Thursday, January 5, 2012

Selamat tahun Baru Masihi 2012

Selamat tahun baru.

Belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua ahli persatuan sakijan dan saamah meskipun sudah 4 hari berlalu. Semesti nya banyak kenangan manis dan tidak kurang juga yang pahit telah kita alami sepanjang tahun lalu. Ada kejayaan dan ada kegagalan. Ada kegembiraan dan kesedihan. Ada yang berbekas di hati dan ada juga yang tak merasa apa-apa lantaran kehidupan seharian yang mendatar. Segala nya kita tinggalkan sebagai kenangan. Berlalu bersama waktu. Beberapa tahun akan datang apa yang kita alami tahun lalu pasti akan diceritakan semula dalam perjumpaan - perjumpaan kita.

Marilah kita sambut tahun baru masihi ini dengan azam baru. Lazim nya begitulah yang disebut oleh orang apabila berjumpa. Namun mengikut perkiraan saya azam perlu dilafazkan setiap hari bertukar ke hari baru. Hanya azam-azam yang besar untuk jangka masa setahun yang hendak dicapai bolehlah dilafazkan diawal tahun. Apa yang penting kita perlu berazam untuk memperbaiki diri sendiri. Dari saorang yang malas kepada saorang yang rajin. Rajin berusaha, rajin beribadah, rajin bekerja, rajin belajar, rajin berpuasa, rajin bersedekah, rajin menulis rajin membaca, rajin mengaji malah konklusi nya kita perlu rajin segala-gala nya. Bila kita rajin dan tidak putus asa insyaallah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Begitulah ketentuan Allah

Selepas solat maghrib sedang saya menonton berita jam 8 malam saorang diri di ruang tamu tiba-tiba kedengaran orang memberi salam diluar pintu rumah. Dengan rasa kurang pasti saya menyambut salam tersebut dan membuka pintu sambil menghidupkan lampu dianjung. Saorang lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang tegap berdiri dihadapan pintu rumah saya.
"Cekgu kenal saya tak? siapa ya ..saya menjawab.."Nanti kejap balas nya dan berjalan  kearah motorsikal yang diletakkan di luar pagar untuk mengambil sesuatu. Dia mengambil bungkusan plastik dan berjalan masuk semula ke halaman rumah saya..."Amin ye" saya meneka. Dengan rasa sebak dia menjawab "alhamdulillah cekgu ingat saya lagi"..Cekgu apa kabar sambil memeluk saya dengan erat..saya tergamam seketika...

"Saya lah anak murid cekgu dulu yang selalu cekgu rotan kerana buat hal masa kat sekolah 19. Saya nak ucapkan terima kasih kepada cekgu..kalau cekgu tak rotan saya dulu saya tak jadi macam sekarang..." Seingat saya dia merupakan antara murid yang nakal semasa di sekoah dahulu..pernah dilokap, bergaduh dan sebagai nya...selepas pmr dia mengikut keluarga nya berpindah ke sabah kerana bapa bertugas sebagai polis. Sejak itu saya tidak pernah mengetahui dimana beliau berada sehingga malam tadi dia datang menziarahi saya di rumah.

Kini beliau bertugas sebagai pegawai polis di bukit aman dalam unit tindakan khas. Sering mengiringi PM dalam lawatan rasmi dalam dan luar negara. Sudah mendirikan rumahtangga dengan saorang Doktor tapi belum dikurniakan zuriat katanya. Kami berbual agak lama di anjung rumah. Dia banyak bercerita mengenai kesah zaman persekolahan nya, berulangkali menyesali perbuatan yang telah dilakukan semasa dialam persekolahan lantaran terpengaruh dengan kawan-kawan. Dan berulangkali juga dia mengucapkan terimakasih kerana telah mendidik dan menyedarkan dia. Saya terharu dengan kata-kata ikhlas beliau.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..saya katakan kepada beliau semua itu ketentuan Allah. Dia yang lebih mengetahui jalan mana yang hamba nya akan tempuhi di dunia ini. Saya hanya menunjukkan lorong yang sepatut nya beliau ikuti. Saya katakan saya cukup gembira apabila mengetahui anak murid saya berjaya dalam kehidupan.

Murid yang sering kita rotan, kita marah suatu hari dia lah anak murid yang pertama datang menziarahi bekas guru nya. Dia kata pernah nampak saya di halaman rumah 2 hari lalu ketika balik kerumah orang tuanya di SS 19. Hari ini dia mengunjungi saya dengan membawa buah tangan 3 ikat  buah mata kuching yang manis. Semoga semua bekas anak-murid saya yang pernah saya didik dahulu berjaya menjadi insan yang mulia dan cemerlang dalam kehidupan . Dia akhir perbualan "Cekgu kalau ada masaalah di KL ke tel saya" Kalau turun KL saya nak belanja cekgu makan nasi kari kepala ikan"......Insyaallah..Jumpa lagi.

Jumpa lagi
Selamat tahun baru
Wassalam







1 comments:

kts said...

sangat interesting & mengharukan.
dunia ini kecil. sebelum habis usia kita, ia sempat mengelilingi kita semula.
alhamdulillah.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification