Friday, April 30, 2010

kongsi rasa

Assalamulaikum...
Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bukannya ketandusan buah fikiran tetapi memberi peluang kepada pelapis junior untuk melakar idea mereka. Baguslah, nampaknya ada perkembangan dan sangat menggalakkan. Cuma rindu juga pada komen si khalifah/imam muda kita..Nampaknya beliau lebih banyak menjadi pemerhati daripada menulis. Mungkin beliau lebih selesa mencetus rasa dalam blog persediriannya..hai ebal, jangan mare..bibik gurau aje...Akhir-akhir ini atau selalunya memang saya tewas terhadap tuntutan kerja maka kekangan masa menjadi alasan. Kali ini apa yang ingin saya tulis ya..sekadar berkongsi pengalaman.

Dalam keluarga kita ini ,ada beberapa ahli yang bekerjaya sama seperti saya. Yelah MG dulupun seorang guru sebelum menjadi penyarah. Tentunya banyak pengalaman yang hampir sama. Kerjaya ini kelihatan tidak popular dan kurang diminati. Saya ingin bercerita tentang seorang murid di kelas yang saya ajar. Dia anak kacukan Melayu + Perancis, tetapi bapanya telah meninggal dunia. Ibunya orang Melayu dan mengusahakan cafe. Memandangkan keadaan tersebut, ibunya sering sibuk dan kurang meluangkan masa bersama anak-anaknya. Anak murid saya ini mempunyai masalah disiplin. Saya kira latar belakang dan kesibukan ibunya mempengaruhi peribadinya. Dalam kelas dia sering duduk di belakang dan membuat satu kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 @5 orang yang mempunyai sikap lebih kurang sama dengan dirinya. Malas, tidak mahu belajar, tidak bawa buku dan yang paling mengganggu emosi guru-guru yang masuk kelas ini ialah dia suka berbuat bising dengan mengejek-ejek guru iaitu mencabar guru setakat mana guru mampu menangani kerenah mereka ini.Apabila ditegur dia dan rakan-rakanya akan membalas dengan kata-kata yang pastinya menyakitkan hati guru. Hari SELASA dan RABU adalah hari yang paling sengasara bagi saya kerana hari-hari ini saya akan masuk kelas mereka ini lebih lama iaitu 2 masa. Bayangkan saya terpaksa berhadapan dengan mereka secara profesional. Apa tindakan saya? Mula-mula dulu saya memang sering menegur dan memujuk mereka agar belajar, buat tugasan yang disuruh tetapi lama-kelamaan, saya bosan. Saya naik jemu dengan kerenah mereka. Saya pernah marah dan menghalau mereka keluar dari kelas. Tetapi tiada perubahan. Di luar kelas kalau terserempak dengan mereka, mereka tanpa adab dan sungguh kurang ajar mengejek saya dan mana-mana guru yang pernah menegur dan memarahi mereka. Mereka pernah kena rotan kerana poteng, diberi amaran oleh badan disiplin tetapi telinga mereka kebal..tiada kesan. Saya pernah mencari nombor telefon ibunya untuk memberitahu perilakunya kepada siibu tetapi tidak berjaya kerana nombor yang tertulis dalam rekod kedatangannya palsu! Apa yang harus saya lakukan kini? Saya amat berharap lembaga disiplin mengadakan perbicaraan secara tertutup bersama pentadbir, guru-guru yang mengajar mereka dan ibu bapa mereka dipanggil untuk dibentangkan laporan disiplin mereka.
Pun begitu, sebagai guru sejati, saya tidak pernah bedendam dengan mereka cuma saya sedih, kes-kes sebegini kebelakangan ini meningkat. Di mana puncanya? Salah siapa? Mereka memusnahkan masa depan mereka tanpa mereka sedari. Kalau ditanya mereka tidak takut tuhan? Mereka hanya mencebik..sembahyang jauh sekali...Diharap dalam kalangan ahli keluarga kita tiada yang begitu tingkahnya. Itulah anatara secebis pengalaman...

Kisah lain pula...bulan Mac tempoh hari saya sibuk melatih pasukan bola jaring sekolah. Ketika pertandingan diadakan..anak-anak didik ini menunjukkan semangat juang yang sungguh mengharukan. Walaupun kebanyakan fizikal mereka lebih kecil daripada kebnyakan pihak lawan tetapi 'perfomance' mereka sungguh membanggakan. Tiba perlawan di suku akhir,(daripada 8 perlawanan 6 menang) kami bertemu dengan satu pasaukan yang pemainnya bukan sahaja tinggi tetapi hebat, tangkas dan gerakan mereka sungguih cantik. Saya sudah merasai bahang kekalahan...dalam hati kecil berkata.. habis anak-anak aku kena belasah ni...mana tidaknya pasukan-pasukan lain yang bertemu mereka belum ada yang menang, ada yang kena belasah sampai 14-0!Debaran dalam hati semakin kencang ketika permainan dimulakan...Wah...memang saya sungguh terharu dengan pasukan saya..walaupun kalah tetapi penuh maruah kerana menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi. Dengan bertudung lengkap, track bottom tidak seperti pihak lawan yang hanya berskirt pendek dan tudung sudah tentu melayang...kami tewas dengan 5-7. Not bad isn'it? Dan perasaan yang sungguh luar biasa saya rasai ialah ketika mereka tewas, semua memeluk saya dengan mengatakan, cikgu, maafkan kami kerana tidak berjaya...saya balas..kamu semua adalah anak-anak didik saya yang hebat, cikgu bangga dengan persembahan kamu..kalah dan menang adalah adat pertandingan, mungkin bukan rezeki kita...kata-kata saya itu menyebabkan ada di antara mereka menitiskan air mata. What's so special about that? entahlah..di situ lahir satu perasaan yang sungguh indah untuk dikenang. Hubungan saya dengan murid-murid ini juga sungguh akrab.

Itulah antara kisah suka duka seorang guru, Ijam, Niah, Huda atau mungkin Balqis...teruskan perjuangan..dan sempena Mei ini..Selamat Hari Guru..buat kalian dan diri sendiri....

3 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Ade je ebal bagi komen kat sini...cube check...hahaha...

kts said...

salam semua,
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.
ana pernah bercita2 utk jadi pendidik.
sekarangpun masih ada yg angap ana cekgu, mungkin penampilan dan roman muka,
waktu itu guru sangat dihormati org kg. murid pun sama. cekgu jeling pun dah x tentu perasaan.
tetapi sekarang punya cerita dan keadaan, ana rasa; jadi guru adalah last choice...
tetapi inilah namanya cabaran.
apa kerja pun ada cabarannya.
perkara yg asyi' seperti bercinta pun ada cabarannya, inikan lagi bekerja.
setiap kesukaran pasti ada kebaikannya
kebaikan berupa pembalasan dan kesenangan.
di dunia juga diakhirat..
syukur dan sabar jangan dilupakan.

Anonymous said...

salam,
balqis pun ada pengalaman mngajar pelajar sebegitu iaitu di smk desa petaling. selama setahun mengajar pelbagai idea juga dipikirkan utk mendekati pelajar2 begini dan ingin tahu masalah peribadi mereka. hasil pemerhatian dan sembg2 kosong dengan mereka mungkin boleh disimpulkan pelajar2 begini jadi begitu mungkin disebabkan terlampau kurangnya perhatian atau terlebih sgt ksih sayang.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification