Friday, May 24, 2013

KONVOKESYEN OH KONVOKESYEN

Ahad yang lepas saya menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke 78 Universiti dimana saya menjadi pelajar dan kini mengajar.
Seramai hampir 1800 bergelar graduan bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk Fakulti saya sahaja. 30 tahun dahulu ketika saya bergraduan junlah nya hanya sekitar 180 orang sahaja itu pun Majlis konvokesyen diadakan hanya setahun sekali tidak seperti sekarang setahun 2 kali.

Melihat wajah-wajah mereka yang bergraduan dari atas pentas utama, telah mengimbau waktu silam saya ketika sebaya mereka. Kami begitu gembira dan ceria menunggu giliran nama dipanggil dan menerima skrol dari Pro Cancelor. Gembira nya sukar diungkap dengan kata-kata sekaligus menghilangkan rasa kepenatan, kepayahan dan segala perkara yang menjadi halangan serta rintangan sepanjang tempoh menuntut ilmu.

Dibaris atas tingkat satu dan dua pula kelihatan ibu-bapa memenuhi ruangan yang telah disediakan untuk melihat secara terus anak masing-masing menerima ijazah dan diploma di atas pentas. Juga sudah pasti terpancar wajah-wajah yang ceria gembira disulami rasa bangga atas kejayaan anak-anak mereka. Saya juga pernah merasai nya sebagai saorang bapa.

Saya memerhatikan setiap mereka  yang dipanggil untuk menerima skrol masing -masing. Kebetulan saya duduk dibarisan hadapan dimana mereka akan melintas turun. Pelbagai gelagat dapat saya perhatikan namun jauh disudut hati saya membayangkan bagaimanakah masa hadapan mereka dialam pekerjaan selepas ini.

Sukar untuk saya bayangkan apakah mereka dapat bekerja dalam bidang kursus yang telah diikuti semasa di Universiti. Lebih sayu lagi apabila saya membayangkan bagaimana harapan ibu-bapa mereka yang duduk ditingkat atas Dewan Besar yang pasti nya mengharapkan anak mereka mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan masing-masing dengan segera.

Secara purata nya Graduan yang dilahirkan sabah tahun melebihi 80 ribu orang. Ia adalah jumlah yang bukan sedikit dan mereka sudah pasti pula akan memasuki pasaran pekerjaan yang sangat terhad. Akibat nya mereka akan bersaing lagi sesama sendiri bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. Persaingan pun bermula....Mereka yang bernasib baik dan memenuhi kreteria tertentu akan berjaya. Hakikat nya ramai yang kecundang.

Akibat nya mereka yang tidak cukup kompetensi akan terus ketinggalan....menganggur untuk satu tempoh jangka masa yang tidak pasti..Harapan ibu-bapa yang ingin melihat anak-anak menjawat jawatan yang baik selepas tamat mula pudar secara beransur-ansur....Anak muda pula secara perlahan-lahan mengendurkan semangat untuk bekerja  dan mensebatikan diri dengan keadaan persekitaran tempat tinggal masing-masing.

Perlukah kita pasrah dengan keadaan ini. Wahai anak muda harapan bangsa bangun lah, nyalakan obor semangat anda sepertimana yang pernah anda lakukan semasa menuntut ilmu dahulu. Kami telah tunjukkan jalan dan rahsia ilmu. Anda hanya perlu semarakkan nya semula...Bangun lah untuk menjadi usahawan. Saorang usahawan adalah saorang yang mencipta pekerjaan. Gunakan lah ilmu pengetahuan, pengalaman dan daya kreativiti anda bagi mencari keperluan masyarakat...kemudian aturlah strategi untuk memenuhi keperluan tersebut dengan jalan Allah. Anda perlu berusaha untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Dalam hidup tiada kegagalan yang ada hanya lah keputusan. Kita yang menyebabkan keputusan samada keputusan nya berjaya atau sebalik nya. Ubah lah minda dan pandangan anda jangan lah mengharapkan pekerjaan yang makan gaji. Sesungguh nya pekerjaan makan gaji hanya meletakkan kita kedalam situasi Confort zone semata-mata. Cukup tarikh pergi lah ke ATM picit keybord dan semak gaji. Ia tiada pertambahan "Law of Increase"  kerana gaji kita telah ditetapkan sebalik nya menjadi usahawan dengan aturan yang betul anda boleh mempertingkatkan pendapatan dan ia tertakluk kepada kerja keras dan saha anda ia tidak tetap.

Bangunlah dan lihat lah secara realiti kehidupan ini. Sesungguh nya kita akan sentiasa berada didalam kerugian jika kita melengah-lengahkan masa, pembaziran masa tanpa melakukan apa-apa dan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.  Ubah lah...buatlah Visi dan Misi perjalanan kehidupan anda..Apa yang anda akan capai dalam tempoh sebulan, setahun, 2 tahun  10 tahun dan seterus nya..
tetapkan matlamat....baca buku motivasi orang-orang yang berjaya....dan berdisiplin..berdoa kepada Allah kerana segala gala nya adalah dengan izin nya juga...Insyaallah anda akan berjaya mengubah kehidupan anda ........

Dan Konvokesyen akan menjadi lebih bermakna kepada diri sendiri ...pensyarah anda dan lebih utama keluarga anda....

Semoga berjaya..

Nota:
1. Ada penjual goreng pisang hanya ada satu gerai sahaja - pendapatan nya mencecah 10000 K sebulan .....bekerja dari selepas zohor hingga sebelum maghrib.
2. Ada pengusaha membuat dodol sahaja ...boleh memandu Mers milik sendiri...
3. Ada suri rumah berniaga secara internet..punya blog yang menjual produk kraf "felt"..mendapat sambutan yang sangat menggalakkan...

Renungkan lah...dan bertindaklah...
jumpa lagi.










1 comments:

suria said...

Pertama: Apa tujuan menuntut ilmu?
Kedua: Apa matlamat setelah selesai/tamat pengajian?
Ketiga: Bagaimana hendak memulakan hidup tanpa bergantung kepada FAMA (father and mother)?
Banyak lagi persoalan....semuanya bermula dari diri sendiri...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification