Friday, February 26, 2010

Khalifah

Pada jaman ana bersekolah rendah, jalan tidak seperti sekarang. hanya satu jalan utama kesekolah. dijalan itulah kami ramai-ramai setiap pagi dan tengahari berjalan pergi dan balik. beratur atau berlumba-lumba. yang mampu berbasikal dikira anak orang berada. kepada kami yang berjalan pastinya mereka lebeh eksyen. terutama yang berbasikal baru. selalunya kami yang menuju kepekan akan melalui jembatan depan rumah DID (drainage & irrigation dept.) bersebelahan mejid. dihadapan rumah itu ada sepohon pokok pelam yang besar. pada musim berbuah kami akan berhenti mencari buah gugur atau membaling kayu kearah buah masak dipokok. buahnya masam manis dan kurang digemari, kerana itu banyak yang gugur dan tidak dipedulikan. bagaimanapun sesekali ana terliur rasa masam buah itu. kini pokok itu telah ditebang!

dijalanan itu juga terdapat beberapa rumah besar. pada waktu itu rumah gedi menggambarkan kemewahan pemiliknya dan merupakan seorang yg terpandang. salah satunya adalah rumah yg terletak dibelakang mejid lama. mesjid yg ada sekarang ditepi jalan, mesjid baru. mesjid lama itu kini telah dibina sekolah agama. walaupun rumah itu bukan yg terbesar dikalangan rumah gedi dijalan itu, ada sesuatu yg istimewa mengenainya. Tuan punya rumah itu. ketua kampung. dalam jiwa muda ana, ketua kampung merupakan seorang yg sangat hebat. beliau berkuasa, berpengaruh dan sangat dihormati. tok sidang alias wak lurah hj. said adalah rujukan penduduk kampung. hal pentadbiran kerajaan dan masalah sosial dikampung dikemukakan dan diselesai. setelah ana sedikit dewasa, ana dimaklomkan tok sidang tersebut dilantik oleh DYMM sultan selangor. bukan macam sidang hari ini. sebab itu orang hormat, seperti hormat sultan. umumnya wak lurah juga cukup menjaga peribadi dan berpengetahuan.

Pt. baru kampung asal ana, pada waktu sama adalah sebuah kampung yg maju. dikampung itu ada banyak madrasah. sebenarnya surau. setiap madrasah ada seorang kiyai menjadi pemimpin. setengahnya ada membuka pondok pesantren. kesinambungan dari tanah usul mereka. salah seorangnya adalah kiyai Dolah [Abdullah?]. orangnya sangat lemah lembut dan berhemah. wajahnya jernih dan bersih mengambarkan kealimannya. pernah beliau datang kerumah kami di p.panjang. menurut khabar, arwah bapak adalah muridnya yg disayangi. ternyata arwah bapak merupakan calun kiyai yg tak kesampaian. kerana itulah beliau berharap agar ada diantara warisnya yg dapat merealisasikan cita-cita itu. tapi sayang, kepada yg diharapkan itu telah culas dan lebih gemar berniaga seperti beliau juga.

tok sidang dan kiyai pada masa itu adalah 'centre of the cosmos'. mereka adalah rujukan dalam kampung berkaitan pentadbiran, agama dan masyarakat. seorang pemuda yg akan bernikah akan bertemu kiyai bagi memohon restu, nasihat dan panduan. selain bertanya kesesuaian bakal suri rumah mungkin juga petua malam pertama. sidang dan kiyai memang punya pengetahuan sosial dan petua. kerana itu mereka dihormati. begitu juga kalau ada sesuatu berlaku dalam masyarakat, umpamanya gaduh suami-istri. kiyai akan datang dan bertanya. bayangkan kiyai yg dihormati datang kerumah; lantas mereka berdamai sangking hormat dan malu. kerana itu kampung dulu tenang dan harmoni. silaturahim dan hubungan kariah mesra. acara keagamaan spt sambutan eid-ul-fitri dan maulud [maulidur rasul] disambut meriah.tiada yg tersisih dan membawa diri. buat ana, kenangan menyambut raya jaman kanak-kanak terlalu nostalgic dan amat merinduinya.

begitulah pentingnya ketua dalam sesuatu kelompok masyarakat homosepian. pertamanya mengawal kelompok agar harmoni. keduanya melestarikan etika budaya dan mengamalkan totokromo kemasyarakatan. masyarakat jowo/ melayu punya budaya halus dan adap yg sangat tinggi. ketua masyarakatlah yg mengawalnya dan mempastikan ahli kariah mengamalkan.

ketahuilah bahawa keluarga juga satu kelompok masyarakat. bapalah yg menjadi ketuanya. sama ada ia membawa watak lurah, kiyai atau apa pun waima koboi sekalipun, kita anak sebagai ahli keluarga tetap menghormati dan mengikut perentahnya, nasihatnya serta kehendaknya. setengah orang menjadikan idolanya, sebaris dgn pemimpin yg kita kagumi atau artis pujaan kita. setelah bapa meninggal dunia, setiap anak membentuk kelompok masing-masing. sendiri. hubungan sekadar ingatan kerana kita pernah tinggal sebumbung, berkelahi berebut radio sebuah atau kerana kakak kesayangan yg selalu mengosok baju sekolah kita.

realitinya kita telah menolak totokeromo dan etika budaya kita yg cantik dan murni ke bawah gerobok. kita lebih terpesona dan terpedaya dgn budaya koboi dan yengkee yg gasar dan kosong nilai. ini budaya orang buangan yang telah dihumban ke benua kosong! akibatnya kita telah mengkasari orang tua kita tanpa sadar. tanpa sadar bahawa suatu waktu kita akan tua dan resah melihat perlakuan songsang waris kita dari akar susila dan tuntutan agama. inilah suara hati ana kini, setelah melalui tahapan usia dan beberapa peristiwa yg sangat ana kesali.

setelah bapak meninggalkan kita, siapakah ketua keluarga sakijan-saamah. siapakah KHALIFAH keluarga ini! tiada. kita masih berpecah dan sendiri-sendiri. apabila kakek meninggal, apakah yg kita kenali tentang keluarga SANTAJI? nol. kerana kita lebih hampir dgn kakek hj. mustapa, sebelah mak. setelah beliau kembali kerahmatullah, apakah perasaan kita terhadap wak ni, wak kaji, paman on, paman nget, bibik yah yg dulu menjadikan rumah kita pengkalan kalau minggat dan lain-lain bibik? kosong dan sepi. apakah ini mustahil berlaku dalam kelompok keluarga kita. sekarang pun kalau kita bertemu adalah atas inisiatif individu. selalunya nuri yg mengajak adek beradek beraya di PP atau dicini. umah gedi seng muat kabeh wong. kita pun hadir atas ingatan pernah hidup sebumbung susah senang. anak-anak mengikut kerana mak/bapak mengarahkan. itupun bagi yg belum berkeluarga, belum terserap dalam keluarga istri/suami mereka. kalau kita telah tiada, mahukah mereka berkumpul. sebenarnya kita tetap kecil dan mengecil. akhirnya cucu kita lupa bahawa oyangnya bernama sakijan. cucu ana mungkin gelak sokmo bila menyebutnya sangking heran kerana lidah keras makan budu.

ana fikir patutlah kita ada khalifah keluarga. bertujuan melestarikan/ sustain famili ini. ana masih ingat bagaimana kang sar dan kang madin setelah selesai kenduri kawin telah ziarah arwah bapak sebagai pamannya mengenalkan istri beliau. walaupun istrinya keluarga bapak juga. jelan lepas sanding tak pernah ana jumpa lagi. istrinya ana tak kenal. kalau jumpa diluar pasti ana tak tegur. betapa sayang budaya halus dan indah itu kita pupuskan. kita lupakan kerana berasa terbeban dan sukar utk mengamalkan. Patutlah kita lantik khalifah keluarga, dari kalangan anak dan menantu. kita mashorkan dan kita berbaiah. menjadikan beliau sebagai rujukan dan meminta ijin dan restu kala ingin melakukan kerja besar.seperti walimah atau naik haji. kita minta didoakan selamet dan berjaya. beliau juga wajar menasihati anak buah yang didengar bermasalah, yg mungkin diketahui melalui penyampaian atau intuitif/ ilham. alangkah aman dan tenang keluarga ini jika ini terealisasi! ana sudah punya calon, tetapi biarlah kita bermesyuarat bagi menentukan calon mana yg layak.

ana merancang walimah tahun ini insyallah. walaupun semua keluarga telah tahu, ana akan memohon restu dan doa beliau, seperti ana mendapatkan restu ibu/bapa. ana telah terserap budaya koboi sekian lama dan berbangga dgn sikap buldose. betapa hangit dan buroknya amalan ana selama ini. mujur kak ti memberi isyarat dan memulangkan semula ana pada landasan sebenar. ana akan bertemu beliau dgn takzim memohon restu utk melaksanakan majlis ana. seperti orang dulu-dulu bersimpoh dihadapan kiyai memohon restu agar majlis walimahnya mendapat berkat. betapa luhur budaya yg telah kita lupakan. marilah sama-sama kita mengembalikan. kekuatan keluarga sebenarnya sangat ampuh kepada seseorang. dalam kita merancang perkara besar terutama ekonomi, sebagaimana yg masih disembunyikan oleh suria dalam ruang edit; kesepakatan sangat diperlukan. lihatlah contoh kaum kampar dalam perniagaan dan sikap kedaerahan kelantan. marilah kita pelajari sosial masyarakat tersebut. Islam yg kuat dan agung telah dipimpin oleh seorang Khalifah yg terpilih.

semuga maulidur-rasul tahun 1431 H pada jumaat yg berkat ini akan memberi nur kepada keluarga ini dalam menghadapi cabaran dan menguatkan silaturrahim.
wassalam.



klg.
jumaat/maulidur-rasul.

16 comments:

menara gading said...

Assalamualaikum kepada semua ahli keluarga sakijan.
Selamat Menyambut Maulidur-rasul. Perkara yang ditulis oleh KTS diatas memang perlu disokong sepenuh nya.Memang itu pun yang saya hasratkan sejak sekian lama ada didalam komen saya sebelum ini secara tidak langsung tetapi ia tidak difahami dan di terjemahkan oleh mana-mana ahli. Selalu saya terbayang bagaimana kita boleh bersama semula sebagai satu keluarga besar kerana hakikat nya sekarang kita sebenar nya semakin mengecil dan terpisah. Sebab itu lah saya sering cuba mengajak ahli keluarga adik beradik bertemu menyambut sesuatu perayaan besar secara berkumpul dimana-mana rumah gedi yang available. Dan yang paling afdal diutamakan ialah ahli keluarga yang lebih tua iaitu Kang Misbah dan Hjh Siti Khabsah di Cini.Alhamdulillah cuti Tahun Baru Cina yang lalu saya sempat juga berziarah ke Pasir Panjang dan bermalam satu malam di sana dan berkesempatan berjumpa dengan isteri jelan. Kalau nak harap ahli keluarga ke Kelantan ada banyak rintangan dan halangan nya. Insyaallah kalau ada rezeki kita boleh berkumpul semula selepas ini.
Saya masih ingat mula-mula berkahwin dahulu dengan Faridah Bt Basri di Jenjarum, dekat seminggu kami berziarah kaum keluarga nya di kampung tersebut. Hampir seluruh jalan dikampung itu didiami oleh ahli keluarga beliau samaada paman atau wak dan bibik-bibik nya, maklumlah keluarga beliau juga dahulu antara orang yang terawal membuka kampung tersebut dan wak nya adalah Tok Imam dan juru nikah di kampung itu yang menikah kan kitaorang manakala bapak sedara nya adalah ketua kampung. Seminggu saya berkeliling kampung diperkenalkan dengan sedara mara nya. bila Hari Raya Aidil fitri seharian kami masih berkeliling kampung utuk berziarah...tetapi sekarang keadaan juga mula berubah apabila yang tua-tua seperti waka,,paman,,kakang bibik seorang demi seorang telah mula meninggalkan dunia ini dan akhir nya tak sampai setengah hari ziarah kami dah boleh habis bila hari raya.
Masa akan terus berjalan keadaan yang berubah akan terus berubah jika kita merelakan untuk ia berubah dan kita diam tidak berbuat apa-apa.Akhir nya kita merelakan suatu budaya baru mengambil alih budaya yang dahulu kita ikuti.
memang wajar lah kita nobatkan saorang pengganti kepada Arwah Hj Sakijan dan Hjh Saamah (Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada roh mereka berdua Amin)sebagai Khalifah Keluarga. Ini sangat perlu untuk kelangsungan budaya, adab sopan, totokromo persatuan keluarga ini. Sebagai tempat merujuk,meminta restu, dan sekaligus mengangkat martabat keluarga ini dan memandu arah supaya berada diatas landasan yang betul.
Ia perlu dibuat dalam suatu upacara yang rasmi dan dihadiri oleh semua ahli keluarga, fungsi nya perlu dijelaskan dan difahami oleh semua. dan setiap ahli perlu berbaiah sperti yang disebut oleh KTS.
Jika ini dapat dirialisasikan saya yakin Insyaallah persatuan ini akan memperolehi banyak menafaat bukan sahaja membina minda tetapi membina modal insan yang semakin lama asset nya semakin kurang dikalangan kita.
Semakin lama saya berada di perantauan ini semakin terasa jauh nya saya dari ahli keluarga semua.Pohon doa kalian doakan jika baik bagi diri saya untuk kembali semula ke negeri sendiri mohonlah dipermudahkan urusan nya. Semakin lama kita disesuatu tempat semakin kita mengenali erti kawan dan lawan, sahabat dan subahat, kekufuran dan kerahmatan...Subhanallah
Sempena Maulidur Rasul ini marilah kita melantik sesaorang dikalangan kita untuk menjadi pemimpin dikalangan kita, dan marilah kita mengasihi Rasulullah Nabi besar junjungan kita kekasih Allah dan sentiasa bersolawat keatas nya sesungguhnya aku sudah mulai belajar untuk merindui nya dan merindu Raudah ..taman syurga nya.....dan jangan lah paling kan hati ku dari mengingati nya...semoga kalian juga akan mendapat hidayah dan dibuka kan pintu rezeki diberi kelapangan dan keinginan untuk menziarahi nya suatu hari nanti Insyaallah.

Machang
kelantan.

suria said...

Salam..
Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W..kekasih Allah, junjungan besar kita..
Terima kasih Menara Gading kerana semenjak beliau balik dari mengerjakan umrah,banyak cerita, nasihat dan tunjuk ajar yang menjadikan saya lebih menginsafi kekerdilan diri ini. Hati dan naluri juga semakin kuat menyimpan hasrat untuk mengunjungi tanah kelahiran junjungan besar itu, teringin sujud dan bertafakur di tanah suci tapi....entahlah usahanya setakat ini hanya berdoa. Rindu ingin menikmati ketenangan dan kelazatan sujud kepada-Nya..

Syabas kepada KTS kerana mengutarakan satu gagasan yang murni tujuan dan fungsinya..mungkin inilah permulaan empayar keluarga ini...

Kepada Menara Gading..semoga niat untuk pulang ke negeri kelahiran akan mudah urusannya, kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik..

kts said...

t.k kerana beri response baik dan menyokong.
Nabi Junjungan menasihati sahabat yg safar supaya melantik pemimpin dalam perjalanan. beliaulah yg mengarah berhenti bila masuk waktu, makan dan berehat. jika ada halangan beliau akan ditanya dan membuat keputusan balik atau terus.
kesimpulannya ketua yg dicadang selaras tuntutan agama anutan kita. kerana itu calun kiyai kita itu telah memberi isyarat, dulu lagi. cuma kupasan beliau tidak tuntas. bagaimanapun ianya masih tergantung. mungkin ada yg berpendapat sebaliknya. tetapi perkara baik eloklah kita menyokong, termasuk generasi anak-anak.
wassalam.

Ini Iqbal Nasir said...

Ebal setuju...

pe said...

t. kasih ebal yg mewakili generasi beliau..
ade ke cadangan calun?

paman nok said...

Di jalan sekolah itu lah kita melihat saorang tua yang begitu gigih menjaja es krim semenjak aku sekolah rendah didarjah satu sehingga aku tamat bergelar graduan. Saorang tua yang punyai semangat dan jiwa kental sehingga keakhir kudrat nya dia lah Arwah Kakek kita Hj Sakijan.Dijalan sekolah itu juga lah emi berlari balik rumah setelah aku menghantar nya ke sekolah darjah satu..di satu pagi dan setiba nya aku di rumah dia pun sampai ke rumah dengan berlari mengejar ku dibelakang basikal...sempat jugak aku belassah dia sesampai di rumah...tapi alhamdulillah dia jadi orang yang berguna juga akhir nya......dan dah punya bmw dan bsf....
sesungguh nya jalan sekolah itu punya berbagai nostalgia dan di situ jugalah aku belajar bercinta...tapi tak kesampaian ..

pe said...

kah...kah..kah...
nostalgia.. nostalgia.
aku lagi terok.
tak nak cite je...

Anonymous said...

hahahah
aku tau kesah engkau....
pasal aku yang duduk belakang basikal tua tu..
masa engkau kayuh....

menara gading said...

Betul kata KTS
Mereka yang sedang safar perlu melantik ketua. Dalam konteks ini kita semua sebenar nya sedang safar di muka bumi ini dan wajar sekali melantik saorang ketua yang dimaksudkan. Safar atau perjalanan kita ni dianggotai oleh satu kabilah, iaitu ahli keluagsa Sakijan Saamah yang terdiri dari ahli persatuan ini yang agak ramai juga. Boleh semak dalam Family tree kalau dah siap.(Bagaimna perkembangan nya projek ini?)
Dalam family ini saya sebenar nya yang dah Safar agak lama, menjadi ketua rombongan keluarga saya merantau dari satu tempat ke satu tempat dan benar kata KTS bila kita sudah lama bersafar maka kita sepatut nya tahu bila kita akan berhenti. Oleh kerana saya pun tak tahu bila akan berhenti maka Allah berikan saya petunjuk - petunjuk untuk saya merenung kembali perjalanan ini samaada perlu diteruskan atau balik ke tempat asal. Petunjuk itu datang dalam berbagai bentuk, ada petunjuk yang memudahkan kita, ada yang datang dalam bentuk yang menyakitkan, mengecewakan tetapi apa yang pasti Allah berikan kita ujian dan petunjuk itu untuk kita menilai semula peranan kita kepada nya sebagai hambanya dan yang lebih penting ia memberikan kita peluang untuk lebih mendekatkan kita kepada nya, mengenalinya dan membuka ruang kecintaan kita kepada nya.Insyaalah kalau ada sesiapa ahli yang bertanya mengenai pengalaman ini boleh dikongsi bersama sebagai panduan untuk mereka yang ingin bersafar atau yang dah bersafar,.

2.Tidak banyak response dari ahli-ahli mengenai cadangan ini tetapi saya berpendapat suatu inisiatif perlu dibuat oleh ahli-ahli yang merasakan ia adalah suatu tanggungjawab untuk masa hadapan. Kita anggap bahawa mereka tak punya masa dan ruang yang cukup untuk memberikan sumbangan idea atau pendapat lantaran tuntutan kerjaya masing-masing. tetapi rasa nya cukup kalau hanya barisan kabinet tertinggi dan ahli-ahli MT(Majlis Tua)sahaja yang bersidang dan membuat dasar mengenai idea ini dan insyaalah mereka akan mengikut keputusan yang diputuskan. Mintalah setiausaha menetapkan suatu waktu dan tempat yang sesuai untuk diadakan persidangan.
Semoga idea ini tidak terhenti di alam maya...dan perlu dirialisasikan..

halimi sakijan said...

iklan sebentar..

sebelum sebarang usul kita putuskan, minta kutipan yuran tahun lepas dilunaskan dulu, baru sebarang projek atau apa jua usul boleh berjalan lancar.

apa kata.. kita susun kalender untuk apa jua acara tahun ini mungkin boleh kita jadikan 15/3/2010 adalah acara pertama.

mungkin ada cadangan untuk menambahkan lagi sumber kewangan tabungan keluarga atau apa jua pelaburan???

pe said...

ANONYMUS,
jangan eko cite kisah aku tu..
saman!

kts said...

bagus gak cadngan emi tu,
klau dapat dtg bunglow cini hari sabtu,
malam tu boleh cite sikit.
throw wild idea,
klau cukup korum,
perlantikan ketua pun boleh buat.

Anonymous said...

kah kah kah..
Whats by gone be by gone...
biarlah dia tinggal kenangan kalau nak cerita pun antara kita berdua je..orang lain pun tak faham pasal jaman depa dengan kita dah berlainan...aku dapat rasakan monotonus nya lah hidup kita kalau masa muda kita dibandingkan macam sekarang...
atau sebalik nya....masa tu kita tak ada internet, hand phone dan semua lah yang ada sekarang......

paman nok said...

Aku mintak maaf banyak-banyak tak dapat hadir ke Bungalow Cini. Minggu ni Insyaallah aku ke cini untuk kondangan awal sebab 14 - 19 ada jemputan ceramah di IKBN Jitra kedah.
Apa nak buat jemputan yang tak dapat di tolak..demi bangsa dan negara heheheheh.

paman nok said...

Assalamualaikum semua
Aku baru balik berziarah ke Cini. Bertolak ke sana petang Khamis lepas. Jam 8 malam lebih sikit baru sampai di Cini. Saolah-olah seperti balik kampung orang tua sendiri walaupun yang ada hanya saorang kakak dan Kakang ipar. Sebelum sampai hanya selang beberapa lorong lagi Kak ti menelefon untuk mengetahui keberadaan kami dimana waktu itu. Terasa mengambil berat nya saorang kakak terhadap adik nya..
Tidak sampai 5 minit selepas dia menelefon kami pun sampai. Kami masuk dan disambut dengan kemeriahan nya walaupun hanya tinggal 3 beranak sahaja dan Kang mis sedang mengemop tikar getah yang baru dibeli untuk dibentangkan di dewan baru yang siap diubah suai.
Terasa lapang dan luas, ada perubahan, semakin kemas dan selesa..
Terasa juga keceriaan diwajah dan kata-kata mereka, maklumlah nak mantu yang pertama kali..
Namun ada sesuatu yang menggusarkan hati ini..banyak perkara dilakukan oleh mereka berdua, maklumlah anak-anak semua dah duduk jauh dan berkerjaya...hujung minggu pun tak berkesempatan untuk balik dan menolong mana yang boleh.....(anak- anak kita pun macam tu jugak kot akan datang......)
Aku teringatkan saudara aku yang sorang lagi pun akan mantu juga dalam bulan 6 ini. Ada dua situasi yang berbeza. Satu nampak bersungguh dan yang satu lagi nampak bersahaja..rileks... atau barangkali ia berada dalam dua suasana yang berbeza budaya dan masyarakat nya serta tempat. Yang satu kedua ibu bapa nya yang nampak bersungguh manakala yang satu lagi mungkin diberikan kuasa kepada anak nya supaya menguruskan sendiri.
Aku terfikir kalau sampai giliran aku bagaimana agak nya....mungkin aku buat lebih rileks dan simpel..yang penting wajib nya sahaja...
Begitu lah zaman dan berubah..Dahulu bila nak kenduri mantu seminggu sebelum sahabat handai dah mula datang bergotong royong, buat bangsal cari kayu api, buat kuih dan sebagai nya.. meriah..tapi sekarang kita semua pakat nak datang makan sahaja dan balik selepas salam cengkok...AHHH rindu nya kalau dapat diulang semula dan dipraktiskan balik budaya itu...masa itu kita akan dapat kenal dan mendengar berbagai cerita dari paman paman, bibik, wak kakang-kakang dan lain-lain....
Pagi ini aku balik semula ke Machang..terasa bersalah nya diri ini kerana tak dapat bersama join minggu depan .. nampak juga kekecewaan dihati mereka kerana kami dah salam cengkok awal..
seperti biasa sebelum kami pulang kakti membawakan semua kuih dan sarapan termasuk nasi lemak yang dibeli pagi tadi..untuk makan dalam perjalanan kata nya....Entah kenapa hati ini tiba-tiba sayu dan sebak ....aku teringatkan ibu ku yang dikasihi.......
jumpa lagi.
wassalam.

kts said...

memang sangat emosi mengenang waktu ada emak. sewaktu ana di sek. men. sains selangor tahun 74, mak akan bekalkan telor masak bila balik semula setelah cuti penggal. arek ngie sangoni duit orek eneng. endok bae. limang biji. setiap malam satu ana makan, lepas prep. seminggu baru habis! bayangkan bagaimana ana kentut pada hari ke-6. habis bubar teman-teman sebilik. itulah cerita kita dulu, kalau dikenang memang boleh senyum sendiri.
ana paham mengapa nuri mengunakan pengenalan 'paman nok' dalam komen diatas. maksudnya supaya ianya dibaca oleh anak sedara dan generasi baru famili. komen-komen umum beliau guna menara gading. kegembiraan kita dahulu adalah melihat saudara mara dapat berkumpul dari kampung melaksanakan sesuatu acara. walimah umpamanya. kemeriahan suasana sebalum dan pada hari berlangsung amat kuat melekat dalam dinding kamar ingatan. lalu dalam jiwa kita tertanam azam bagi mengulangi diwaktu jaman kita kelak. tetapi apa kata nuri jaman telah berubah.
apakah yg menyeronokkan anak-anak kita hari ini? raya,mereka tidak suka berziarah. kenduri, mereka tidak lalu bersusah. pakai catering. mungkin mereka gembira melepak sehingga pagi kat kedai mamak sambil menonton bola. pola budaya dan pemikiran mereka telah berubah.
pada firasat ana, masa akan datang kenduri kawin tidak akan diadakan seperti hati ini. umat hanya melaksanakan yg wajib sahaja. sekarang kita pun tak nak tau samada jiran kita yg duduk laki/perempuan dah kawin ke belum. kalau ada anak, kawin la tu. kita tak tanya lebeh. bila kawin, dimana dsb. oleh itu masa akan datang, sapa kawin akan panggil keluarga dan kawan rapat sahaja, sebagai pemakluman dia dah kawin. mungkin 2 or 3 meja di restoran, cukup. habis, balik; jalani hidup. jiran tak ambil tahu. sekarang pun ada jiran yg masam muka kalau kita tegur keluarganya. akan datang lagilah mereka tak ambil pedulik.
tiadalah lagi cite-cite melankolik seumpama yg diceritakan paman nok yg dapat kita tatap dan dengar.
soalnya adakah ini yg dituntut oleh agama anutan kita. ataukah ini amalan yg dapat melastarikan turunan manusia yg telah bertapak sekian lama dimuka bumi ini? keberadaan bangsa-bangsa besar dan agung sebalum ini? ingatlah bahawa kita bangsa berbudaya hebat, tetapi kehebatan kita itu telah terhakis oleh sikap alpa kita sendiri. kita yg menghancurkan diri kita sebenarnya. kalau kita terus alpa tidak mustahil kita jadi melayu s'pura, maka inilah kami generasi lama famili ini berusaha mengingatkan jatidiri keluarga dan cuba mengembalikan laluan pada lorong trek yg benar.
marilah sama-sama memikirkannya.

wassalam.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification