Tuesday, August 31, 2010

merdeka

assalamualaikum semua ahli keluarga sakijan-saamah.

marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadirat Allah swt diatas limpah kurnianya keatas kita selama ini yg telah memberi peluang meningkat, sedikit demi sedikit dgn perubahan, baik dalam hal ekonomi, pelajaran, sosial dan pekerjaan. sesungguhnya kita hadir ke alam dunia ini mengikut acu dan lorong yg telah ditetapkan. menjadilah kita ini semua dalam Islam dan Iman sebenarnya sudah cukup sangat bertuah dan beruntung. maka inilah yg sangat perlu kita jaga dan ingat dgn sepenuh hati agar ianya terus terpelihara bukan saja buat diri kita sendiri, juga buat turunan kita walau di benua amarika sekalupun. selawat dan salam buat Rasul Junjungan saw; kerana bagindalah yg telah menunjukkan suri tauladan kepada kita sebagai umat muslimin dan muslimat dalam menghayati panutan kita supaya kita menjadi umat yg tulin dalam beragama.
selain itu marilah kita doakan kedua ibu-bapa kita dan orang-orang tua kita yg telah kembali kerahmatullah juga muslimin dan muslimat agar mereka mendapat perlindungan Allah azza wa jalla. Amin.

hari ini cuti. 31 ogos merupakan tarikh keramat kepada mereka yg mengerti dan menghayati erti merdeka. sudah tidak ramai yg hidup pada jaman jepun dan penjajah british. cerita duka dan sukar bagi bangsa melayu ditanah air sendiri pada era berkenaan kini semakin dilupa oleh generasi muda. bayangan dan imaginasi kepada kesukaran berkenaan juga payah utk dibuat-buat. kerana itulah 31 ogos tiada punya makna sama sekali. ianya tidak lebih dari hari cuti ujung minggu.

hari merdeka kali ini ada dua perkara yg ana perolehi. pertama kurangnya kibaran bendera oleh warga malaysia. dalam baris rumah yg ana duduki pagi ini hanya satu rumah yg mengibar bendera malaysia. dalam perjalanan ke kuala selangor tengahari tadi, kedai-kedai di pekan kapar yg kira-kira berpuluh juga, hanya beberapa kedai mengibarkan bendera. bagi pekan kecil seperti di sg. sembilang hanya 1 atau 2 kedai mengibarkan. beberapa tahun lalu suasana meriah masih terasa di kawasan perumahan dan kedai-kedai. malah ramai yg meletakkannya di kenderaan masing-masing. walaupun ada yg beri secara percuma, banyak tempat menjualnya. beberapa hari lalu ana teringat utk membelinya, tetapi tidak begitu ketara seperti di emporium atau kedai buku. mungkin kurang permintaan maka mereka juga tidak memesan banyak.

petang ini dalam satu ucapan pemimpin tempatan beliau telah bertanya; pada tahun-tahun akan datang masih bolehkah kita meneriakkan laungan merdeka! ini merujuk betapa melayu kini semakin layu didalam arena politik negara. kekuatan dan keteguhan bangsa yg kununnya pernah dikata oleh hang tuah tak kan hilang didunia kini mulai goyah dan perlu penelitian.

soalnya sejauh mana kita menanggapi perkara tersebut. sejauh mana patriorisma kita kini. adakah cukup dgn mengetahui sepintaslalu sebagai perkara am; ataukah kita perlu bertindak balas. adakah pikir kita hanya cukup dgn asal ada kerja makan pakai maka peduli kepada orang lain. soalnya adakah orang lain berpendirian seperti kita juga? bodo-bodo-ah. orang lain mungkin berfikir bagaimana merampas tanah kita. bukan dgn paksa tapi dgn harga mahal. lalu kita menjualnya. setelah wang jualan habis, kita pindah kehutan jadi org hutan; kalaupun kita tak jadi kera dan lotong. maka semasa duduk-duduk didahan pokok dipinggir kuala lumpur setelah balik dari kerja, kita pun berkata kepada cucu kita, nun... disana dulu rumah kita. kini telah jadi gedung milik pendatang asing.........

oh.. tanah air ku....
merdeka....
merdeka.......
merdeka...........



klg.
31 ogog 2010.

7 comments:

Menara Gading said...

Assalamualaikum
MERDEKA. MERDEKA. MERDEKA.
Tahun ini merdeka disambut cukup sederhana,kebetulan pula ia bersamaan bulan Ramadhan Al Mubarak.Namun semangat nya kelihatan semakin pudar. Di kelantan ini juga begitu, ana mengibarkan juga jalur gemilang di hadapan rumah. Itu pun setelah puas ana suruh afiq memasang nya. Di taman perumahan ana tinggal ini rumah-rumah dikibarkan bendera kerana semua dapat free. Di Bandar Machang sendiri banyak kedai-kedai juga tidak menggibarkan bendera. Keenderaan juga lebih banyak tidak berbendera dari yang memasang bendera. Ana pun tak pasang bendera di kereta.
Tetapi sejak usia meningkat ini ada suatu perasaan pada diri ana ini mengenai erti perlu nya memasang bendera menyambut hari kemerdekaan. Ana teringat semasa di kampung dahulu arwah bapak memasang bendera di depan rumah dengan galah yang tinggi mungkin itu pun setelah menyuruh Emi berkali-kali memasang nya.. Ana rasa apabila kita meningkat usia tua baru terasa perlu nya kita berbuat demikian setelah perjalanan hidup kita dihabiskan dengan perkara meteri dan kepentingan pribadi. Baru kita rasa erti sebuah kemerdekaan setelah banyak perkara yang kita lakukan tidak membawa apa-apa makna terhadap erti kemerdekaan. Kita sudah merasa sayu dan hiba mengenang nasib anak bangsa kita bagaimana mereka menghayati erti kemerdekaan negara kita pada masa hadapan. Cuti hari merdeka adalah cuti umum untuk mereka berehat dan bangun tidur lewat. Kita juga tidak mendidik mereka menghayati kemerdekaan ini. Mereka adalah generasi yang lahir selepas merdeka. Tapi apa yang pasti kita sebenar nya tidak merdeka, pemikiran kita, sosial, emosi kita cara hidup kita masih dijajah. Penjajahan itu datang dalam berbagai bentuk dan rupa samaada yang kelihatan mahupun yang tidak kelihatan,reality ataupun maya yang disedari dan tanpa disedari. Yang merdeka adalah apabila kita berjaya memerdekakan diri kita sendiri, memahami asal kejadian kita, peranan kita yang sebenar mengikut syariat agama anutan kita dan hidup mengikut lunas Islam yang dibawa oleh Nabi Besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

MERDEKA.MERDEKA. MERDEKA.
Bulan puasa ini teringat Air Jagung Pak Haji Sail Pekan Pasir Panjang..masih hidup ke lagi dia..
Wasalam.
Machang Kelantan.

Suria said...

Salam merdeka
Buat semua ahli keluarga...
Sebelum tu, selawat ke atas nabi junjungan, ahli keluarga dan para sahabat baginda..
Maaflah sudah lama menyepi dari menyumbang sesuatu dalam blog ini, bukan telah berputus asa atau leka dengan dunia material tetapi jiwa dan emosi yang tidak lapang menyebabkan minda tidak ikhlas mencurah rasa.
Apabila bercakap soal patriotik, saya berminat untuk mencelah. Ya, dewasa warsa ini jiwa kita kita semakin miskin dengan jati diri, semakin tandus pengertian perjuangan bangsa untuk mempertahankan nilai-nilai jati diri dan semakin hanyut kefahaman akan erti sebuah kemerdekaan. Saya faham dan amat faham maksud KTS dan MG tentang erti merdeka pada pandangan mereka.
Kalau disebut bangsa apakah kita ? Apa jawapannya? Apakah buktinya? Bagaimanakah pula kita menunjukkannya? atau berbanggakah kita? Sedang untuk mengaku apa bangsa kita sendiri sukar apatah lagi mempertahannya daripada dibeli oleh bangsa lain? Betullah Melayu...sama ada layu kerana enggan berkembang atau kerjanya asyik "lari" lari dari kenyataan, lari dari tradisi, lari dari jati diri. Ingin jadi siapa pun kita tak tahu...Sampai mana pun kita tak pasti... di mana silapnya? Hang Tuahkah kerana tanpa kajian menyatakan takkan melayu hilang di dunia? atau kita yang tak faham akan maksudnya..atau arus kemodenan tidak mementingkan soal siapa kita yang penting kita boleh terus hidup dan beradaptasi dengan arus kemodenan walau pun terpaksa mengorbankan banyakl nilai yang dibawa oleh nenek moyang kiata...ah, rencam..tetapi sebenarnya, kitalah yang harus munasabah diri kita...setakat mana perjuangan kita dan sumbangan kita? Pandai bercakap dan mengharapkan orang lain memahaminya? Setakat itu sahaja????

pe said...

as-salam,
agaknya benar hipotisis mg bahawa kedewasaan adalah cerminan hidup. semakin dewasa kita maka semakin tajam rasa dan penelitian kita. kerana itu tidak sukar utk diduga hanya mereka memberi komen. org muda, masih tercari-cari erti sebenar merdeka. cuti semalam, tiada yg kisah serta bangun lewat. tanyalah apa thema hari merdeka tahun ini. pasti ramai yg bereeee....
apa yg lebih ana inginkan kepada keluarga ini adalah semangat, kesedaran dan tindakbalas positif terhadap negara dan bangsa. caranya terpulang mengikut genre mereka. dalam keluarga ini ana punya reputasi negetif. suria sering mengecop begitu, jangan diikut. tetapi bukankah ini menyebabkan hidup menjadi lebih hidup dan jadi meriah! sebagaimana kata mg, ana juga ada kelemahan dan kegagalan dalam mendidik warga keluarga ini. oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu menunjuki jalan benar dan lurus melalui pengalaman kita kepada mereka.
tetapi... adakah mereka masih membaca hasrat kita ini???? ana merindui komen ebal.

Ini Iqbal Nasir said...

Assalamualaikum...
Selawat & salam kepada Junjungan besar kita & keluarga serta sahabatnya.
ebal dah dapat agak yg abah nak baca komen ebal sebelum baca ruangan komen ni lagi, x tau mcm mne, firasat je kot...
Sebenarnya, ebal nak berehat daripada terlalu aktif di atas talian sempena bulan Ramadhan ni, tu la pasal ebal x update blog sgt tu...
x pe la, bagi la satu komen...
Sekarang ebal dah ubah pendekatan, ebal pilih jalan senyap je, ebal lebih suka perhati saja dan memikirkan pendekatan terbaik utk menyampaikan mesej ebal. mmg diakui yg kebnykan org muda skrg ni baginya kemerdekaan tu x lebih dari cuti umum je. tapi apa bole buat, bila merdeka, ada sahaja program hiburan yg x patriotik, bkn x de program patriotik, tapi mereka ada pilihan lain, jadi nak buat cmne? secara jujurnya, ebal x jmpa lagi penyelesaiannya, tapi apa yg bole kita buat kita approach la org2 muda ni tapi bkn dgn cara kita, tapi dgn cara mereka. Kita x bole paksa org nak dgr genre kita, tapi kita bole tanam idea dalam genre mereka. Mcm cerita Inception...org ni rmbut sama hitam, hati lain2. Lain org, lain approachnya. Masalahnya sekarang ialah kaedah tu, x bole sama je, kena dinamik...itu je la kot setakat ni, sbb setakat ni org2 muda dah muak dgn acuan yg sama dari dulu, kini dan selamanya...so, kena la cari acuan baru...

paman Emi la said...

assalam..
kata - kata tanpa suara adalah lebih baik daripada menyepi tanpa bicara. kerana.. tiap titipan kata - kata yang di taip memberikan 1001 makna kepada si pembaca, namun... disebalik itu hanya dosa dan pahala sahaja yng memisahkan diatara yang baik dan buruk, serata.. bagaimana penerimaan mereka yang menilainya... (pagi penghulu segala hari 03.09.2010 "23 Ramadhan 1431.

Ini Iqbal Nasir said...

apalah guna berkata2 kepada si pekak? lebih baik melakukan sesuatu padanya...

kts said...

buat operation biar dapat mendengar. lagi berfaedah.. pahala puun dapat

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification