Ia merupakan percutian yang memang sudah dirancang..
September 2016...Arina berjaya menamatkan pengajian nya di peringkat Diploma di KPTM Bangi. Lantas saya mengucapkan Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jaya nya. Lantas saya sebagai ayah berasa gembira dan menawarkan untuk pergi bercuti. Asal nya tawaran berlegar disekitar dalam negara sahaja. Entah bagaimana hati ini berbisik apa salah nya kalau unruk keluar negara ...Vietnam atau Indonesia....Lantas saya pun cuba untuk mengusha usha kalau kalau ada tiket tambang murah....Ahh biasalah Air Asia...
Suatu hari Zana memberitahu MAS ada offer tambang murah ke Osaka untuk tahun 2017....RM800.00 seorang pergi balik dengan lagage 30 kg dan makan..+ Sur Charge 100.00 jadi jumlah tambang untuk sorang pergi balik ialah 900.00 ..AIR ASIA Juga menawarkan tambang murah basic nya sekitar 800 juga tetapi makan harga lain..pilih tempat duduk harga lain dan beberapa charge lagi dikenakan dengan jumlah seorang melebihi RM1100.00 Lantas rancangan ini dipanjangkan untuk semua anak anak dan menantu....Semua setuju untuk bercuti ke Jepun ...Tarikh nya Feb 2017. Salah satu syarat tiket tambang murah MAS adalah sekurang kurang nya tinggal 5 hari didestinasi yang dipilih ...lantas tarikh 8 Feb - 15 Feb 2017 dipilih kerana bertepatan dengan waktu cuti semester. Ada 6 bulan lagi dari tarikh booking tiket ..lantas setiap ahli rombongan perlu membayar sendiri harga tiket tersebut dan menyimpan wang belanja sendiri dengan anggaran 500.00 sebulan untuk penginapan makan travel dan jajan....... Tiket setiap orang perlu membayar kembali kepada saya kerana ia didahulukan dengan kad kredit ...hahaha...no free..
# Tip untuk booking tiket secara Online untuk keluar negara ..masukkan sahaja No Passport...secara dummy jika anda belum membuat passport antarabangsa...dan masukkan no passport yang betul setelah membuat passport di imigresen ketika anda membuat pengesahan Check In Tiket 48 jam sebelum berlepas secara on line.
Tamat Langkah pertama...
Monday, March 6, 2017
OSAKA CITY PERCUTIAN YANG DIRANCANG (PART 1)
4:59 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment