Friday, May 10, 2013

IBU - SELAMAT HARI IBU

Seluruh dunia meraikan nya.
Sangat bertuah bagi mereka yang masih mempunyai Ibu.
Sayangi dan cintailah mereka kerana kedudukan nya yang sangat tinggi selepas kita mencintai Allah dan Rasul.

Doakan lah kesejahteraan dan  kesehatan nya agar sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
Peliharalah ia dengan kasih sayang sebagaimana ia memelihara kita semasa kita kecil dahulu.
Ziarahilah ia sekerap mungkin agar kita sentiasa merasai kasih sayang nya.
Dengarlah nasehat nya dan jagalah hati nya.


Samaada masih punyai ibu atau sudah tiada ibu dan jika benar kita sayangkan mereka marilah kita menjadi anak yang baik, menjaga solat kita terutama berjemaah dimasjid, bangun 1/3 malam, membaca al - Quran, berpuasa sunat terutama masuk nya bulan Rajab ( mulai esok)..Syaaban dan Ramadhan yang sudah begitu hampir ketibaannya. Membuat perkara-perkara kebaikan yang melambangkan sebagai anak yang soleh dan solehah...dan jagalah aurat dengan sempurna...

Jumpa lagi.

MG

1 comments:

suria said...

Assalamualaikum...dah lama tidak mengunjungi blog ini...agak sepi...bukan melupakan, kesempatan sangat membatasi...terima kasih kepada MG kerana setia menyumbang entry..(saya pun dah lupa macammana nak log in) apapun marilah kita meriahkan semula blog ini. Mungkin boleh mula dengan isu yg ringan..kerana anak- anak kita suka suatu yang santai.... Sebelum itu, respons terhadap entry di atas..ibu, ampunkan aku...aku sangat lemah, aku sangat tidak berdaya..aku sangat-sangat pasrah kepada Allah..aku yakin Dia yang maha mengetahui...berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification