Thursday, May 5, 2011

dari bt. burok hingga ke cini































terengganu adalah negeri yg ana belum pernah bermalam. lalu telah beberapa kali. kalau ke kelantan dgn melalui pantai timur dari kuantan, kita akan melalui terengganu. sama ada ikut jalan pantai atau jalan pendalaman. bandar muktafibillah terus ke tasik kenyir.
nuri mengajak ke terengganu beberapa minggu yg sudah. dia ada urusan di uitm kuala terengganu. bolehlah berehat kat hotel sementara dia menyelesaikan urusannya. ide baik. tetapi boleh kah bawa basikal. berbasikal kini menjadi ubat kepada ana. tak berkayuh seperti tak makan ubat. boleh! dgn unser beliau, dua buah basikal telah dapat dianggkut. memang ana nak bawa ebal sekali. sekurangnya berkayuh ditempat orang kalau berkawan akan lebih confidence.





kami bertolak jam 11.30 dari klang 2 mei 2011. lalu nkve, gombak, karak dan highway mtd. sehingga kuantan laluan selesa. walaupun banyak kenderaan yg balik setelah beberapa hari bercuti, perjalanan lancar. memasuki jalan lama pantai bermula dari cerating, perjalanan mulai tersekat-sekat. mungkin kerana terengganu telah mulai bekerja dan sekolah juga telah dibuka maka ramailah yg berurusan. traffic light juga banyak. diantara cerating, kerteh, dungung hingga KT; tidak kurang dari 28 buah. selain itu jalan sempit dan berkona-kona. kami sampai di primula hotel jam 7.30 mlm. setelah mandi dan solat, kami menyusur jalan pantai batu burok. mencari laluan utk berkayuh esok dan makan malam.


3 mei 2011. nuri dan ebal balik sarapan membawa 2 ketul bun wholemeal dan kueh tepung. setelah minum kami berkayuh di laluan pantai bt. burok. ianya pendek sahaja. sekali pusing sudah sampai kehujung. setelah bergambar di hadapan istana muktafibillah kami menyusur ke bandar. jalan masih lengang. sehingga ke pasar payang kami berbelok mengelilingi masjid zainal bersebelahan istana maziah. masjid itu dicat putih dan kelihatan tua. tetapi semangatnya kuat setelah melalui beberapa zaman. yg menariknya adalah menara masjid itu; trade mark terengganu. dalam perjalanan balik sempat kami sarapan diwarung tepi jalan berhampiran grand continental. ramai pengunjungnya. pada hari kedua baru ana sedar keistimewaan gerai berkenaan adalah ayam panggang madunya selain pengendalinya yg masih muda dan comel belake.


4 mei 2011, ana berkayuh sendirian. terus ke pasar payang, dataran warisan dan waterfront berhadapan dgn seberang takir. itupun secara tidak sengaja setelah berpusing-pusing dalam bandar dan lalu kampung cina. apabila balik kebilik, nuri telah bersiap utk check-out.


petang itu kami ke cini. jalan masuk kelihatan mendung dan hujan turun agak lebat dijalan tasik cini. tak dapatlah nampaknya ana berkayuh petang ini. tetapi semangat mengatasi segalanya. dalam suasana mendung petang itu ana berkayuh juga. melalui pusat bandar masuk cini 5 dan sesat di cini 3. dgn panduan kang mis dapat juga jalan balik. kalau terlewat atau terus sahaja boleh kecepeten.


5 mei2011. pagi lagi kang mis sudah ke k.l. kak ti kekedai berniaga. kesempatan itu kami guna buat berkayuh keliling cini hingga ke kilang sawit cini 2. berkayuh dicini lebih mencabar. muka buminya berbukit. mendaki 5% sahaja sudah terasa berat, apalagi kalau lebih dari itu. pasti termengah. tidak lama kemudian nuri telepon beritahu perlu balik cepat kerana ada urusan sebelah petang di uitm shah alam. kami bertolak jam 11.30 pg. kak ti agak ralat kerana kami tak sempat makan t/hari. dgn melalui jalan tepi sungai dan masuk highway mtd di jengka kami sampai ke kelang jam 3.30 ptg. sempat juge pekena durian musang king di karak. ini balas dendam kerana makan durian siam yg tak feel durian di KT semalam. sebijik saja harganya rm 45.00. tapi puas hingga menjilat jari. ana tak berani makan banyak. takut mudarat. bulan sudah seorang teman meninggal setelah makan durian.


seringkali sesuatu peristiwa datang seperti mimpi. tidak dijangka. tidak diduga. sedihnya diatas kelalaian ana, pintu unser nuri yg belakang sebelah kiri telah terlanggar tiang letrek. kesal juga dalam hati. ana ni macam org kampungan, turun kereta tak tau nak tutup balik. muga-muga beliau dapat kebaikan dgn menumpangkan ana anak beranak sehingga dapat berkayuh di pantai batu buruk dan bumi cini. sesuatu yg tak terfikirkan.


wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Mana aci gambor drebar tak ada ni

kts said...

tak sempat amik. lagipon driver tak ikut berkayuh. asyek tido dan buat tahajud je.

MG said...

Kena durian musang king "Perhh" Melekat memang power lebih lebih lagi free. sebijik pun dah ok. Panas badan sampai ke malam....
D 24 tu pun ok gak. Lepas ni boleh lah plan nak bercuti tempat lain pulak ..kita gi hala ke mersing pantai timur belah Johor...situ yang aku belum sampai lagi.. boleh try Lobster dan sea food. Engko tak da Ghout kan..

Anonymous said...

taniah2...jauh 2..xpe2..lps nie g negeri lain plaqk..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification