Wednesday, January 25, 2012

Pra-Postmortem Hari Keluarga 2012

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita..
Apa khabar semua..Semoga dirahmati Allah S.W.T
Sebenarnya balik dari Al Sakinah Resort tempoh hari, hati ini tak sabar-sabar nak menulis, tetapi tiada kesempatan terluang..hari ini kugagahkan juga walaupun begitu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Entahlah tugas sebagai suri rumah dan ibu kepada 5 orang cahaya mata yang 'bijak, baik, cerdik' serta sangat aktifnya membuatkan tak cukup tangan...barangkali inilah cobaan..bukan cubaan...

Seperti kata MG, Hari Keluarga 2012 dikira berjaya dilaksanakan dengan cemerlang..komitmen semua ahli menjadikan Hari Keluarga kali ini meninggalkan kenangan manis yang apabila dikenang rasa nak ketawa sorang-sorang pun ada...
Apa yang best?... banyak...antaranya..

1. Penginapan
Walaupun pada awalnya saya selalu tak sependapat dengan emi, tapi akhirnya emi akur juga dengan pilihan saya. Ada sesuatu yang menarik tentang Al Sakinah..saujana mata memandang, sejuk di jiwa...dingin, nyaman, tenang..sesuai dengan namanya al Sakinah. Yang paling menarik, apabila penat melayan kerenah anak, boleh melepaskan lelah sambil melihat kolam ikan. Tapi kekurangannya..kalau resort penuh, kita rasa agak sempit kurang privacy...Walau apapun rasanya, semua dalam keadaan memuaskan.

2. Makanan
Alhamdulillah rezeki kita murah hari tu. Pada mulanya saya risau juga nak cari katering yang sanggup memenuhi permintaan kita dengan budget yang kita tetapkan. Risau pasal sarapan pagi, mana nak order..akhirnya semuanya selesai. Walaupun menu agak biasa-biasa saja, tetapi kita semua kenyang. Malahan kita tak order sarapan pun..makanan berlebihan apatah lagi apabila ramai yang bawa 'potluck'. Lain kali kita perlu rancang lebih teliti agar tidak berlaku pembaziran..kita tentukan menu 'potluck' agar tak membazir. Lagi satu rasanya tak perlulah buat barbekiu banyak-banyak..memadai satay sahaja. Rasanya RM 10.00 untuk makan tengah hari tempoh hari agak mahal dengan menu demikian..tapi tak apalah sebab tuan punya katerer sanggup memenuhi permintaan kita walaupun jadual mereka agak padat.

3. Kemudahan dan peralatan
Syukur, tahniah dan terima kasih kepada semua AJK yang cuba bertungkus-lumus menjayakan program kita. Walau sitem siaraya kita agak tak berapa ok pada malam pertama kita di resort tu, tapi kesungguhan KTS wajar diberi kredit. AJK makanan dan AJK Barbekiu juga telah berjaya..atas kerjasama semua sebenarnya..

4. Aktiviti Sukaneka dan Permainan
Sehingga hari ini apabila saya terkenang program tersebut, saya akan tersenyum sendiri. Paling best, main futsal pakai kain pelikat dan kain batik..kelakar habis..tak kiralah wak yang sambut birthday ke 59 pun sanggup turun padang main...sampai Wak Mah siap ingatkan Wak, jangan sampai semput@darah tingginya naik. Tak kurang juga Shahri kena warning oleh Balqis masa main...ha..ha..ha..permainan sukaneka yang lain pun kelakar juga. Ramai yang bengang dengan paman emi...suka main cengkelat@ Mat licik....(apa nak buat laki aku jugak...) game Serasi Bersama turut meninggalkan kenangan manis...pecah rahsia....

5. Tazkirah dan pengisian rohani
Saya amat tertarik dengan tazkirah yang sampaikan oleh Kakang Pasir Panjang. Walaupun isunya simple tapi itulah hakikat yang perlu diambil berat. Hati saya turut tersentuh dan butir-butir bicara itu menyebabkan saya memuhasabah diri saya sendiri...Dunia ini tanam-tanaman, akhirat kita tuai hasilnya.Terima kasih kakang...Nasihat dan peringatan dari KTS juga menyentuh hati iaitu Tanah Suci adalah kampung halaman iman yang terletak di hati...syahdunya..rindu semakin membuak untuk ke Tanah Suci..Ya Allah terimalah hambamu, berkatilah kunjunganku kelak..ampuni dosaku.Alhamdulillah juga kita berjaya menunaikan sembahyang secara berjemaah...

6. Mandi sungai
Bab ni tak boleh cakaplah..memang best...tapi sejuk gila...Cuma biasalah dugaan, anak-anak saya memang beri peluang kepada saya untuk menguji kesabaran agar ditambahkan kekuatan iman...

7. Posing @ sesi fotografi
Agak kelam kabut dan tak berapa tak tersusun kerana kita kesuntukan masa..lain kali kita rancang lebih baik ya...


Ok..sambung lain kali..ada urusan yang perlu diselesaikan..cadangan penambahbaikan dialu-alukan..oh ya..rasanya perlu nlantik setiausaha yang lain..memandangkan anak-anak saudara ramai yang dah'dewasa' dan mampu kebdalikan tugas lebih efisyen...

1 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Setiausaha dah buat tugas dengan cemerlang kena teruskan dan bimbing SU yang baru. Kena lantik penolong SU dulu dah boleh harap baru boleh letak jawatan. Siapa calon-calon nya.....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification