Saturday, February 13, 2010

jiwa kacau!

sepanjang perjalanan hidup ini, ana telah bertemu ramai orang, telah melalui berbagai peristiwa. ini mengkayakan ana. tetapi kaya ada dua kategori. kaya meteri dan kaya pengalaman. ana kaya kategori kedua. itu pun tidaklah sekaya mana. cukup-cukup je untuk buat bercerita diwarung bawah pokok cerry. jika cukup kaya pengalaman boleh berceramah atas pentas atau di tv dan kalau banyak duit boleh nyembang di coffee house. ana setakat warung je. standard kampungan.

dulu ana ade sorang teman, kami panggil beliau itu raman G. perangainya gila-gila sikit. gila-gila bukan gila betul. banyak yg baik dan betul tindakan dan perlakuannya. org gila-gila mempunyai minda yg sering keluar dari ruanglingkup normal. minda kita sebenarnya berada dalam kerangkeng intlek kita. jika intlek kita tahap international, pemikiran dan tindakan kita tahap dunia. jika intlek tahap kampung, pikir dan tindak agak rendah. berbeda dgn pemikiran gila-gila kadangkala dapat mengatasi individu yg punya 2 atau 3 phD. sebenarnya semakin mendalam pengetahuan seseorang semakin tebal dan tinggi tembok kerangkeng pemikirannya dan semakin sukar utk berganjak. kerana itu ana appreciated raman G. walaupun kadangkala ana lihat jiwanya kacau.

minggu sudah dalam ruang comment, seorang penyumbang yg ana namakan mamat G telah memberi pandangan berani beliau. pada hemat ana beliau bukan dari ahli keluarga ini. kerangkeng semangat keluarga ini amat tebal dan tembok positif sangat tinggi, amat tidak memungkinkan anasir negatif melepasinya. mungkin beliau mengenali seorang dari kita dan melihat perniagaan kalian kurang menggalakkan. sedang usia telah makin meningkat. oleh itu lebih baik beribadat dan pergi mekah naik haji. ana sendiri walau tidak terlibat dalam niaga, tetap memberi galakan kepada waris yg berniaga supaya jangan putus asa dan teruskan usaha. kang mis pahang telah mencuba berbagai jenis perniagaan. jual pasar malam, bawak kereta sapu, buka kedai makan, jual baju bundle; sume tak menjadi. begitu pun masih tetap berniaga. begitu juga yg lain.

walaupun yg dikatakan oleh mamat G betul, tidak bermakna kita kena akur dgn pendapatnya. ini disebabkan perniagaan adalah satu peroses. peroses memerlukan masa dan tahap perubahan. dalam menempuh keadaan itu, memang wajar akan melalui kegagalan dan kejayaan. sangatlah jarang kejayaan diperolehi dalam percubaan pertama. selalunya ada jatuh bangun dan pasang surut. hanya mereka yg bersemangat waja, tidak mengenal jemu dan lelah akan mendapat kejayaan. begitu juga dengan ilmu. ramai sekali peniaga yg telah mengecap kejayaan bukan dari kalangan berpendidikan tinggi. telah ana katakan, orang pandai lebih sukar menerima pandangan luar. ruang intleknya telah penuh dgn disiplin ilmunya semata. maka tidak semestinya banyak ilmu niaga menjadi tiket kejayaan. cuma yg penting kita kena sentiasa belajar, menganalisa dan paham bila sesuatu peluang datang serta cekap menangkapnya.

ana berpendapat mamat G sedar dan tahu perkara ini. cuma jiwanya kacau!

terima kasih kepada adek-adek yg dapat melapangkan masa menziarah. nilai makan malam ini sebenarnya sangat kecil berbanding nilai silaturahim dan pandangan kalian. ada sinar harapan buat gathering kali ke-2 tuk terealisasi. s/u lama yg belum stabil dan sedang memikul beban berat utk di sattlekan, adakah patut di rehatkan di bangku simpanan? kita lihat reaksi pengerusi dan ahli-ahli. sesungguhnya terlalu banyak yg berfaedah telah ana perolehi pada malam gong xi fa chai tahun ini.

wassalam.

padang jawa.

3 comments:

suria said...

Salam..
Kakadang-kadang kita melihat sesuatu dari suatu sudut sahaja. Sebab itulah kadang-kadang kita merasakan setiap sesuatu yang menimpa kita merupakan satu perkara yang susah, sakit, payah. Tetapi sebenarnya ia adalah dugaan mungkin untuk menjadikan kita lebih berani, berpengalaman, mahir, matang, dan yang paling penting mendekatkan diri dan jiwa kita kepada-Nya.
Apa yang pasti sentiasa beringat di mana kedudukan kita sekarang..kalau di atas, apa lagak kita yang sepatutnya, kalau di bawah, perlukah kita terus mengeluh?

menara gading said...

Salam
Terimakasih kepada sedara-sedara ku yang membelanja makan malam aku sekeluarga malam tahun baru cina direstoran tepi jambatan padang jawa tempohari. Memang jarang sekali kita dapat bersama terutama makan diluar apatah lagi disebuah restoran terutama dilembah kelang.Lantaran sekembali nya aku ke kelantan pada hari Isnin lalu masih terbayang kita duduk dimeja restoran bersama sambil berborak mengenai persatuan kita.
Malah entry KST kali ini jiwa kacau secara tak langsung telah menggangu jiwa ku juga. Tahun ini 2010 genap lah penghijrahan aku ke Kelantan negeri yang dikenali sebagai Negeri Cek Siti Wan Kembang ada yang menyebut Negeri Serambi Mekah..apa apa sahaja lah. Dan ini lah tempoh yang paling lama aku pernah berhijarah selain di Sabah selama 6 tahun dan di lembah kelang selama 9 tahun. Masih terbayang lagi bagaimana aku dan KTS memenadu ke Kelantan dari Shah alam dengan Honda Accord singgah dahulu di Cini dan terus ke Kelantan meninjau temmpat dan jalan kebetulan masa itu juga cuti tahun baru cina. Kami bermalam di Kota Bharu dan esok nya pulang memandu mengikut Gua Musang.
Kini dah 10 tahun aku disini.Mencari rezeki menimba pengalaman dan hidup diperantauan jauh dari sanak saudara. Banyak juga pencapaian dan kejayaan peribadi yang aku lakarkan disini namun sekembali nya aku dari Mekah tempohari jiwa ini agak kacau....keinginan untuk kembali ke negeri sendiri sudah semakin terasa...mungkin sudah terlalu lama aku berada disini lantaran memerlukan perubahan dan suasana baru semula...
entah lah aku harap Allah akan memeberikan petunjuk kepada ku dalam masa yang terdekat ini..memohon petunjuk nya agar aku mendapat ketenangan semula...

kts said...

baru ana ingat semula, malam itu kita ronda kb cari hotel yg agak std dgn kedudukan kita.sayang semua hotel penuh. akhirnya dapat gak otel yg guna kain sal nipus. murah. nuri tido dekat tandas. hormat ana abang. rupanya peristuwa itu dah 10 tahun. patut ana antara lupa dan ingat. adakah diantara kita masih berhasrat utk melakukan perkara yg sama spt itu? diantara ahli keluarga dan adek beradek. saling bantu membantu. meringankan beban dan fikiran. kata org jaman telah berubah. mellinium. jika benar, alangkah jumud idup ini. monotonus. beku, hilang daya kreatif.
memang sangat benar kata nuri, dan tepat sekali peribahasa hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. kegembiraan tetap terpancar walau sakit tertimpa batu dinegeri sendiri.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification