Friday, August 13, 2010

tetamu

assalamualaikum buat semua.

dipagi jumaat ini marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadirat Illahi semuga kita dapat menjalani ibadah shaum dibulan ramadan ini dgn mudah. selawat dan salam juga buat Nabi Junjungan saw, kerana sekali kita berselawat kepada baginda, akan dibalas dengan ganjaran yg banyak. utk dapat 2,000 or 3,000 kena kerja 25 hari dgn berbagai kerenah dan tension, ini hanya sekali sebut dgn penuh penghayatan; Allah bayar dgn banyak sehingga tak terhitung. Masyaalah.
ptg senin yg lalu, farah dgn nada excited bg tau kucing beranak dalam kotak. memang ada beberapa kotak bekas goodies kenduri lepas masih belum dilupuskan. mana kau tau? tanya ana kepadanya kerana tau farah ni takut dgn binatang-binatang. nampak kelibat lipas pun dah melompat, inikan lagi kucing yg besar. betul bah.... katanya penuh perasaan. naluri wanita sebenarnya lain kalau melihat benda-benda yg baru lahir. memang betul, ada 4 ekor semuanya. masih sangat bayi dgn mata belum terbuka. dua hitam-puteh dan dua bertompok hitam,puteh dan coklat. memandangkan ibunya berwarna abu-abu, ana agak bapanya berbulu hitam-puteh. begitulah kalau mengikut kajian genetik. sehinga hari ini ana tak nampakpun kelibat kucing seperti itu menghampiri bayi-bayi kucing ini. berbeza dgn burung, kalau sibetina mengeram, burung jantan akan mencari makan buat burung betina.
sekarang baru ana tahu dalam masyarakat kucing, apabila ibu melahirkan; dia akan bersendirian. beranak dan menjaga anak-anaknya. memberi susu badan dan menanamkan semangat serta perangsang dalam menghadapi kehidupan mereka. bapak! lupakan saja... entah dimana, entah kemana; mungkin mencari kucing betina lain. brengset.... seingat ana, dunia manusia juga sudah condong kearah dunia kucing..... malah lebih terok kerana setelah lahir langsong di buang-buang.
kucing ini memang biasa lalu-lalang dihadapan rumah kami. kami menyangka ianya kepunyaan rosli, kerana rosli mempunyai beberapa ekor kucing belaan. rupanya bukan, ia adalah sebahagian dari masyarakat kucing gelandangan diperumahan kami yg makan dan tidurnya tidak menentu. oleh itu, dari duabelas buah rumah dibaris kami ini; mengapa rumah ana yg dia datangi utk beranak. adakah kerana rumah kami ada kotak kosong. tetapi kucing juga biasa beranak dibawah pokok. adakah kerana rumah kami bersepahan maka mudahlah ia untuk menyorokkan anak-anaknya. tetapi sekarang ruang lebih lapang dari dulu. moto nahar telah dibawa kerumah baru dan pokok-pokok bunga tidak diangkat dari bawah pokok depan padang sejak kenduri lepas. saudara mara yg diharapkan utk tolong berkemas semuanya balik awal sebelum kemah runtuh. akhirnya ana terfikir, ini bukan kerja kucing dan bukan kerja manusia. ini adalah takdir tuhan yg telah menentukan ianya menjadi tetamu ana.
semasa ana menyiang ikan kembong buat persediaan syahur malam pertama ramadan, teringat ana akan anak-anak kucing tersebut. memangpun semasa masuk rumah, ibunya mengiaung mungkin tercium bau enak ikan kembung berkenaan. barulah ana tersedar betapa tuhan telah menitipkan tamu tetapi ana telah menyianyiakan mereka. tetamu menurut kaedahnya perlu di layan sebaik mungkin. diberi makan, disiapkan tempat tidur. pahala melayan tetamu dgn baik amatlah besar, terutama yg musafir dan dalam kesulitan. janganlah diharapkan utk mendapat balasan dan imbalan. jika dilakukan dengan ikhlas Allah akan membalasnya dengan ganjaran yg tidak disangka-sangka, tidak diduga. lagi pula kucing, apa balasan yg boleh diberikan kepada kita. maka sekor ikan kembong telah ana berikan pada petang itu. begitu juga beberapa malam ini setelah berbuka mana-mana baki ikan yg tinggal telah ana berikan kepada tetamu ana itu.
kita sebenarnya melalui hidup ini diatas landasan yg telah tersedia. apa yg telah ditentukan akan kita temui dan perolehi. bagaimanapun dalam menempuh kehidupan kita perlu mengikut peraturan yg telah ditetapkan. wajib, haram dan makruh serta etika baik sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi junjungan saw dalam sunahnya. ana bukan orang baik dalam beragama, kalau contoh nabi, bagi makan kucing itu sampai kenyang; ana hanya bagi seekor sahaja. itupun rasa macam rugi, tetapi sekurang-kurangnya ana masih dapat mengikut sebahagian kecil tuntutan agama. buat kalian mungkin dapat buat lebih baik lagi sekiranya mengalami situasi yg sama seperti yg ana alami sekarang.
sekian semuga ada kebaikan dan pelajaran dari apa yg ana ceritakan tadi.
wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

sally- so..ape kesudahan nyer.. baby2 kucing tu tido je la ek dalam kotak tu???? =)

Anonymous said...

Salam
Memang sepatut nya kita diminta untuk berbuat kebaikan tak terhad sesama manusia, dengan haiwan pun kita kena berbuat baik dan ada yang masuk syurga disebabkan berbuat baik dengan binatang. Malang nya zaman sekarang manusia sesama manusia tak dapat menghargai kebaikan yang kita lakukan dan ramai yang berhasad dengki dan berubah menjadi tamak dan hilang sifat kejujuran.
Semoga ente mendapat keberkatan nya.

pe said...

t.kasih,
semuga ini menjadi ingatan buat ana dan yg lain-lain juga.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification