Monday, March 6, 2017

OSAKA CITY PERCUTIAN YANG DIRANCANG (PART 1)

Ia merupakan percutian yang memang sudah dirancang..
September 2016...Arina berjaya menamatkan pengajian nya di peringkat Diploma di KPTM Bangi. Lantas saya mengucapkan Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jaya nya. Lantas saya sebagai ayah berasa gembira dan menawarkan untuk pergi bercuti. Asal nya tawaran berlegar disekitar dalam negara sahaja. Entah bagaimana hati ini berbisik apa salah nya   kalau unruk keluar negara ...Vietnam atau Indonesia....Lantas saya pun cuba untuk mengusha usha kalau kalau ada tiket tambang murah....Ahh biasalah Air Asia...

Suatu hari Zana memberitahu MAS ada offer tambang murah ke Osaka untuk tahun 2017....RM800.00 seorang pergi balik dengan lagage 30 kg dan makan..+ Sur Charge 100.00 jadi jumlah tambang untuk sorang pergi balik ialah 900.00 ..AIR ASIA Juga menawarkan tambang murah basic nya sekitar 800 juga tetapi makan harga lain..pilih tempat duduk harga lain dan beberapa charge lagi dikenakan dengan jumlah seorang melebihi RM1100.00 Lantas rancangan ini dipanjangkan untuk semua anak anak dan menantu....Semua setuju untuk bercuti ke Jepun ...Tarikh nya Feb 2017. Salah satu syarat tiket tambang murah MAS adalah sekurang kurang nya tinggal 5 hari didestinasi yang dipilih ...lantas tarikh 8 Feb - 15 Feb 2017 dipilih kerana bertepatan dengan waktu cuti semester. Ada 6 bulan lagi dari tarikh booking tiket ..lantas setiap ahli rombongan perlu membayar sendiri harga tiket tersebut dan menyimpan wang belanja sendiri dengan anggaran 500.00 sebulan untuk penginapan makan travel dan jajan....... Tiket setiap orang perlu membayar kembali kepada saya kerana ia didahulukan dengan kad kredit ...hahaha...no free..

# Tip untuk booking tiket secara Online untuk keluar negara ..masukkan sahaja No Passport...secara dummy jika anda belum membuat passport antarabangsa...dan masukkan no passport yang betul setelah membuat passport di imigresen ketika anda membuat pengesahan Check In Tiket 48 jam sebelum berlepas secara on line.

Tamat Langkah pertama...


TOKYO - FLASH BACK

Assalamualaikum semoga kita semua diberkati Allah SWT.
TOKYO ibu negara Jepun yang sangat terkenal dengan kesebokan penduduk nya yang ramai dengan berjalan kaki...akhir nya pada 2 february 2015 Allah mengizinkan saya untuk menjejaki bumi nya setelah mengambil penerbangan selama hampir 7 jam setengah dari KLIA ke Haneda yang tiba pada jam 8 30 mlm.

Kami melepasi emegresen dan kastam dengan mudah walaupun terpaksa beratur agak panjang. Menaiki metro train terus menuju ke stesyen keretapi Ueno sebelum menukar train lagi ke hotel yang telah ditempah iaitu  APA Hotel Kanda-Jinbocho -Eki-Higashi .

Suhu agak dingin..jaket kulit yang dibawa pasti nya sangat membantu..seperti biasa makanan utama bagi mengalas perut di waktu malam ditempat yang sangat asing dan baru pasti nya Mee segera dan kopi segera...

Diwaktu malam jalan raya yang agak jauh dari pusat bandar Tokyo sangat lengang..Tiada kenderaan yang lalu lalang sesebok di tempat kita. Yang ada pun hanya Teksi sahaja. Hirok Pikok suasana bandaraya seperti di tempat kita langsung tiada. Suasana sangat aman dan mendamaikan lebih lebih lagi dengan suhu yang sejuk dan dingin...pasti nya setiap orang akan berada didalam premis atau rumah masing masing.....

Bilik Hotel standard size untuk berdua di Tokyo atau Jepun rata rata bersaiz kecil. Hanya muat untuk tidur dan berdiri sahaja. Katil double hanya muat untuk berbaring lurus untuk dua orang berkongsi. Sangat kecil namun kemudahan asas nya mencukupi dan bersih serta teratur. Ia sangat berbeza dengan saiz bilik hotel dinegara kita... meskipun double standard masih boleh berguling dilantai malah boleh diisi dengan dua orang dewasa atau satu keluarga lagi.
Hotel di Tokyo



Jam 10 Mlm..sudah sunyi
Malam itu saya dan rkan hanya memasak meggi dan kopi O sebagai dinner kami. Biasalah ia merupakan bekalan makanan wajib jika ingin berperantauan terutama kenegara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal....





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification