Friday, April 1, 2011

ubat vs basikal


minggu sudah keklinik. ianya bagi bulan mac. begitulah rutin. akhir bulan cek tekanan darah dan bacaan gula. selalunya awal pagi, sebelum makan. tetapi kerana pergi ke shah alam terlebih dahulu, maka keklinik sebelah petang. setelah bebera kali mengepam darah dan meneliti rekord rawatan, doktor zul mengesyorkan supaya berhenti ambil ubat darah tinggi mulai 27 mac 2011. wow! tak payah ambil ubat!! setelah 20 tahun tak miss makan ubat darah tinggi, dr. kata tak payah makan lagi. ana rasa macam baru lepas dari penjara.

selain dari diet, pastinya ini kesan dari excersise. setelah 4 bulan berkayuh, ianya telah menampakkan hasil. ana sangat bersyukur kehadirat Allah swt kerana masih diberi kekuatan dan tubuh yg masih responsif serta metabolisma utuh. ada ramai berexcersise tetapi akhirnya kecundang dipertengahan. malas lalu berhenti, atau tidak berdaya. sepanjang berbasikal selama ini, ramai ana jumpa muka baru. tetapi setelah beberapa hari, hilang. sebahagian besar berkayuh disebabkan masalah kesihatan. darah tinggi, kencing manis atau masalah jantung. sama seperti ana juga. alhamdulillah ana masih istikomah hingga kini. dengan kesannya mulai kelihatan. ini lebih menguatkan azam untuk terus beriadah dimasa hadapan.

mentor ana dalam berkayuh adalah dr. zul. beliau yg memperkenaalkan basikal sebagai media riadah. melalui beliau juga ana dapat ilmu basikal dan cara berbasikal. berapa tinggi seat perlu diletakkan dan berapa laju kayuhan. untuk senaman cadiac, kita perlu berkayuh laju/cepat. ini akan menggalakkan jantung bergerak pantas. berkayuh perlahan kurang memberi kesan. bagaimanapun ini lebih baik dari tiada langsung bergerak. oleh itu berkayuhlah dari duduk ngangur didepan tv melayan otroman.


kesan lain dari suka berbasikal adalah hobi. hobi adalah sesuatu yg kita sukai dan akan melayannya dgn senang hati. kadangkala secara irrational. seorang kaki pancing akan kelubuk mana pun jika mendengar ada ikan. hutan dan laut gelora bukan halangan. wang jadi immeterial. maka basikal 450.00 jadi koman dan kurang power untuk kayuhan. tahap 1,000 juga akhirnya kurang sedap. lebih lagi dan lebih branded. ana ingin nasihat kepada adek beradik dan anak cucu supaya jangan jadikan basikal sebagai hobi.

bagaimanapun, diantara kesihatan dan basikal mahal; pada ana kesihatan jauh lebih mahal.


7 comments:

MG said...

Assalamualaikum
Tahniah kerana berjaya keluar dari rutin pengambilan ubat darah tinggi ente. Tak sia sia exercise selama 4 bulan tu akhir nya mendatangkan hasil yang sangat lumayan. Sebenar nya antara faktor lain kejayaan tu ialah perkataan"Istikomah" tu. Sama seperti Disiplin. Itu lah resepi utama sesuatu kejayaan. Dalam hidup kita pun untuk mengejar kejayaan perlu beristikomah dan juga satu lagi "bertumakninah" makna nya buat dengan teratur dan tertib. Kalau setakat kayuh sahaja tanpa faham peraturan dan cara yang betul pasti seperti rakan rakan lain yang hilang sekerat jalan. Sebab itulah ada dr Zul tadi yang menunjukkan cara yang betul mengayug basikal, ukuran nya, kaedah dan lain-lain dan akhir nya membuahkan hasil.
Pesan ana juga untuk anak-anak dan cucu walau apa pun kita lakukan seperti belajar, melaksanakan kerja, mengisi hobi dan yang penting sekali ketika beribadah perlu beristikomah dan bertumakninah. Insyaallah kita akan berjaya dan bukan itu sahaja kita akan merasai roh atau jiwa keseronokan didalam aktiviti kita itu tadi.
Sekali lagi ana mengalu alukan kembali nya KTS di persada penulisan Blog ini. Kehilangan ente amat dirasai oleh semua ahli dan pasti nya "come back " ini dapat memeriahkan semula blog persatuan.
Selamat kembali lebih lebih lagi ente sperti sudah memperolehi cas betri yang baru- Pasti semangat pun baru dengan idea-idea baru.

Wassalam

emii said...

woow bukan main lagi mahal basikal!!! yang lama tu kalau agak-agak tak terkayuh bagi la saudara mara lain boleh gak kami berkongsi hobi walau kat tempat lain... pahala tu..

pe said...

betul.betul..betul...

Anonymous said...

kalo muda lagi bole la brsaing ngan azizul hasni..hehe

Anonymous said...

SALAM SY masih bru dlm acara mengayuh beskal nih...bleh dapat tips cara kayuhan yg betul tak..selalu kene tgl la...kaki cepat lenguh. pastu tangan lak mcm kebas jekkk...tolong ye geng

kts said...

t.k
ana juga masih baru dlm bidang ini.
apa yg dialami = fenomena biasa kpd new commer.
kaki lenguh kerana muscle kaki belum establised.teruskan, jangan berhenti, jangan putus asa.kayuh pada jarak kita selesa. jangan pergi jauh. jemu bila patah balik.esok kita mula fed-up.setelah kita biasa, dgn sendiri kita akan pergi jauh. kayuh dekat2 x ump... kejap je dah sampai balik. kita juga akan pandai adjust time. jangan lupe pakai jam kalau berkayuh. kita akan memerlukan 1/2 masa perjalanan, utk pergi dan 1/2 masa lagi utk balik. kalau bajet 1 hour journey, after 1/2 an hour, patah balik. kalu lajak... malam la baru sampai umah.
tangan kebas biasa kpd semua org. tapak tangan menekan handle lama kelamaan akan menggangu urat darah. setelah beberapa lama, lepaskan handle sebelah tangan dan gerak2 spt meramas. ini akan melegakan. sebaiknya guna handle lembut yg menyerap hentakan. baik juga guna sarung tangan. glove berjenama memang mahal. belilah utk bersukan apa pun, murah sikit. cari pad tapak tngn yg agak tebal. akan membantu mengurangkan rasa kebas. kalau anda wanita cari handle yg bentuk leper. selesa pada tangan. ana nak pakai jenis itu, tapi nampak x manco. basikal mahal, handle feminin.
tip..
i. kayuh secara pusing kaki. bukan tolak atas bawah. ini membantu melegakan otot kaki.
ii. kedudukan seat hendaklah betul. tinggi dan jarak dari handle. akan membantu kaki dan pinggang.
iii. bawa air bila berkayuh. kita banyak kehilangan air. 10-15 menit, minumlah sedikit air.
iv. bawa peralatan menukar tiub kalau berkayuh agak jauh. sangat membantu jika puncture tengah jalan. if not, cycling become walking...
wassalam.
welcome to the groupe.

el said...

As salam.ana tertarik pada entry anta.info yg berguna buat ana selaku high blood patient pada usia muda.terima kasih atas perkongsian.jazakAllah

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification