Monday, March 6, 2017

TOKYO - FLASH BACK

Assalamualaikum semoga kita semua diberkati Allah SWT.
TOKYO ibu negara Jepun yang sangat terkenal dengan kesebokan penduduk nya yang ramai dengan berjalan kaki...akhir nya pada 2 february 2015 Allah mengizinkan saya untuk menjejaki bumi nya setelah mengambil penerbangan selama hampir 7 jam setengah dari KLIA ke Haneda yang tiba pada jam 8 30 mlm.

Kami melepasi emegresen dan kastam dengan mudah walaupun terpaksa beratur agak panjang. Menaiki metro train terus menuju ke stesyen keretapi Ueno sebelum menukar train lagi ke hotel yang telah ditempah iaitu  APA Hotel Kanda-Jinbocho -Eki-Higashi .

Suhu agak dingin..jaket kulit yang dibawa pasti nya sangat membantu..seperti biasa makanan utama bagi mengalas perut di waktu malam ditempat yang sangat asing dan baru pasti nya Mee segera dan kopi segera...

Diwaktu malam jalan raya yang agak jauh dari pusat bandar Tokyo sangat lengang..Tiada kenderaan yang lalu lalang sesebok di tempat kita. Yang ada pun hanya Teksi sahaja. Hirok Pikok suasana bandaraya seperti di tempat kita langsung tiada. Suasana sangat aman dan mendamaikan lebih lebih lagi dengan suhu yang sejuk dan dingin...pasti nya setiap orang akan berada didalam premis atau rumah masing masing.....

Bilik Hotel standard size untuk berdua di Tokyo atau Jepun rata rata bersaiz kecil. Hanya muat untuk tidur dan berdiri sahaja. Katil double hanya muat untuk berbaring lurus untuk dua orang berkongsi. Sangat kecil namun kemudahan asas nya mencukupi dan bersih serta teratur. Ia sangat berbeza dengan saiz bilik hotel dinegara kita... meskipun double standard masih boleh berguling dilantai malah boleh diisi dengan dua orang dewasa atau satu keluarga lagi.

Hotel di Tokyo



Jam 10 Mlm..sudah sunyi
Malam itu saya dan rkan hanya memasak meggi dan kopi O sebagai dinner kami. Biasalah ia merupakan bekalan makanan wajib jika ingin berperantauan terutama kenegara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal....





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification