau berada di Sungai besar untuk menziarahi anak nya. Lantas kami pun berkunjung ke rumah Kang Din tidak jauh dari situ. Kang Din adalah anak sulung kepada Wak Yah. Kami berbual dan bertanya khabar...setelah bermaaf maafan kami pun bertolak ke Sabak Bernam ke rumah mertua Azlan untuk solat Jumaat sebelum meneruskan baraan kami.

Setelah solat Jumaat kami meneruskan baraan ke rumah Kak Sal - khalid di Sungai Besar. Kak Sal adalah anak arwah Bik Nah -adik kepada arwah kakik. Beliau tinggal dikawasan sawah padi.
Tahun lepas pun kami baraan ke rumah beliau juga. Selepas itu kami bertolak ke Sungai Limau dan singgah di rumah Kak Aniah. Beliau adalah anak kepada Arwah Bibik Yah iaitu adik Arwah kakik. Selepas bermaaf-maafan sebelum kami bertolak beliau sempat memberi pesanan untuk tidak melupakan nya bagi tahun-tahun akan datang dan beliau merakam kan rasa terima kasih dan gembira tak terhingga dengan kehadiran kami semua.

Seterus nya kami menziarahi Kak Limah. Beliau adalah anak kepada wak yah yang tinggal di Sungai limau. Tahun lepas pun kami singgah mengunjungi nya. Suami nya bertugas sebagai Posmen di daerah itu. Ini lah rumah terakhir kami kunjungi pada hari tersebut. setelah semua nya keletihan maka kami pun kembali ke Pasir Panjang.

Petang itu di rumah En Misbahkhul Munir paman emi menjamu ikan bakar dan mentarang..
Meskipun tidak banyak ikan yang tinggal tetapi kemeriahan dan kelazatan nya dapat dirasai bersama.

Baraan ini agak meletihkan. Tetapi kepuasan dan keseronokannya dapat dirasai apabila kehadiran kita kerumah yang dikunjungi disambut mesra. Dan kehadiran kita yang ramai dalam satu konvoi juga menarik minat tuan rumah dimana mereka teruja dengan kehadiran sekumpulan keluarga dianggotai oleh adik beradik, sepupu, cucu terlibat sama dalam rombongan tersebut.

Mungkin selepas ini kita perlu meluaskan lagi penjelajahan baraan kita kepada saudara mara yang lebih jarang kita temui....sementara masih ada lagi yang boleh mengenali mereka alangkah baik jika kita merapatkan semula hubungan sesama kita mengenalkan mereka dengan jenerasi kita yang muda...dan inilah satu cara untuk kelangsungan hubungan kekeluargaan sesama kita.

Selamat hari raya
maaf zahir batin..

jumpa lagi.
Paman nok.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification