Thursday, December 3, 2009

MAKLUMAT AWAL KELUARGA


Assalammualaikum,
atas jawapan yg memberangsangkan utk wt salasilah keluarga nie, so sy kita akan mulakan skrglh.
utk permulaan sila berikan nama penuh arwah kakek & embah (klu sape2 ade tarikh bile diaorg kawen lg bgs & bg skali tarikh diaorg meninggal).
pastu bagi sekali nama masing2 n pasangan dgn tarikh kawen skali.
klu nk bg maklumat anak2 skali lg bgs.
tuk semua bg tarikh lahir skali..
lain2 akan di imform kemudian...skrg xleh nk ingat semua.

Wednesday, December 2, 2009

Last month of this year....

Inspire, Hope, Dream, Peace

Moga-moga bulan terakhir tahun ini memberi kita ilham...harapan untuk lebih memperbaiki diri pada tahun hadapan...dan angan-angan yang kita impikan pada tahun ini menjadi kenyataan sebelum tirai tahun ini dilabuhkan dengan ketenangan dalam diri kita...mahupun dalam kehidupan kita....

Jadikan lah inspirasi dalam keluarga ini sebagai contoh untuk kita lebih berjaya pd masa hadapan....

"Nothing gonna change our life, if we are not desire to change ourself"

and

"Always prepare the next step in our life...coz yesterday is a history...today is a story and tomorrow is a mystery"

wassalam....

from:

Tuesday, December 1, 2009

Berkorban untuk jadi cemerlang

Ketika aku memandu ke cerating sabtu lalu dengan Wak Miskiran kami berbual mengenai masa dahulu dan sekarang. Betapa bertuah nya anak-anak sekarang. Dahulu tak pernah terpikir pun kami akan mengalami keadaan seperti ini. Bercuti ke Cerating. Memandu dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan kereta masing-masing samaada baru atau secondhand.
Bermalam didalam bilik yang dilengkapi dengan Tv plasma katil antik dan ada ruang tamu yang selesa. Dahulu ruang perjalanan kami hanya lah sekitar kampong dan hanya melintasi sempadan daerah sahaja. Pergi pagi dan balik lewat petang. Kolam renang hanya gambaran dirumah orang kaya.Kolam renang kita hanyalah parit di tepi sawah. Tapi kita main bola dalam kolam renang di Impiana sabtu lalu.
Zaman telah berubah. Malah kita telah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga pada tahun depan cadangan nya ke Langkawi. Ketika ini Mat sedang menjadi Parawisata di Jogjakarta. Jam 1tengahari tadi kasuttanpastokin ini mengirimkan mesej kepada ku mengatakan dia baru sampai di Jogja. Tidak dapat aku pastikan samaada dia pakai stokin ke Jogjakarta atau tidak. Pun aku pasti dia tak terfikir untuk sampai ke pulau Jawa tempat asal usul keluarga kita. Sebagaimana aku telah sampai ke Jakarta Bogor dan Bandung April lepas. Pastinya dia akan membawa cerita baru dari sana.
Ada masa dan ketika perjalanan hidup ini disandarkan kepada takdir. namun kita perlu merancang. Kemudian diikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal. Perancangan dan usaha bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Kita perlu menjadi cemerlang. Dengan kecemerlangan kita akan punyai banyak pilihan. Untuk menjadi cemerlang kita perlu pengorbanan. Korban masa, tenaga,emosi,pemikiran wang ringgit dan mengorbankan perkara yang paling kita sukai -tidor, berehat bermain dan bermalas-malas.
Jenerasi yang senior memang telah banyak berkorban demi kesenangan jenerasi junior. Bak kata wak miskiran kami adalah peneroka, jenerasi seterusnya perlu memajukannya. Oleh itu mereka perlu meneruskan pengorbanan ini demi kelangsungan jenerasi seterusnya dan jangan lalai ditengah jalan oleh secebis kejayaan yang belum berakhir.
Kejayaan hidup umpama perlumbaan diantara sang arnab dan kura-kura. Meskipun sang arnab itu gagah, pantas tetapi ia tidur dan berehat ditengah perlumbaan manakala sang kura-kura yang lambat tak pernah berhenti berlumba dan akhirnya dia berjaya kegarisan penamat dan diistiharkan sebagai pemenang. Musim cuti dan hujan ini isilah masa dengan membaca, berdiskusi dan merancang untuk tahun hadapan. semoga mejadi ahli keluarga sakijan saamah yang cemerlang.

machang.Klntan.

Inspirations

Moga ini menjadi inspirasi kalian

ADA SATU CADANGAN . . .


Kepada semua follower,
aku ade satu cadangan...
aku penah wt salasilah keluarga kt my heritage.com
so aku ingat nk kembangkan dr arwah kakek & embah...
ape pendapat semua??
kalau ok..leh aku start wt sbb nnti anak2 kecik semua leh pkai tuk sek dia nnti sbb msti cikgu bagi tugasan salasilah keluarga nie..
nnti xdelh serabut kepala bdk2 2...
mcmne???
sila berikan cadangan masing2....
tqvvvm....

Tuesday, November 24, 2009

Korban

Salam..
Dah agak lama tertunggu-tunggu kasuttanpastokin masukkan entry yang baru, rasa ketagih untuk membaca dan memahami pemikirannya...yelah junior perlu berguru dengan senior...

Cuti sekolah telah bermula..mungkin bagi yang tidak berada dalam alam persekolahan lagi, cuti sekolah tidak membawa apa-apa makna, bagi ibu bapa pula inilah masanya untuk bersama anak-anak sama ada untuk bercuti atau melapangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Bagi saya, tentu sahaja cuti sekolah amat dinanti.. he..he..walaupau masih ada tugasan yang perlu dilangsaikan sekurang-kurangnya cuti sekolah memberi ruang dan kelapangan untuk diri sendiri.

Sempena Aidiladha yang bakal kita sambut pada hari Jumaat ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya...semoga hari ini membawa erti dalam hidup kita dan merupakan satu titik tolak untuk memperbaiki diri kita...sejauhmana kita sanggup berkorban?

Saya harap, ini entry yang ringan yang setiap ahli keluarga bolehlah nyatakan pemahaman tentang korban dan sejauhmana kita sanggup berkorban..... Ayuh tulislah sesuatu

Wednesday, November 18, 2009

anak yang pelik

Keluarga-keluarga pada tahun 60an mempunyai hubungan erat diantara adek beradik. rasa memerlukan dan pergantungan sentiasa ujud. hirarki dalam keluarga juga jelas. abang sulong sentiasa dihormati dan ditaati. dalam masa sama beliau juga membina rasa tanggungjawab kerana bapak selalu berkata: ' jaga adek-adek bila aku dah tak ada nanti '.

oleh kerana kami adek-beradek selalu bersama, adalah kenalan bapak yang bertanya: ' iki anak mu jan, kok laen rupane....' tentu kau dapat mengagak kepada siapa kata-kata itu ditujukan. kadang-kadang bapak dengan nada bergurau akan menjawab: ' anak keleng pt.4...' sesiapa yang tinggal di pasir panjang, sekinchan dan sg. burong tentu tahu penduduk majoriti pt.4. sg. burong. pada zaman kanak-kanak aku memang agak aggresif dan lebih banyak menghabiskan masa diluar. kerana itulah aku lebih ' irengg' dari nuri dan kang mis. kak tie tak usah ceritalah; dara pingitan mana keluar rumah!

dalam keluarga aku anak no.3. kata orang anak no.3 agak pelik. pembawaan dan sikap mereka berbeza dari adek beradik. kalau yang lain baik, dia degil. kalau yang lain ramah, dia reserve dan kurang bercakap. selalunya dia tersisih kerana cannot match with the others. sebenarnya jiwa anak ke-3 sering memberontak, rebellion, sentiasa ingin perubahan dan reformasi. kerana itulah mereka kreatif!

aku tahulah kerana aku anak ke-3.
mari kita semak anak ke-3 dalam keluarga. arie, kak oya, ebal, afik dan alia.

nahar, salbiah dan kak oya pernah menggunakan kereta lama aku ke The colmar tropicale di Bukit Tinggi, Janda Baik. pusat peranginan yang menggunakan thema kota perancis tu. ku kira pastinya nahar yang memandu, tetapi kata salbiah; kak oya yang memandu! aku sendiri tak konfiden menggunakan lebuhraya karak setiap kali ke cini kerana laluan berbukit; kak oya malah mendaki puncak curam untuk ke pusat peranginan tersebut. dgn kereta burok!
apakah yang kau faham mengenai sikap dan fikirannya. tentunya kini ia tidak ragu-ragu nak kemana sahaja dengan kereta barunya.

arie pernah meninggalkan kampong utk. bekerja pomen moto di ceras kalau tak silap aku. tapi dia bukan minggat. bapaknya dulu pun pernah meninggalkan kampong utk. kerja kilang di shah alam. bapaknya pun bukan minggat, hanya nak menolong keluarga. tapi bila dengar arie nak kawin, tiadapun lembaran kisah laila-majnun yang boleh dibaca dimana-mana mengenainya. kau sangat berani arie!

ebal? sangatlah aku fahami. ia adalah sebahgian dari aku. blognya infinitesane menyatakan segalanya. agak menongkah arus dari rakan segenre. teruskan momentum mu, tapi dengan hati-hati kerana penulis harus ada empathy.
tiada lagi catatan dalam mindaku tentang afik dan alia. watak dan keperibadian mereka masih berkembang. tetapi ibubapa mereka pasti mempunyai cerita sendiri mengenai anak-anak ini.

no-3 adalah nombor yg tidak lengkap. nombor yang lengkap adalah no.8. kerana itulah ia sentiasa resah dan tidak puas hati, sentiasa mundar mandir mencari jalan keluar. jika ia mendapat lorong yang betul, dia akan bahagia. jika ia menemui lorong gelita, kegelapan dan kesukaran bakal ditempuh.

aku sering menghadapi cabaran dalam hidup ku. waktu sekolah rendah aku pernah patah tangan kerana ditimpa hendal basikal, hendal basikal je bro ! sedangkan nuri lebih banyak jatuh basikal. kalau kesawah penyengat sangat gemar menyerang aku, sedangkan nuri atau kang mis ada disebelah. aku percaya mereka yang senombor dgn ku juga begitu; pada situasi dan senario zaman mereka.

anak no.3 jangan dibiar sendirian dalam menjalani hidup. ia perlu dibimbing dan diperhati. jiwa nya sentiasa bergelora dan bergelojak, seperti lahar gunung berapi sentiasa mencari jalan keluar; membakar siapa menghalang. oleh itu ia perlu mengikut lorong yang benar. mendapat lorong yang benar perlu penunjuk arah, agar tidak sesat atau kesasar.

anak-anak yang pelik, sebenar-benarnya kau sedang diperhati. insaf dan tahulah. hanya mata rabunmu membutakan kau dari melihat sang pengawas. pengawas tidak pernah tidur atau alpa. ditangannya buku dan pena pencatat. malulah kalau catatannya burok dan busok. tega kah kau menatap atau menghidunya!

begitulah nasib kami, sentiasa diperhatikan kadang-kadang dengan curiga; segalanya.... sehingga kepada sepatu kita. begitulah kita anak no.3 yang pelik.

jumpa lagi.
wassalam.

18.novem.09
10 mlm rabu
klang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification