Tuesday, May 16, 2017

DEN DEN TOWN (Baik nya orang Jepun....huhu )

Ia tidak jauh dari tempat kami tinggal hanya selang 2 stesyen sahaja dengan menaiki keretapi sebelum sampai ke Namba..Ia itu Nippombashi selepas stesyen Tannimachi 9-Chome....
Den Den town merupakan kawasan yang menmpatkan gedung serta deretan kedai menjual alat alat elektronik permainan kanak kanak sepeti Tayama.. Gundam.Animae..Cosplay ..segala watak dalam komik adan animasi jepun ada disini. Terdapat hampir 200 electronic stores dan bandar ini sama luas nya dengan Akihabara di Tokyo yang menempatkan semua jenis produk yang sama...

Kami mengunjungi bandar ini pada jam 5.00 petang Sabtu...Walaupun demikian keadaan sudah mulai gelap dengan cuaca yang sangat sejuk...Tujuan nya untuk melihat lihat dahulu kawasan DenDen town  yang terletak tidak berapa jauh dari kediaman kami. Berpandukan google map kami melangkah menyelusuri kaki lima bangunan selepas keluar dari Train bawah tanah di Nipponbashi....
Hampir 5 minit berjalan sambil meninjau ninjau kedai desepanjang laluan akhir nya Arif bertanyakan kepada saorang pemuda jepun yang ditemui ketika berselisih di laluan..

Sambil berkomunikasi sepatah dua bertanya arah ke Denden town ..tiba tiba pemuda itu meminta kami semua mengikuti beliau untuk  ke tempat yang dituju...kami pun mengikuti beliau yang berjalan agak laju..selang beberapa bangunan dan menyeberang jalan akhir nya pemuda jepun itu berhenti dan menunjukkan papan tanda tertulis Denden town dan berhenti dihadapan bangunan yang arip tunjukkan didalam google map..Selepas membawa kami sampai ke tempat yang dituju pemuda jepun itu patah balik melalui laluan yang sama dengan mengucapkan Arigato Gosaimas....Ohh baik nya orang jepun ni..sanggup dia berjalan kaki menunjukkan tempat yang kami nak tuju sedangkan itu bukan laluan beliau....



Kami ke gedung Joshin Super Kids Land...di sini terdapat pelbagai jenis permainan untuk kanak kanak samaada yang klasik sehingga yang terbaru segala nya boleh dijumpai disini..harga nya  memang murah..kabar nya lebih murah dari di Akihabara Tokyo....







Oleh kerana hari semakin gelap kami tidak lah lama disini ...kebanyakkan kedai dan premis perniagaan di sini tutup pada jam 8.00 malam...di jalanraya sudah tidak banyak kenderaan yang bergerak serta kaki lima kedai juga mulai lengang....Jam 8.00 seperti hampir jam 10.00 mlam di tempat kita..Kmi mengambil keputusan untuk pulang berehat dan akan kembali kesini lagi esok hari..

Dalam perjalanan balik ke stesyen keretapi Nippombashi sempat lagi pekena kopi panas yang dijual dissuatu  lorong... kali ini harga nya berpatutan 150 Y untuk satu cawan...dan kelihatan sebuah restoran halal menjual kebab milik orang Turkey.....kami tidak menyinggahi nya ....
Malam itu pemandangan di langit Osaka sungguh indah..bulan mengambang penuh tanpa dilindungi oleh awan..cahaya nya begitu terang menyinari bumi dengan cuaca yang sangat sejuk...menambahkan lagi seri wajah bulan dan kesyahduan nya.....

















Jumpa lagi....

1 comments:

canberk said...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
FTZ

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification