Assalamualaikum Semoga di rahmati ALLAH
Alhamdulillah hari keluarga kita telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya dan cemerlang.
Tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik dan semua ahli keluarga yang hadir walaupun ada yang lambat sampai namun semua nya dapat bersama kecuali keluarga Kak Niah dan Osman yang tidak dapat bersama kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Insyaallah lain kali kita dapat bersama semua sekali tanpa ada aral yang melintang.
Hari keluarga kali ini dirasakan sangat meriah dan memberi kesan yang mendalam disanubari kita semua. Ia telah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Semua AJK telah memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang. Tiada yang kurang makan malah berlebihan, AJK BBQ juga berjaya melaksanakan tugas dengan baik, AJK permainan juga sangat baik kerana berjaya melaksanakan aktiviti dengan sempurna. AJk penempatan juga telah mengagihkan ruang bermalam dengan baik dan selesa untuk semua ahli dan semua keluarga. AJK kerohanian pun telah membawa slot yang sangat berkesan di hati, alhamdulillah kita telah berjaya membaca almaksurat dan mengadakan tahlil serta bacaan yasin.
Sekalung tahniah dan setinggi tinggi ucapan syabas sudah pasti ditujukan kepada Setiausaha persatuan kita iaitu Cekgu Syamsiah Bt Sobar kerana pemilihan tempat yang sangat sesuai sekali untuk hari keluarga kali ini. Dan Cek Selly Bendahari kita yang sangat cerewet dan berkira dalam tuntutan yuran kita..tanpa usaha gigih mereka dan tidak ambil hati Cek Sally sudah pasti hari keluarga kita kali ini tidak berjalan dengan lancar terutama dari segi kos. Mereka inilah yang berkerja keras disebalik kejayaan hari keluarga kita tempohari.
Untuk Tuan Hj Nasir juga di saat saat akhir telah menunjukkan keperihatinan dalam memastikan majlis kita berjalan lancar..Malah 2 malam terakhir sebelum majlis diadakan dia sanggup ke rumah saya untuk mengadakan mesyuarat dan Chek List program serta agenda....terima kasih dengan PA sistem dan LCD serta menjadi MC sepanjang majlis diadakan..
Dan pemilihan tempat Al Sakinah resort membawa rezeki juga kepada kita. Tuan punya resort EN Ariffin rupa nya bukan orang lain tetapi orang Kg Bik Idah sendiri..atas dasar Kenalan rapat Keluarga sesama kg telah bermurah hati memberi diskaun kepada kita...senilai sebuah bilik percuma untuk 2 malam..Alhamdulillah...
Disini saya upload kan gambar-gambar yang sempat saya ambil dengan kamera saya. Di harap up loadkan lah gambar-gambar dari kamera masing-masing untuk tatapan semua. Semoga semua berpuas hati terutama keluarga Kak Ita Morey dan keluarga yang pulang jauh dari USA untuk bersama kita semua. Tiada apa sumbangan besar yang dapat saya berikan sepanjang kita bersama hanya inilah sahaja tatapan buat kita semua.
Di bawah ni ada petikan fb kak Oya dengan pemilik Al Sakinah.......
Semoga berjumpa lagi dilain kali.
2 comments:
Salam...
mana gambarnyer...tak sabar nak tengok...
dah cuba up load banyak kali tapi masih tak berjaya. Saya tukarkan gambar tu jadi file video. Agak nya saiz fail besar sangat. Nanti saya cuba reduce kan.
Post a Comment